Pixajoy

Monday, February 03, 2014

Home » Afia Imanina 9 Bulan

Afia Imanina 9 Bulan



Afia Imanina 9 bulan masih ligat dengan aktiviti menjulur. Dia dah boleh duduk tanpa disokong. Kalau dilepaskan beberapa saat, Afia boleh berdiri dan melangkah satu dua tapak. Walaupun sebatang gigi belum nampak bayang tapi rasanya gusi tu dah keluar tunjang, cukup terasa bila dia menyusu. Afia sekarang selalu minta perhatian. Nak buat kerja semua kena laju-laju sementara dia tidur. Bila bangun memang kena mengulit dia je la tak boleh buat apa benda dah.

Lately Afia jadi anak abah. Pantang nampak muka abah tergawang tangan tak sabar sangat mintak abah ambik dia. Mulut tu masih tetap bising, suka bercakap dan berleter. Ringan mulut orang kata nak cepat bercakap. Susah betul nak bagi Afia tidur petang. Mata mengantuk tapi nak jugak ajak kita jalan. Cerdik kena kat dia.hiks..





Hobi paling latest, memunggah segala benda dalam beg atau bakul. Kita kemas dia tolong selongkar. Satu-satu dia keluarkan.




13 comments:

cik atie said... Best Blogger Tips

moga menjadi anak yang solehah afia.. :)

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Serius je muka dia tu memunggah ;)

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

kalau boleh nak masuk dalam bakul ler tu... hihi

Sya said... Best Blogger Tips

wah..seronok memunggah ye.. tak pe, besar nanti belajr mngemas pulak ye syg.. :)

OKje said... Best Blogger Tips

Memunggah tu mmg kegemaran bebudak sebaya dengan Afia hehe...Maklum le anak pompuan PK...rajinlah tolong mama memunggah baju hehe

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Hehe..seronok tengok telatah Afia tu..syoknya dia memunggah

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Afia, jangan kerja memunggah selerak pakaian aje ya! Mommy memang pantang nih. PK, ajarlah dia lipat baju buat kerja rumah takkan nak suruh saya yang ajar nanti!

Afia berleterlah banyak2 dalam bahasa baby dulu nanti bila dah pandai cakap, pengsan alahai ibu nak dengar 'leteran'nya setiap hari.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hihiii afia nk tolong ibu kan.. nk suruh ibu jd lg rajin hihii

Cho Zila said... Best Blogger Tips

biasalah umur bayani...

Unknown said... Best Blogger Tips

dh mula nak menolong ye afia... makin letih laa mak dia..hahah

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..mkin besar makin panjang akal & btambah cerdih..dh x lama tu nak setahun

LydSunshine said... Best Blogger Tips

rajin anak dara mengemas... tolong lipat kain ye. heheh.

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

ni afia nih berbakat nk tlg ibu lipat kain nnti...hehe