Pixajoy

Saturday, February 15, 2014

Home » Murtabak Maggi Udang Comel

Murtabak Maggi Udang Comel



Benda dah lama tak buat, sesekali makan panas-panas sedap jugak ekk.Kebetulan perut tengah menggelegak kebulur, sekali hadap je boleh licin. Biasanya aku buat letak sosej, kali ni tukar pakai udang comel-comel. Besaq gila murtabak ni, mana taknya sekali 3 bungkus maggi kari aku kerjakan. Perencah dia tu je aku tak masukkan semua.

Mari kita belajar buat murtabak maggi ye puan-puan. Tidak digalakkan makan selalu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Benda sedap memang takde khasiat.


Pecahkan telur. Masukkan udang (tumis sekejap dengan bawang + lada hidup cincang) + serbuk maggi pastu kacau


Dah sebati boleh la masukkan maggi yang direbus dan ditoskan.


Masak atas api kecil dengan minyak yang sedikit ( style macam goreng telur dadar or lempeng tu la). Murtabak siap untuk dipotong.


Sungguh enak dimakan begitu saja, dengan kuah atau sos dan mayonis. Yummy!






16 comments:

Chot said... Best Blogger Tips

kalau letak byk2 'aksesori' tu memang sangat mewah makannya, walaupun basisnya tu cuma megi..aumm

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

berapa biji telur kak?

Nastyna said... Best Blogger Tips

baru tingat yang si JJ pun suka benda alah ni kat kampung ritu my mom buat sebijik dia sorang pulun. thank u menginagtkan kami akan benda sedap ni, hehehe tapi tu la kan, kurang berkhasiat hoho.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. nampak menarik ni. Murtabak megi yang meriah bahannya..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

wow..mmg nampak sedap lah..;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu,besar murtabaknya..puas anank2 mkn yer

makchaq said... Best Blogger Tips

Nampak sedap pulak.. lama tak buat mertabak meggi...

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

nampak sedap ni...kalau rajin sy nak try jugalah kak muni...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

adeh terliur pulak memalam tgk makanan... huhuhu saya suka mkn dgn sos cili... :) sedap... sedap... sedap

lizz said... Best Blogger Tips

Waa sedap nih...uwais ngan sara pun suka mertabak maggi...

Masya said... Best Blogger Tips

terbaikkkk.. yg sesekali itu yg sedapp.. amboi udang bogel kooo hahahaha .. sedappnya..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wah, ini makanan mewah ni, PK! Siap udang bagai. Tak kiralah udang tu comel ke tidak. Sibuk menyediakan menu untuk anak-anak tersayang rupanya dia ...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

sedaplah..xpernah cuba lg, tp bila tgk org wat sedap!!

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

nampak menyelerekan..ouhh lapa +_+

anamizu said... Best Blogger Tips

hadoii meleleh ayaq lioq !
lapaq teghuihh tgk murtabak akak ni hehehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sekali sekala mkn macam ni best gak kan