Pixajoy

Sunday, December 09, 2012

Home » Inspirasi Tips Baju Ibu Mengandung

Inspirasi Tips Baju Ibu Mengandung



Perut sekarang dah makin memboyot. Aku dah start pakai maxi sekali sekala. Seluar semua memang dah tak muat nak pakai. Tapi pergi kerja still boleh pakai baju kurung lagi. Dalam kepala sudah merancang nak beli beberapa helai baju, tapi belum ada masa sesuai nak pergi shopping. Ada jugak aku belek-belek untuk beli online. So far belum jumpa yang menepati citarasa. Ada yang berkenan mahal yang amat, tak praktikal nak beli lagipun aku jenis yang sayang duit. Sebenarnya nak tulis tak mampu.haha..

Tak semestinya bila mengandung kita tak boleh tampil awesome. So kali ni menggatal pulak tangan aku nak bagi inspirasi tips baju walaupun aku ni sebenarnya buta fesyen.haha 

Pakai pakaian sedia ada.

Kita boleh je pakai baju sedia ada asalkan longgar, selesa dan sesuai. Mengandung ni sekejap, jadi tak perlu membazir beli baju banyak-banyak lepas tu simpan muzium. Aku hanya merancang beli beberapa helai baju, selebihnya pakai apa yang ada. Lagipun baju aku banyak jugak yang besar-besar sebab aku pernah kurus dan aku pernah berisi.

Bagi yang pernah hamil, sudah tentu korang punya sekurang-kurangnya dua tiga helai koleksi baju mengandung. Bila aku selongkar gobok, aku jumpa koleksi maxi yang pernah aku pakai masa mengandungkan Aiman dulu. Setelah ditimbang tara, ada lebih kurang 6 helai yang masih elok. Sudah jimat disini kan? Untuk tampil lebih update, aku matchkan maxi dengan cardigan. Penyelesaian untuk maxi yang agak senteng, boleh digayakan dengan pemakaian legging. Nanti kena carik sehelai legging untuk buat koleksi!

Perlu bijak mix n match

Bagi aku sudah cukup kalau aku ada sehelai seluar dan sehelai skirt untuk pakai ketika mengandung. Sebab aku ni jarang berjalan. Selalunya keluar pergi kedai, pergi makan atau pergi kerja je. Aku prefer warna gelap yang sesuai di padankan dengan pelbagai baju. Lepas tu gunakan kepakaran yang ada untuk mix dan mitch. Macam aku cakap tadi, maxi aku yang agak outdated, aku gayakan dengan cardigan supaya tampak lebih fresh. Baju sedia ada yang besar-besar boleh gayakan dengan skirt dan seluar baru.hoho.. 

Bagi yang suka bergaya, boleh beli sleeveless yang labuh dan besar banyak-banyak dan beli cardigan yang murah-murah banyak-banyak jugak. Nanti sleeveless tu boleh dipakai dengan cardigan.

Baju yang praktikal selepas bersalin

Kalau beli baju, aku pastikan baju tersebut boleh dipakai walaupun selepas bersalin nanti. Sekarang ni ada banyak butik online yang menjual baju dan maxi yang sesuai dipakai ketika mengandung dan untuk menyusukan anak. Buatlah pemilihan gaya dan harga mana yang kita mampu.

Macam aku, aku merancang beli dua helai jubah. Tu pun kena tunggu balik kampung dulu sebab kat pasar kemboja jubah semua murah-murah. Jubah ni sudah tentu aku boleh pakai semula walaupun selepas bersalin nanti. Lagi praktikal kalau seluar dan skirt yang aku beli pun boleh digayakan walaupun ketika tak mengandung. Pendek kata, pilihlah baju yang tidak terhad boleh dipakai hanya ketika hamil.

Selebriti sebagai inspirasi

Zaman serba canggih sekarang ni, kalau ketandusan idea untuk berfesyen, kita boleh jer google gaya artis dan selebriti sebagai inspirasi untuk bergaya. Dalam majalah pun banyak gambar artis dan fesyen ibu hamil yang boleh kita tiru asalkan berani untuk berfashionista!





20 comments:

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahaha. Utk elakkan jd muzium, baju2 mengandung adam dulu dh diberikan kpd anti. Hihihi...

Mmg membazir beli byk2, pakainya kejap n mengandungnya sekali aje.

Unknown said... Best Blogger Tips

apa-apa pon buatlah pilihan yg betul..=)

Unknown said... Best Blogger Tips

akak masa Qayyum dulu memang beli aje, sebab ye la mengandung anak sulungkan, tapi sumaiyyah memang kena beli baru juga sebab nak pakai baju masa mengandung qayyum x blh dah tak elok....jadi kesimpulannya akak beli je....hehehehhe

Unknown said... Best Blogger Tips

:) nice......

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bagi lya better pakai bju mengandung y boleh dipakai lepas bersalin.. baju ala2 dress atau blouse...

transformed housewife said... Best Blogger Tips

sy pun tak suka beli byk2 maxi mengandung dr dulu. biasanya pakai baju yg ada sampailah dah masuk 7,8 bulan baru beli sehelai, dua blaus dan seluar longgar. lps dah bersalin pun boleh pakai lg baju2 blaus tu.

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Betul kata Muni tu. Mengandung sekejap jer. Buat apa nak beli bebanyak baju mengandung. Fiza dulu pun ada 4 helai jer. Kihkihhhh... Nampak sangat kedekut.

eita said... Best Blogger Tips

pakai je mana yg ada..janji leh muat

TiranaAduka said... Best Blogger Tips

salam puan kutu
Jaga pemakanan dan kesihatan puan kutu..hati kena hapy selalu tau.

Unknown said... Best Blogger Tips

sbb dah tak nak mengandung....akak buat baju tido jer gaun mengandung...hahaah..jimat

Anonymous said... Best Blogger Tips

akak kutu,

kawan saya cakap die beli baju mengandong siap dengan baju menyusu. boleh pakai lama sikit.

hehe

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

baru mengandung sy tak banyak pun kak kutu. skrg ni pakai bju kurung pun dah terasa sendat. setuju sgt tang beli baru yg bleh pakai time preggy n breastfeed skali..bleh pakai lama kan :)

azura said... Best Blogger Tips

beli baru dua tiga helai, pakai yang lama dua tiga helai...jangan membazir

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

masa mengandung dulu pkai je yg mana ada.. kalau sempit pakai cardigan n skirt

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak dulu mmng giler2 soping baju mngndung ni...tiap kali mngndung, beli baju baru..mmng mmbazir betul..skrang ni semua dah tak de, bagi orang....

Salmi said... Best Blogger Tips

Setuju dengan PK. Kalau beli baju masa mengandung, akak pastikan baju tu juga boleh dipakai selepas melahirkan. Tapi kena pandailah pilih baju..

Masya said... Best Blogger Tips

baju mengandung mmg bnyk pilihan, tu lah ... kene pandai pilih... suke pakai blouse senang. dgn seluar.. tp kalauu dah sarat mmg tak muatlah huhuhuhu ...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy walaupun dh 2x mengandung tp ada sehelai je baju mengandung.. hahha.. ni lah citenya bila jenis perut kecik, baju harian tu tetap boleh pakai, walau dlm ati tingin nak pakai baju prgnant, tu yg beli gak walaupun 1.. hihi

fieda said... Best Blogger Tips

gojer2 3 ibu tu ye..

sal ya said... Best Blogger Tips

tak pernah ada baju mengandung sebab baju biasa pun okay je. muat lagi. perut kecik. jadik tak nampak sangat pun.