Pixajoy

Sunday, December 30, 2012

Home » Jumpa Watak Upin Dan Ipin

Jumpa Watak Upin Dan Ipin



Hari ni Alhamdulillah kesihatan aiman sudah ok.

Selepas bercuti selama tiga hari di Lumut, kami terus balik Alor Setar. Masa dekat sana Aiman muntah, diserang sakit perut dan cirit-birit. Keesokkan hari bila balik SP dia nampak sangat ok. Malam sebelum balik Penang aku pergi klinik ambik ubat Aiman sebab sakit perut dia menyerang balik.

Waktu tu jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam. Dekat SP rasanya satu klinik nie je yang bukak 24 jam. Kami memang dah biasa kesini. Selalu bawak Aiman pergi klinik lepas en suami balik kerja. Kebetulan malam tu server klinik down, jadi pendaftaran semua berlaku secara manual. Bila nama Aiman dipanggil kami masuk bertemu doktor.

Doktor tanya sakit apa Aiman kata tak tahu. Selalunya dalam sakit pun mulut dia memang becok. En suami terangkan gitu gini pasal Aiman sakit perut, muntah dan cirit. Lalu doktor arahkan Aiman baring untuk check perut. 

Tiba-tiba waktu tengah baring, Aiman menutup mulut seperti menahan gelak. 

Abah-abah..macam Jarjit! 



Serius memang lawak. En suami geleng kepala. Dokor tu buat muka selamba. Aku nak gelak tapi tahan je..


* Muka doktor tu saling tak tumpah Jarjit versi dewasa. Cuma doktor tu berserban, jarjit jambul kat depan.



18 comments:

ida =) said... Best Blogger Tips

ya Allah! doc tu ke jarjit? hihihi...

NzA said... Best Blogger Tips

aduhai....xthn nk gelak si aiman nie..kelakar....ingatkan dia geli bila kena check perut....

eiela said... Best Blogger Tips

Aih, bleh plak aiman tuh gelak ye. Klu dr tu tgok upin n ipin mesti dia pn senyum je

♥MAMASYAZA♥ said... Best Blogger Tips

hahahahaha, dalam tak sihat pun sempat lagi ekkkk....kelakar

suri solehah said... Best Blogger Tips

hehe..saya tengok gambar tu dah tergelak..ni mesti dr mcm jarjit..hehe..lawak aiman ni

Salmi said... Best Blogger Tips

Hahaha.. gelak pulak baca cerita PK ni. Kelakarlah Aiman..

Amirah K said... Best Blogger Tips

haha, lawak la aiman ni

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

Hahaha...ni la pngaruh upin ipin kn..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

hehe.. saya boleh bayangkan.. senyum baca entry ne

Unknown said... Best Blogger Tips

heheh..penangan cerita upin ipin kuat sungguh

hazanis said... Best Blogger Tips

hehe ragam budak2. :)

Kak Long Mawar Merah said... Best Blogger Tips

Gelak baca cerita ni. Mula-mula ingatkan betul2 Upin dan Ipin pun sedang dapat rawatan di situ.

Masya said... Best Blogger Tips

hehehehehe....

Masya said... Best Blogger Tips

hehehehehe....

Unknown said... Best Blogger Tips

AHAHA..gelak sorg2 kat sini..
apalah aiman nih..=P

sal ya said... Best Blogger Tips

mulut handal.

fieda said... Best Blogger Tips

adohai...kak fieda pun tergelak ni..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hahah kelakar lah aiman ni...