Pixajoy

Saturday, December 08, 2012

Home » Tanda - Tanda Bersalin

Tanda - Tanda Bersalin



Lambat lagi nak bersalin, tapi sekarang masa yang sesuai untuk penuhkan dada dengan ilmu. Lain orang lain pengalaman bersalinnya. Melalui apa yang aku baca, hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda tersebut ialah :

Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya ia berlaku dalam bentuk lendir atau darah. Jika mengalaminya, tidak perlu segera ke hospital. Tanda sebegini biasanya mengambil masa hampir beberapa hari sebelum melalui proses bersalin.

Kontraksi

Ketika kontraksi, perut akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlu konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila melaluinya, segera ke hospital untuk mendapat pemantauan doktor. Jika sebaliknya berlaku, (sebagai contoh kontraksi dialami pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit ), hal ini bukanlah kontraksi.

Air ketuban pecah

Air ketuban keluar tanpa mengalami rasa ingin membuang air kecil. Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu diperhatikan air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Jika air berwarna hijau, itu tandanya bayi sudah membuang air besar dalam kandungan. Segera ke hospital jika keadaan ini berlaku kerana bimbang mungkin akan terkena jangkitan kuman.


Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun ibu perlu segera kehospital jika mengesyaki bayi kurang bergerak. Dalam 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba bayi kurang bergerak, segera dapatkan rawatan kerana bimbang bayi lemas dalam kandungan.






15 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Ketiga-tiga anak kakak masa nak bersalin tanda awal keluar darah. Air ketuban semua sampai bilik bersalin doktor yg pecahkan lepas tu baby pun uwek-uwek-uwek... kakak senang bersalin.

Unknown said... Best Blogger Tips

selamat menambah pengetahuan kak..=)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

teringat pulak memori masa nak bersalin dulu2...

Salmi said... Best Blogger Tips

Akak ni kiranya mudah bersalin walaupun ada yang lahir menyongsang. Kontraksi berlakupun tak lama.

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

saya pun nak bersalin minggu depan :P

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

saya pun nak bersalin minggu depan :P

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

sy pun trun darah jugak...air ketuban doc yg pecahkan...

tq for sharing info...sgt menarik dan berguna terutama kepada bakal2 ibu...

transformed housewife said... Best Blogger Tips

masa bersalim anak sulung, sy ke hosp. terlalu awal. Anak kedua, pergi lps air ketuban dah pecah. Anak ketiga pun air ketuban dah pecah tp tak terus bersalin pulak. Mlm sakit, tghr keesokan baru bersalin.

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

Tak prnah rasa tanda2 ni..teringin sangat2 nak rasa

Unknown said... Best Blogger Tips

saya dulu dipaksa bersalin awal mmg tak merasa tanda2 tu semua

sal ya said... Best Blogger Tips

alhamdulillah... tanda2 bersalin tu jelas. cuma masa azfar je la mcm tak berapa nak pasti sbb air ketuban dipecahkan kat hospital.

ida =) said... Best Blogger Tips

Darah.... Hihihi
Turun mcm period, tapi sakit sikit. Hihi

Masya said... Best Blogger Tips

tak merasa sangat keluar tanda atau air ketuban pecah sendiri.. sebab saya sakit perut jer.. kuat sgt kontraksinya...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy 2 2 anak keluar tanda darah + lendir.. tp xda la pulak sampai beberapa hari baru bersalin, hari ni keluar tanda, hari ni gak bersalin :-)

fieda said... Best Blogger Tips

kak fieda tanda2 semua lendir darah..