Pixajoy

Saturday, December 29, 2012

Home » Berkelah Di Pangkor

Berkelah Di Pangkor



Seminggu berlalu masih tak update pasal Pangkor. Aku baru sampai dari Penang. Balik kampung sejak malam Khamis tempohari. Walaupun cerita dah basi, tetap nak abadikan walau sedikit kenangan berkelah dan bermandi manda di Pangkor.

Sabtu, 22 Disember, hari yang cukup memenatkan tapi berbaloi. Bertolak pada waktu pagi dari rumah SIL, parking kereta di kawasan yang disediakan, kemudian menaiki bot dari jeti Lumut. Parking kereta RM 10 sehari, tiket bot pergi balik cuma RM10 seorang. Setibanya disana, kami menggunakan van pelancong dengan kos RM20 untuk ke tempat perkelahan. Pantai Teluk Nipah jadi pilihan kerana panorama yang indah serta pantai yang bersih. 


Port perkelahan 

Dapat je port yang sesuai, kami terus sarapan nasik lemak yang dibeli. Selesai mengalas perut, masing-masing tukar baju kemudian terjun dalam air. Aiman pada mulanya takut-takut, tapi bila dah mesra dengan air, dia makin seronok.

Budak chubby takut air
Abah layan sandwich sardin dulu sementara tunggu ikan bakar masak.

Mak dan Aiman menikmati kacang rebus di pesisiran pantai.

Adik Afi makan roti dengan riang ria
Pantai yang jernih dan bersih sampai nampak anak-anak ikan dalam air.

Suami SIL beria sangat nak bakar ikan di pantai. Abah dan en suami siap bagi cadangan upah orang gorengkan je ikan tu. Tak payah susah2 nak hidupkan api segala. Tapi bila ikan dah siap bakar, licin pulak dikerjakan dua beranak tu. hehe

Tukang bakar ikan berbaju merah. Yang lagi dua tu tukang tengok je!

Makanan berkelah di bawa dari rumah. Menu ringkas nasi putih, ikan bakar, sosej bakar, sambal kicap, sambal belacan dengan ulam cabang tiga, bendi, dan petai. Diserikan lagi dengan sambal tempe + ikan bilis + kacang goreng. Tak sempat snap gambar makanan, ikan masak je terus bedal makan!

Waktu tengah makan, tiba-tiba ada kejadian Aiman hampir lemas. Nanti cerita next entry. Nak rest dulu. 





14 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

ulam cabang tiga??? macam mane rupanya tu....

seronoknya dia berkelah.. mane muka mak yong nak juga nengok..

Salmi said... Best Blogger Tips

Bestnya dapat bersantai macam ni dgn mak dan ayah..Mak ayah akak dah tak larat. Apa2 program buat di sekitar rumah je..

Salmi said... Best Blogger Tips

Tumpang mencelah ye PK..

Masya, kalau nak tau ulam cabang tiga boleh tgk di sini

http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/tenggek-burung-aka-cabang-tiga.html

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

bestnya.. xsampai lg pangkor

Unknown said... Best Blogger Tips

memahami setiap inci perkataan yg di tulis..ye..ye..tiba-tiba!! :0 apa itu ulam cabang tiga kak murni??

lah..mcm mna aiman bleh lemas tuu??

NzA said... Best Blogger Tips

seronok kalau p berkelah ramai2 camni...wah siap bw mknan dr rumah..camne bw naik dlm feri......hehehe...

akubiomed said... Best Blogger Tips

Pernah ke Pulau Pangkor beberapa tahun dahulu itu pun kerana ada mesyuarat disana.

TechKini.com said... Best Blogger Tips

syoknya... jeles dah lama x cuti :(

Tech Kini

ida =) said... Best Blogger Tips

seronoknya Aiman!!! seksi tau pose mcm tu. hahaha...

MA tak pernah sampai pangkor. hihihi... ni tgh cuti seminggu, tapi, jalan2 kl je.... mcm suasana hujung minggu berjalan2. bezanya, tak perlu kerja :)

Unknown said... Best Blogger Tips

bestnyer bercanda di Pangkor..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

seronok nya dah lama tak berkelah di tepi pantai ;)

akak sihat..jaga diri :)

sal ya said... Best Blogger Tips

meriah2. i like.

fieda said... Best Blogger Tips

mbam2 nyer la budak aiman ni..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

pantai teluk nipah ni lah yg ramai org g dkt pangkor tu.. :-)