Pixajoy

Monday, December 17, 2012

Home » Percutian Paling Budget

Percutian Paling Budget



Last minute plan

Percutian merehatkan minda dan melepaskan lelah setelah penat bekerja. Cuti telah approved bermula Jumaat ini sehingga Selasa, Hari Natal. Mula-mula cadangnya nak balik Johor, tapi kerana kesempitan masa, buat percutian budget sajalah. 

Sudah survey harga tempat penginapan disana, tapi abah suggestkan kami balik hari. Lagi pula rumah adik ipar berdekatan situ. Kos hotel percuma, makan tanggung, berak tong. Apa lagi mahumu?hiks..

Sabtu nanti Insyaallah, bertolak seawal pagi dari rumah adik ipar, berkunjung ke beberapa tempat, berkubang di tepian pantai sambil berkelah membawa bekalan dari rumah kemudian pulang petangnya. Inilah percutian yang paling budget!



Pulau yang terkenal sebagai tempat pelancongan ini sekangkang kera saja, tapi istimewanya pemandangan laut yang cukup indah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Boleh teka tak mana tempat aku nak pergi?



22 comments:

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

langkawi?? :)

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kalau ada tempat saudara utk tinggal memang budget habis.

Unknown said... Best Blogger Tips

nak ikuttt!! =D

x kenal tempat..so x taw nak teka apa..haha..

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

cantik..kat mana ye...pangkor?

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

hoho..cek tak tau la kat mana ni..

transformed housewife said... Best Blogger Tips

mcm Pulau Pangkor.

fieda said... Best Blogger Tips

Kalau pemandangan laut yg indah pangkor kak fieda rasa..

Pen Biru said... Best Blogger Tips

pulau sayak

Unknown said... Best Blogger Tips

g pangkor ker..alamak..gambar tak keluar habis

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

happy holiday!! kite pun jenjalan gak jumaat sampai selasa...

ida =) said... Best Blogger Tips

Janji dapat bercuti bersama keluarga. Happy la aiman mandi laut ek?

MulutPayau said... Best Blogger Tips

seronoknya dapat berkubang di pantai...
Cantik tempat tu..kat mana ya??? tak dapat teka...

Unknown said... Best Blogger Tips

bila dapat pergi bercuti mmg best... cantik view laut tu dgn pohon kelapa yang melambai..kat pangkor kew ??

wakgelas said... Best Blogger Tips

ammboiii nak pegi pangkor tuuu.., sonoknyer makk kutu

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

santeknya tempat tuu

محمد رازيق said... Best Blogger Tips

pulau apa ni kak? nebes ni nak tahu. hehe

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Haha... Tu yang bestnya muni kalau ada family dkt tempat kita nak pegi. Hehe... Kurang budget utk hotel kan...

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

kalau ko bajet tapi nak laut, mesti laut dekat kedah je kan..bawak bekal dari rumah..petang balik..mmg save..hahaha..

sal ya said... Best Blogger Tips

sama la. husben apply cuti nak balik kampung tapi tak jadik atas sbb2 yg tak dpt nak elak.

Salmi said... Best Blogger Tips

Cantiknya pemandangan.. Dah lama tak ke pantai..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

pangkor ye kutu... nice place.. rindu nk ke sana lg

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dah tau... pulau pgkor... hihii