Pixajoy

Saturday, December 15, 2012

Home » Parit Buntar Syurga Beli Belah

Parit Buntar Syurga Beli Belah


Salam bahagia,

Hari sabtu apa bikin? Hari ni aku kerja malam, dah siap-siap masak dan dalam proses menyental baju. Sementara washing machine tengah berpusing, update  blog kejap.hiks. Semalam selepas solat jumaat, aku, en suami, Aiman, FIL dan Mil bertolak ke Penang. Tujuan utama nak ziarah paksu (abang aruah mak) yang tengah sakit. Lepas tu hajatnya nak bershopping sikit dekat Parit Buntar (PB).

Sejak aku kecik sampai remaja, PB tempat aku selalu lepak-lepak, selalu jenjalan dan beli barang. Memang banyak kenangan aku dekat sini. PB terletak di utara negeri Perak bersempadan dengan Bandar Bharu, Kedah dan Nibong Tebal, Penang. PB juga terletak berhampiran dengan Bagan SeraiKuala KurauTanjung Piandang dan Bagan Tiang. Kedudukan strategik PB yang bersempadan dengan Kedah dan Penang menjadikan PB sebagai tempat tumpuan untuk membeli belah dan menjamu selera penduduk sekitarnya. Charkoteaw sini memang terbaik! Wajib pekena bila kami balik Nibong Tebal.

PB sekarang membangun dengan pesatnya. Kalau dulu di Pusat bandar cuma ada pasaranya Billion, Minat dan sebijik KFC, sekarang ni macam-macam ada. KFC ada dua bijik, ada Pizza Hut, ada Sate House, ada Old Town White Coffee, dan beberapa lagi restoran yang femes. Pasaraya pun dah ada Econsave. Harga pakaian dan makanan dekat sini memang murah. Tak percaya cer rodger ummihanie. Hubby Ina pun orang sini jugak kan?



Tempat paling heaven untuk kaum hawa shopping adalah Pasar Kemboja. Pasar Kemboja dibuka pada setiap pagi Isnin dan Jumaat. Dekat sini ada jual pelbagai jenis tudung, kain ela dan telekung dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Macam tudung memang banyak pilihan, harga murah gila-gila sampai rambang mata nak buat pilihan. Lama juga tak kesini sebab selalunya balik kampung tak kena hari.

Semalam masa pergi PB, rupanya dah naik Pusat Pakaian Hari-Hari dua tingkat. Nampak sangat dah lama gila tak pergi PB. Sebelahnya ada kedai jual barangan dapur, barang vantage dan segala macam mak nenek. Sebab kami tak banyak masa untuk shopping, kami cuma melekat beberapa jam dekat situ. Tempat lain tak sempat jengah pun. Hasil rembatan semalam termos, bekas air yang ada paip (yang ni Mil belanja), seluar, skirt, blous, t-shirt, legging dan cardigan. Semuanya untuk ibu mengandung.hehe..Untuk Aiman aku belikan boxer, seluar dan stokin sekolah. En suami cuma beli hadiah kahwin untuk kawan beliau.

Sebelum balik kami ziarah Paksu. Sayu tengok keadaan Paksu. Paksu dah disahkan ada kanser. Tolong doakan yang terbaik buat paksu. Macam biasa lepas melawat Paksu, kami isi perut dulu. Sampai rumah ngam-ngam Maharaja Lawak start. Layan! 



23 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

sesekali shopping banyak jugak hasil rembatan yer.... x pernah sampai PB hihihihhi...

paksu kene kanser ape??

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Masya

bolehlah,beli pun yg murah2..kena berjimat.hihitu pun germa je tgok skirt n blouse comei2.nak beli takut deliver nti boy plak kan?haha

Paksu kena kanser usus.mmg dh tahap teruk.doc pun soh berubat kmpg je..

ida =) said... Best Blogger Tips

Dapat x cari jubah kat pasar kemboja? Jeles baca pasaal shopping mopping ni ;)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

a'aa hubby sy pun or pb.. hihii.. tp saya jarang g beli belah kat sana, asal balik kg, duk berkurung dlm umah or g jejalan umah sedara mara hubby je.. hahha

a'aa pasal pasar kemboja tu penah dgr, adik ipar ckp brg kat situ murah2 tp sy xpnh lg g sana...

pasal char kuew teow tu mmg sedaplah!!.. tapi saya tak tahu nama kedai tu.. tau makan je, org bawak saya ikut pergi.. hihii

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

lupa plak.. ooo kanser usus ke.. a'aa kan, try berubat kg.. harap2 dpt makin baiklah..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mama Adam

pasar kemboja nie bukak smp tgharie je.smlm tak sempat pegi pun.bertolak pun after solat jumaat. Insyaallah hujung bulan nti balik kmpg lg sbb ada kenduri.klu smpt baru carik jubah..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@IntaNBerliaN

charkoteaw kt pb ada byk tmpt..so far yg paling sedap dekat alog charkoteaw kot..:)

nti ina cuba la shopping kt pasar kemboja.jgn bawak byk duit,comfirm habis semua..beleive me!haha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@IntaNBerliaN

*along charkoteaw..dulu bukak dekat belakang petronas..skang kt tepi jalan on da way nak pegi pb..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Salam puan Kutu,k.atie ni nama jer org perak..tp xpernah sampai lg PB(^_^)

Amirah K said... Best Blogger Tips

eh, kak. kat pb ada baskin robin ke? serius?? kat mana.

hahaha, kita xthu

Salmi said... Best Blogger Tips

Bestnya dapat beli-belah.. Kadang2 boleh sampai lupa diri.

Moga Paksu PK sabar dgn dugaan ini..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pasar kemboja mst banyak kain lawo2 kan akak kutu?

Pen Biru said... Best Blogger Tips

kampung mak sy kt kedai 2 kuala kurau..tapi x penah singgah parit buntar,tau nama aje

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

PB mmg dah membangun dan sorga shopping ! tima kasih atas link ya sahabat...

awat tak kabo mai sini... hanie selalu lalu pasar kemboja tu on the way ke rumah mak di kg. kedah tapi tak singgah2.. last pegi masa shopping raya 2 tahun lepass.... hahahhh

Unknown said... Best Blogger Tips

tudiaa..konfem rambang mata..makngah husna juga tinggal di PB..=)

semoga cepat sembuh buat toksu..=)
*husna pngkat toksu lar kan..=)

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

teringinny ank pi pasar kemboja tapi xde sape plak nak bawak...member2 rajin dok cerita pasal pasar ni

LYAfrina said... Best Blogger Tips

uishh..bnyaknyer..rambang mata laa

Unknown said... Best Blogger Tips

saya belum pernah sampai...wah meriahnyer pilih kerongsang

Unknown said... Best Blogger Tips

er..dah komen ke belom entry ni ??

fieda said... Best Blogger Tips

tak pernah sampai pun...

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! Bestnya muni jenjalan. Byk tu kena rembat. Apa2 pun semoga paksu muni cpt sembuh :)

sal ya said... Best Blogger Tips

menarik tu.

Admin said... Best Blogger Tips

Memang sekali datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar, akan datang lagi dan lagi.. ketagih ooo dibuatnya.

www.hasrulhassan.com