Pixajoy

Tuesday, December 29, 2015

Home » The Carnival Waterpark Sungai Petani

The Carnival Waterpark Sungai Petani



Aktiviti berkubang Jumaat lepas. Kali terakhir ke sini 3 tahun lepas kot..Afia baru 3 4 bulan dalam perut. Sejak Carnival ni dibuka, masa tu kami di Johor lagi, dah beberapa kali juga pernah datang sini cuma aku tak pernah up cerita kat blog. Waterparknya aku rasa sesuai untuk kanak-kanak, untuk dewasa macam tak adventure sangat la.. tapi malang sekali tak dijaga..air kotor Masyaallah. Aku dah perasan benda ni lama. Baru ni yang kami pergi makin teruk pulak keadaan air. Rasanya mungkin kali terakhir kot kami kesini.huhu..

Masa kami sampai cuaca masih hujan

Operation hour Monday to Thursday 11am - 6pm, Fee Adult RM 25, Child RM 18. Friday to Sunday operation hour 10 am - 7 pm, Fee Adult RM 30, Child RM 18. After 5 pm harga RM 18 setiap hari, child RM 16. Wednesday waterpark closed.

Harga tiket boleh tahan jugak, tu yang kami pulun nak pi pukul 5 tu. Tak berbaloi kot dengan harga dan keadaan waterpark kalau pi awal.hehe..Ni pun pukul 6.30 dah kena halau ke darat pun. Oklah tu kami sampai on time pukul 5..dapat la sejam berendam.

Kat sini depa bagi apa menatang yang boh kat tangan ni tetiba plak aku blur time menaip..hangpa pasang la sendiri. Dia takde pun nak check beria sangat macam waterpark lain. So takat nak bawak air ke biskut no hal kot. Kat tempat masuk tu dia cuma minta resit bayaran je takde nak check beg. Kat dalam takde makanan ye..ada air, aiskrim dan sweet corn je tak salah aku. Kami dah makan kenyang sebelum datang. 

Lepas salin baju mandi, pulun aku nak snap gambar ni. En suami geleng kepala.hahaha..

Kami tuju kat kawasan budak jeAku tak mandi pun. Malas la..jadi jurukamera je la.

En abah mandi dengan anak-anak. Beliau kata geli nak mandi tengok air.haha..

Aiman pun nampak tak berapa enjoy. Dah tak ada geng mandi kot.

Afia mandi kejap je pastu bila air yang kat baldi atas tu mencurah jatuh dia takut. Buat rugi je la anak oi..Jom kita ke kolam lagi satu. Kat sini ada la dua tiga slide untuk budak. Air dia lagi kotor dari kolam tadi. Tapi nampak Afia enjoy jugak dapat naik slide.

Abang sambut adik turun slide.

Ni dekat nak balik dah tak semena mahu pulak Kak Pia bagi special pose.

Dah la anak-anak oii..wisel dah bunyi jom salin baju

Sempat wefie 1 famili sebelum blah..

















14 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

sayangnya tak dijaga betul2 tempat camni...
anak dara tu makin besar makin comey..manis betul..:)

Unknown said... Best Blogger Tips

bagi saya bayaran masuk nya agak mahal..

Wak Lat said... Best Blogger Tips

chomey je anak dara., wahh sonoknyer mandi kann walopon sekejap., hehe2

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Serba salah sekarang ni nak mandi-mandi kan.
Water park bimbang air tak bersih. Ke pantai takut di telan ombak
Dpt mandi sekejap jadilah.. tapi rugi sebab tiket dia agak mahal juga tu.

Unknown said... Best Blogger Tips

tak berbaloi bayar pk kalo airnya tak bersih..
takkan takde yang jaga..duit kutip..
sian bebudak tak enjoy..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

selama ni saya duk, ajak hubby g sini tapi hubby taknak.. bila muni kata kotor, terus rasa xnak g

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai sedey la kalau tak jaga.
dh la belah utara xda tmpat best nk berendam kan. melainkann air terjun..
sy x pnh pergi pon lg..

pssttt:pk, muka afia mcm pk. msa pose th.. tang mata tu.. hihihi

Aryan azra said... Best Blogger Tips

sayangnya tak dijaga dengan baik, tempat nampak best je untuk anak2 bermain tu..

amboi2 afia..comey sangat tu, acik cop buat menantulah macam ni..

Raihanah Ahmad said... Best Blogger Tips

sekarang ni taman tema camni mmg popular

eima said... Best Blogger Tips

TAK PENAH PI TP TAHU KAT MANA ... TAMAN RIA JAYA TU KAN ...
risaunye penyakit berjangkit klu tak jg betui2 tmpt cam ni .... dah la mahal juga tu

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Pegi penang tahun ni je kami tak ke sini. Biasanya kalau ke penang mmg singgah kat sini.. seronok budak berdua ni main air dengan sepupu2 depe..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

confirm afia seronok sgt main air

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, tak baca betul-betul harga tiket! Itu yang dok pelik dahlah mahal kenapa nak masuk pukul 5 petang! Harga murah rupanya lepas pukul 5 ya. Tapi betullah kalau bayar mahal tapi tak berbaloi, masa tu juga kita rasa macam menyesal tak sudahkan!

Unknown said... Best Blogger Tips

carnivallto mmg air kotor..tempt yg jga guess serviceto xda org .nk pkai gelng tiketpun xtau kt mna.hindu yg jgato merayap merata smpai xtau nk bli loker kt mna....air busuk...