Pixajoy

Monday, December 14, 2015

Home » Proses Afia Cerai Susu Badan

Proses Afia Cerai Susu Badan



Alhamdulillah si bambam dah berjaya cerai susu badan sepenuhnya pada usia 2 tahun 7 bulan. Ikutkan hati, ibu memang belum bersedia nak lepaskan hubungan yang cukup indah ini, tapi apakan daya Cik Pia dah cukup besar dan tak lama lagi nak jadi kakak.hehe..

Ya betul tekaan ramai aku pregnant. Nanti la cerita detail, sekarang ni mari bercerita pasal tips cerai susu.haha..Apa saja cara yang kita guna, pastikan keperluan emosi anak terjaga. Jangan offer, cuba skip menyusu sekali sekala, tangguhkan penyusuan dan pendekkan waktu penyusuan antara cara psikologi yang kita boleh guna selain cara pujukan..pelukan dan cakap baik-baik. 

Semua cara psikologi ni lebih sebulan kot aku buat tapi tak berjaya. Yang tak menahan tu selalu keluar dialog kesian baby..tapi tetap nak mengempeng juga. Dalam masa yang sama aku sendiri tak bersedia, hati belum cukup kental. Bila ibu tak bersedia macam mana proses nak berjaya kan. Dia minta je aku bagi walaupun terpaksa berkorban nipple sakit.

Waktu balik kampung masa Aiman sunat tempohari, setiap kali Afia minta nenen aku jadi stress. Dengan letih, dengan mabuk dengan cuaca panas sungguh tak selesa naik hantu jadinya. Panas gila kot Aloq Setaq boleh terbakaq kuli wo. Seminggu pulak tu rasa macam dok dalam bara api. Baru panas dunia.huhu..

Sebolehnya aku memang nak guna cara psikologi tapi balik je Sungai Petani aku terus dapat kekuatan struggle cerai susu Afia. Dah tak larat nak hadap dia mengempeng dalam keadaan tengah bergelut dengan perubahan hormon.

Percubaan pertama aku guna asam jawa. Aku sapu asam jawa dekat puting pastu Afia hisap dia terus kata masam dan melalak tak ingat dunia. Dalam dia dok melalak tu aku keringkan je hati. Alhamdulillah sekali tu je dia nangis pastu terus tak nak hisap. Nenen ibu masam Afia kata. Yey helah berjaya!

Kat mak pengasuh pun dia habaq kata nenen masam. Setiap kali bila cakap pasal nenen dia sendiri akan kata nenen masam. Tak boleh nenen...nenen masam. Nampaknya proses cerai susu Afia lebih mudah daripada apa yang ibu jangkakan. Sekarang ni paling kuat pun bila gian Afia akan minta nak pegang nenen je. hahaha...



Well done kak pia..sekali ibu upah aiskrim sebab dah tak nenen..setiap kali pi kedai dia akan minta aiskrim.hehe..


Dapat botol air baru juga sebab dah tak nenen.






15 comments:

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

Allahuakbar Kak Pia dah besar...tak lama lagi dapat adik ye..tahniah

eima said... Best Blogger Tips

tahniah ... afia tahniah ibu nye juga .....

fiza linolie said... Best Blogger Tips

tahniah muni. take care tau. tak lupa jugak tahniah buat cik pia. nak dapat adik mesti cerai susu cepat.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Tahniah PK... Take care :)
Alhamdulillah, bijak Afia ni....
Kira senang juga dia nak cerai susu...

tiga lalat said... Best Blogger Tips

ammvoii dh besar anak dara ibuu., ;po

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Anak2 makin membesar dengan sihat alhamdulillah :D
dan tahniah dah pregnant anak ke tiga kan? moga selamat semua nya :D

eita said... Best Blogger Tips

hahahha....kelakor nyer pia...alhamdulillah..rezeki mengandung lagi...tahniah

Nor Salmi said... Best Blogger Tips

Sekejap je masa berlalu. Pia dah nak dapat adik rupanya. Tahniah PK. Jaga diri ye..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

Tahniah berganda utk PK..
Satu sebab preggy..
Ke dua.. berjaya bercerai susu dgn pia dgn mudah..
Bagus lah kak pia ni..
Dia tahu dah jadi dia punya pulak nenen tu PK :)

P/s cam mana dgn aiman dah ok khatan nya..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

tahniah PK..jaga diri tau.semoga selamat dan dipermudahkan urusan sambut anak ketiga nanti ye..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tahniah, PK! Mesti Cik Pia gembira nak dapat adik baru. Mesti Aiman berdoa siang malam dapat adik boboilah kali ni. Dapat main bersama 'sekelas' katanya ^_^

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah tahniah
seronoknya dapt dgr ni.. jaga diri ye pk :)

pppsst: msa mula2 tgk pic profile whatapps bertukar, dlm hati dok teka nape pk ltk pic bby. pk pregnant ke ? atau dlm proses..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Memanglah....walaupun tak sampai hati tp ada ketikanya kita akan jadi rimas bila anak mengempeng ek...
Eloklah dah tak nenen, dah besar pun dah lebih 2 tahun....

Bukan ada susu sangat pun sebenarnya

ida =) said... Best Blogger Tips

Owhhhh... Gitu ye. Sian nenen masam. Aleesya dah 2 tahun 3 bulan. Sesekali terpk Nak stop dah... Tapi mcm kesian. Jadi... Biarkan dulu. Bila2 nk stop nnti, Saya nk try Cara psikologi tu

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Tahniah Afia dah berenti nenen. Senang je kan. Luth pun dah berenti skrg tapi berenti sendiri je. Sbb dia tetibe je jadi mcm tanak. Susu dah tak sedap kot.