Pixajoy

Tuesday, December 22, 2015

Home » Pak Ndak's Engagement

Pak Ndak's Engagement



Pagi Sabtu 19.12.2015 tempohari Ateh (adik lelaki aku yang no 3 ) dah selamat bertunang. Ikutkan petang tersebut kami adakan majlis pertunangan Ain, (adik perempuan bongsu)..last minute Ateh kata nak tunang jugak. Memang tak warwarkan pada jiran-jiran pun, Pak Ndak Aiman Afia ni yang tak nak heboh. Kalau jiran-jiran tau ni mau bertambah hantaran dia.huhu..

Plan asal nak buat 3 bekas saja..Bekas cincin, kek dan buah-buahan. Pastu abang Pin (abang satu bapa lain mak)  kata nak bagi satu hantaran..Ateh kata cukuplah tu..ikutkan nak koboi sarung cincin ja..tapi mak pihak perempuan la yang konon nak juga buat hantaran.

Dah ada buah lebihan hantaran Ain..kami buat juga satu bekas hantaran buah untuk Ateh. Yang coklat tu Abang Pin bagi. Tepak sireh pun kami tak buat la dah kata pihak perempuan pun tak buat. Hantaran dari pihak perempuan aku dah lupa nak snap. Depa balas 5 bekas.


Ikutkan aku malas nak ikut..dah petang sibuk nak kenduri pulak kan..tapi tak ada pulak orang nak sarungkan cincin, almaklum la mak tak ada ni..si kakak ni ambil alih tugas mak. Abang Pin jadi jurucakap rombongan. Maksu dan sepupu turut serta selain anak dan isteri Abang Pin. Kira tunang simple gak la..selamber je mak anak dara sendiri jadi jurucakap. Ateh pun rilex ja ada pada tempat kejadian.hehe..


Makyong yang baru 3 bulan ni beratnya dah naik lebih 7kg. Sadis ja nak tempek gambar..terpaksa crop sikit untuk efek sado tanpa layer.hahaha...tapi nampak boleh cover lagi kot pasal tunang ateh pun sama tembam.haha..

Nanti sambung story Acu Ain's engagement pulak ye..





7 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

muka PK nampak berseri seri..
tahniah untuk mereka berdua..bertambah meriah family lepas ni..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Itu lah yg sepatutnya, kan? Make it simple :)
Setuju dgn Zee, bukan main berseri lagi mak buyung... Ke Afia nak dapat geng gegirl ni?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

Selamat bertunang buat kedua adik PK..
Dah tugas kakak pulak ganti mak ye PK..
Alhamdulillah.. majlis nya selamat selesai

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

comelnya mak yong berseri seri :)
alhamdulillah tahniah buat pasngan memasing semoga bertabah sepanjang dlm tempoh bertunang.aamiin

nasa mulia said... Best Blogger Tips

Wah...kira hari bertunang pagi dan petang ye....yang ringkas tulah yang bagus, klau kedua-dua pihak boleh terima, senang kerja, cerita tak panjang...

aryan azra said... Best Blogger Tips

sederhana itu pun dah ok, yang penting majlisnya selamat dilaksanakan..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Pandai pilih partner posing yerk. Mestilah kita aim kat tunang si Ateh. So bolehlah lagi cover kesadoan tu, PK. Eh, tapi bukan nak kata apalah, memang nampak berseri-seri awak tau. Kalah orang yang nak bertunang tu!