Pixajoy

Wednesday, December 16, 2015

Home » Prosuder Buat Kad Merah (Buku Mengandung)

Prosuder Buat Kad Merah (Buku Mengandung)



Bukan semua orang tahu especially yang dah lama tak mengandung dan yang pertama kali mengandung. So apa salahnya berkongsi. Sharing is caring.hehe..Ikutkan sekarang ni tahu mengandung je boleh terus buat buku. Lagi awal lagi bagus. Tapi aku tunggu sampai 3 bulan baru buat. Malas nak pi buat awal tak larat ulang alik klinik.huhu

Pertama kali kita kena tau lokasi klinik yang perlu kita daftar. Sekarang ni biasanya klinik dah ditetapkan mengikut lokasi tempat tinggal. So setiap kali checkup kena pergi klinik tersebut. In case kalau kita balik kampung ke apa kena inform pada nurse so kita boleh refer checkup di kampung.

Pastu kan kalau boleh tu call dulu la klinik tanya hari apa boleh buat buku. Sebab biasanya klinik ni dah tetapkan juga hari tertentu. Macam aku buat kad dekat RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) aku call depa kata buat buku hanya dibolehkan pada pagi Rabu. 

Sampai sana pertama sekali tentulah kena ambil nombor. Ikut sistem klinik la. Macam RSAT aku terus ke kaunter cakap nak buat buku so nurse minta ic dan buku mengandung anak terakhir. Ni bagi yang pernah mengandung seeloknya bawa. Senang la nurse nak refer detail untuk buka buku baru.

After that kena pergi makmal untuk test upt. Macam biasa kena kencing dan bawa botol urine ke makmal. Tujuan untuk comfirm yang kita ni betul-betul mengandung. Macam kes Afia dulu aku skip je upt ni dah bagitau nurse aku dah check upt di klinik swasta. Kali ni aku check sendiri ja.huhu..

Bila dah comfirm positif kena ke makmal sekali lagi ambil darah. Pertamanya untuk tahu jenis darah kita, berapa HB pastu kalau tak salah nak pastikan kita bebas dari sebarang penyakit. Dah siap ambil darah baru ada sesi timbang berat badan. Aku diberitahu bagi yang BMI lebih daripada 25 kena minum air gula. Aku kompem la kena minum air gula awal pasal dua kali pregnant sebelum ni ada history GDM. Nurse kata tunggu bagi hilang loya dulu baru minum air gula.

After that bersedia je la ditanya soalan oleh nurse. Banyak juga detail yang nurse akan tanya tu pasal kalau bawa buku mengandung lama benda ni jadi senang sikit. 


Dah siap tulis-tulis dan nurse beri penerangan serba sedikit kita akan dibawa kebilik scan. Nurse akan scan tunjuk baby kat dalam perut. Wow amazing aku nampak baby aktif bergerak. haha takjub sangat macam pestime pregnant kekdahnya.hakhak..

Kalau klinik kerajaan biasanya kalau kandungan dah 12w nurse akan terus bagi 3 jenis ubat, acid folic, vit b dan satu lagi apa benda ntah lupa dah aku. Kalau below 12w acid folic je la dapat. Lagi satu untuk info..sorang patient sorang nurse yang akan jaga dan pantau sepanjang kita mengandung sampai bersalin nanti. So hadap je la muka nurse sama sampai lebih kurang setahun dua.haha

Disebabkan aku dah 12w nurse terus refer untuk doctor scan. Sebenarnya aku tak ingat pun tarikh last period aku..yang aku ingat last period bulan 9 so aku main bantai ja bagi tarikh 11hb9.haha jangan tiru perangai aku. Adalah lebih baik mengaku tak ingat tarikh pada nurse.hihi.. Bak kata doktor biasanya orang yang ambil pil perancang macam aku period tak regular so tak boleh guna pun tarikh yang aku bantai tu..kena refer EDD scan dari doktor la kot.

My first baby scan

Mengikut scan doktor, kandungan aku baru 11w kan. Lepas doktor scan dia kata kena repeat scan lagi dua minggu. So 23hb ni tengok la camna mungkin kot boleh dapat actual EDD. Apa pun due date aku memang kena bulan puasa tahun depan. Berayalah aku dalam keadaan berpantang. Nasib badan la. Dah tak plan nak terpregnant plak nak buat macam mana. Rezeki mana boleh tolak.kehkeh..














11 comments:

nurbijen said... Best Blogger Tips

PK tu kira awal jugak bukak buku...
Saya 21 weeks baru terhegeh hegeh nak buka buku....
Tu pun bila kwn2 duk bising bilatahu saya tak buka buku pagi :p
BZ katanya.... hahaha, nasib baik tak kena bebel...
Saya pun mmg ingat2 lupa tarikh last peod, jadi mmg kena repeat scan minggu depan..
Air gula pun kena minum jugak... Tapi hold dulu lah... Nak buat sekali harung dgn scan minggu depan..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah
tahniah pk

jaga diri baik baik jgn gasak gasak.kehkeh.

sy dlu pakai pic scan klinik swasta je.nsb x pyh buat upt tu..

syoknya dpt berita mmber2 pregnant..

Chekgu Azrine said... Best Blogger Tips

tahniah puan kutu...

saya 4 anak...sorang anak yg last tak sempat buat buku pink...
selamba aje saya gamble..masa tu memang busy tak sempat langsung...
tawakkal ajela...sebab cek up semua dkt pusrawi...so ada buku cek up pusrawi ajela masa tuh...

eima said... Best Blogger Tips

tahniah dear ......

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mengandung rupanya ....
Tahniahlah .....selamat menjalani ibadah mengandung hihi....
Yg baru first time mengandung sure khatam 20 kali baca entri ni PK hihi...

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, tahniah PK :D

ida =) said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah. Awal planning Kali ni? Maklumlah... Ikut blog pk kan dah lama.... Jadi... Taulah pk Buat family planning. Saya nk Tunggu Aleesya besar sikit... Tapi, sama la.... Xmo selama gap Adam n Aleesya. Harap2 Ada rezeki

- AZIE - said... Best Blogger Tips

tahniah PK,
soronoknya preggy lagi....
semoga keduanya sihat

LydSunshine said... Best Blogger Tips

So, dah tau ke EDDnya bila?

Fyda Noh said... Best Blogger Tips

Sebaiknya buka buku awal, sebaik tahu mengandung. kalau ada apa2 masalah senang nak handle

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sebab awak tu masih muda lagi, jadilah macam saya. Walaupun katanya kilang dah tutup, tetap juga catit tarikh datang period setiap bulan lebih-lebih lagi kita pun jenis period tak tetap kejap awal, kejap tengah, kejap akhir bulan.

Saya dulu rasanya dekat 4-5 bulan kot baru buka buku tapi bukan buku merahlah. Doktor tanya nak buat check-up kat mana. Saya kata nak buat kat hospital blahblah dan nak bersalin pun kat situ. So dia suruh saya datang ajelah anytime ke hospital tu nak register! Air gula tu kita pun minum masa pregnant kali kedua!Merasalah orang kata ^_^