Kebetulan Krismas hari Jumaat..en suami hari Jumaat la pun cuti, so nak bawa Aiman Afia berkubang dekat Carnival SP. Lepas solat Jumaat baru outing. Kami plan pergi mandi pukul 5. Pukul 7 waterpark tutup..jadilah kan nak mandi lama-lama buat apa. Dah banyak kali pergi The Carnival tu dah tau dah environment dia macam mana.
Afia ni dia ada satu tabiat pelik tak bagi kita letak apa barang pun kat belakang..nanti jatuh dia kata. Pernah sekali masa balik kampung sebolehnya dia suruh angkut semua beg letak dekat seat tak bagi boh dalam bonet. Tu yang kotak tisu pun dipegangnya. Adoila macam-macam tebiat.hehe
Mulanya ke Osman Store dulu nak beli baju Kafa Aiman. Sampai kedai..kedai tutup.hahaha...Fikir punya fikir mana nak lunch at last kami ke food court Amanjaya Mall. Sini memang antara port peberet. Senang ada macam-macam menu ikut selera memasing.
Aiman katanya dah kenyang. Ye la bangun tidur tengahari baru nak breakfast nasi lemak. Nasi putih untuk abah dan mee tu ibu punya. Tolong jadi model je ni.haha..
Kak Pia share Sizzling Mee dengan ibu. Nampak makin kurus pulak kan sejak dah tak nenen.huhu
Konon la kan kenyang..Abah add on lagi 2 pinggan chicken chop dekat sepinggan juga dia setelkan.haha..
On the way ke Amanjaya Mall hujan tetiba turun lebat. Sementara tengah makan tu, memang berharap sangat hujan reda. Siap makan en suami dah usik Aiman kata tak jadi mandi. Laju je jalan ke kereta merajuk la tu.hehe. Offer tengok wayang pun tak nak. Nak mandi jugak katanya.huhu..Nanti sambung aktiviti berkubang lain entry.
Dah puas mandi manda kami ke Pizzahut Giant. Kalau nak tau hampir 5 tahun aku dok SP ni la pertama kali aku masuk Giant. Punya la teruk..dah banyak sangat mall kat SP ni kan. Nak masuk pasaraya giant pun tak tau kot mana.hahaha..sempat la shopping barang sikit sebelum makan.
Baru nak letak punggung Afia sebolehnya melalak nak aiskrim. Nak order aiskrim pizzahut pun tak nak dah dia. Terpaksa la aku keluarkan kon dan aiskrim beli kat giant serve dia kat sini.
Order sampai terus ngap
Pertama kali tengok Afia makan nak habis 1 slices. Lapaq sangat kot.
Slice terakhir untuk Aiman.
Mulanya macam nak tapau bawa balik sebiji tapi tak sangka boleh licin 3 regular pizza kami tiga beranak hentam. Bukan hantu atau buaya..ini betul-betul perut manusia.hakhak..
13 comments:
hahaha
yg penting kenyang perut suka hati..
ok la jenjalan cri makan.
saya dok umah je.. ngemas. x hbs hbs ngemas,kan !
giant kt sp pnh pergi yg dkt tol tu j la. itu pon kebetulann sbb cr sabun basuh baju rania..
3 regular pizza PK? wahh bebetul hebat korang..heheee
rumah zee beli 2 regular pizza pon ada lagik belen tuk brekpes esoknya..
tapi sememangnya seronok tengok semua berselera makan kan?
sonoknyer mamam piza tuu uools., makan utk hidup mak kutu yee ;p
wah sedap tu makan pizza, tak sedar habis ye
Tu dia byk betui mkn dlm sehari....keh keh....
Kalau dah lapar apa pun sedap dan licin masuk perut
Afia dah pandai menikmati makan - biar kurus sikit janji sihat (kan perempuan mestilah nak jaga badan hihi...).
seronok anak2 nampaknya
Dah lapar berendam tu PK..
Tu yg kelaparan..
Apa ada depan mata semua habis dimakan..
Makan panas2 mmg sedapkan PK?
ini penangan penat berendam main air le ni kot ....mauu tak laparrrrr...heheheeh...dpt pizza mmg puas lee perut tuh....afia leh makan sekeping abis tuuuu....hebat2..aiman jgn ckp leee...ape jek tak selera tgk die makan semua selera...lieya pun naik teliur kalo tgk aiman makan heheheheehe
ppsttt: tak da la rjin mana.
bilik kat rmh dh berbulan x clear betui2. stkat sapu mop gitu j.
dgr dgr nk kena posting, itu yg pelan2 kemas mna yg ptut. mcm masa kt jb hri tu, dpt signal bulan 3, mlm arwah adik xcident. 1/5 dh angkut barang..
dgn ada rania skrg.. bertabah la mengemas..kalau last minute ngemas, memang jenuh den..
sedapnyaaaa
Ini memang betul-betul makan ni, PK. Kami empat beranak kalau melenjan di luar biasanya sekali makan aje. Lepas tu tak makan lagi dah. Baguslah selera besar. Selagi boleh makan, makanlahkan.
Post a Comment