Pixajoy

Thursday, December 31, 2015

Home » DIY Hantaran Tunang

DIY Hantaran Tunang



Hantaran tunang Ain haritu. Saja la tempek kat sini untuk kenangan mana tau boleh jadi reference pada adik-adik yang bakal bertunang or nak DIY sendiri hantaran kan. Zaman sekarang ni semua pun mahal belaka. Kalau tangan keras takda seni pun takat nak letak sejambak bunga pastu beli bekas hantaran or sewa aku rasa cukup simple dan cantik dah kan. 


Bekas ni semua Ain pinjam dekat kawan baik dia Fifah. Ohh dah terlanjur aku promote sikit pada yang perlukan khidmat buat hantaran, sewa bekas and so on boleh hubungi Afifah : 010-2369166. Range harga sewa bekas RM35-RM100++. Yang harga seratus memang grand habis la. Ain punya ni kira simple je. Dah kawan baik takkan berkira sangat kan. Kes Ain diklasifikasikan pinjam la bukan sewa.haha..

Namanya DIY...tapi Ain tu bukanlah tangan seni sangat macam kak dia ni (sempat lagi bangga diri.hakhak) kebanyakan hantaran ni semua memang hasil tangan mak Fifah sebenarnya. Walaupun makcik tak baca blog Kak Ain..Terima kasih banyak makcik ye..dah tolong promote tu kat atas.muahahaha...

Ok lets check the hantarans. Walaupun simple aku rasa dah cantik sangat la macam ni. Zaman aku dulu lagi selekeh kot. Hantaran aku dulu pun semua DIY. Buat dengan Akma (kawan merangkap jiran) yang sponser buah jambu sumi jeli kat Ain. Tetiba mengulit kenangan.huhu

Simple but nice. Mula-mula nak minta tolong Akma buatkan dah mak dia kata dia dok biasa buat sireh pastu last minute dia ada hal tak dapat buat. Mak Fifah la tolong buatkan cantik kan gulung-gulung je sirehnya. Bunga pinang tu beli siap je kata Ain.

Yang ni Makwa (jiran) buat. Beliau ambil bekas dekat Ain pastu deko semua hasil tangan Makwa. Tak heran la kalau lawa kan pasal Makwa ni dulu zaman muda memang aktif buat hantaran.

Putu kacang Mak Akma sponser. Jiran sebelah rumah aku ni memang ambil order buat putu kacang. Time raya meriah la tempahan. Mana nak dapat putu kacang asli tumbuk pakai tangan zaman sekarang ni kan. Kalau  ada yang nak order pun boleh contact aku.haha promote lagi.

Raga ni je Ain beli. Buah-buahan semua kawan Ain sponser. Apa kenama kawan Ain aku lupa dah walaupun dia kerja tak dapat datang, mak kawan Ain ni mai hantar buahnya. Pisang dan mata kucing tu je Ateh beli tambah.

Ni la buah jambu sumi Akma buatkan tu. Hantaran asal Akma boh dalam kotak tapi sebab sampai awal dah kena transfer masuk bekas dan dibuang bunganya. Takpe la kan adjust sikit je nak bagi seragam.hehe

Yang ni sepenuhnya dari Fifah. Kawan baik sponser juga sebekas. Afia dia berkenan sungguh dengan coklat ni..tapi tak dapat la nak kidnap sebab dah bergam.

Kek yang Ain tempah. Dok kalut tak sempat dah nak transfer kek masuk bekas. Ikat reben kat kotak kek tu je sempat aku buat. Yang katanya tangan berseni sangat kan. Nak buat macam mana..aku sampai semua benda dah siap kot. Tak sempat nak tunjuk skill.hehe..

Picture semua hantaran. Aku pun kalut lupa nak ambil gambar. Ni pun satu ni je kawan Ain snap. Yang aku tak review semua datang lambat dan menghormati si pemberi sebab tu tak direnovate hantarannya.hehe..

Ok total budget malas nak kira. Fifah dan maknya memang takde ambil upah apa pun. Pepandai la Ain pikiaq camna nak balas jasa depa.haha..



13 comments:

tiga lalat said... Best Blogger Tips

semoga dipermudahkan urusan pertunangan adik Ain tuuu., ;p

fiza linolie said... Best Blogger Tips

walaupun diy... Serius cantik. suka tgk sumi tu muni. cute :)...

lieyalatif said... Best Blogger Tips

cantik dan simple...tak sarat...lieya suke mcm nieh cik puan kutu....

tu laa lieya ni bulan 2 2016 adik lieya akan bertunang....tgh dok busy buat preparation jugak nieh....jauh nak pi minang nie johor-penang ni heheheeheheh....

selamat tahun baru 2016 cik puan kutu...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah ddk di kg ramai yg sponsor
semoga masing masing dpt keberkatannya..
aamiin

diy mmg puas hati kan.. smuanya kena ambil kira skrg ni..

aizamia3 said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah urusan dipermudahkanNYA.

NabilaHasyim said... Best Blogger Tips

murahnya rezeki, ramai yg sponsor..
Alhamdulillah..

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

bagus sangat..akak memang suka simple..simple but nice..
alhamdulillah segalanya dipermudahkan buat Ain..:)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah..ramai penyumbangnya tu, nampak kerjasama dan kasih sayang antara kawan dan ahli keluarga kat situ. Bestnya meriah tunang si ain ni..

Dewi Aja said... Best Blogger Tips

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

aryan azra said... Best Blogger Tips

Ramai penyumbangnya tu, hasil semua cantik dan menarik

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Untung org yg tangan kretif ni kan PK. Duduk lepak lepak pun masyukkkk.
Mak ni masalahnya keras tangan, camne tu? haha...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

cantik n simple

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Untung ramai pakar DIY. Kalau jenis keras tangan ni, buka buku manual pun tak menjadi tau, PK!