Pixajoy

Thursday, December 17, 2015

Home » Pengalaman Aiman Khatan Secara Smart Klamp

Pengalaman Aiman Khatan Secara Smart Klamp



Kami buat keputusan khatankan Aiman atas kerelaan diri dia sendiri. Tahun sebelum ni memang Aiman tak pernah kata nak sunat..so en suami plan nak buat tahun depan masa Aiman 9 tahun..tapi dah dia request nak sangat sunat, tu yang kita buat tahun ni.

Sejujurnya aku tak ambil tahu sangat pasal kaedah berkhatan ni. Ingatkan sama je la mana tempat pun. Bab booking tempat memang serah pada abah..dah katanya nak buat kat Alor Setar kan..kami tak tahu pula yang Aiman akan dikhatankan cara smart klamp.

Hari tersebut aku ingat en suami dan abah akan bawa Aiman ke klinik. Abah kata sibuk nak beli barang dan uruskan hal kenduri (sebenarnya abah penakut kata mak.haha) so aku la kena join sekali ke klinik.

Maktok dah pesan macam-macam suruh Aiman zikir dan so on. Aiman kata dia tak takut pun sunat..cuma risau sikit bab cucuk ubat bius..mungkin sebab mendengar cerita Irsyad dan Afi yang dah sunat kat Lumut sana.

Kami sampai klinik dah agak lewat hampir pukul 10 pagi. Mula-mula pekerja klinik akan bagi ubat makan tak pasti untuk apa..lupa pulak nak tanya. Pastu tunggu je la nama dipanggil. Ikut pada kad booking turn Aiman nombor 9..tapi masa kami sampai cuma ada dua orang. Sorang dah selesai khatan..so lepas budak yang lagi sorang terus turn Aiman. Tak lama pun la tunggu.

Prosuder sunat cara smart klamp ni aku rasa tak la rumit. Kejap sangat tak sampai 10 minit dah siap. En suami sorang masuk bilik doktor, siap buat rakaman video lagi. Memang lawaklah Aiman tak berhenti cakap. Nak tempek video kat sini macam tak patut sangat nanti diviralkan pulak.hehe..

Time cucuk ubat bius tu memang sakit sikit. Aiman menjerit nak keluar air mata juga kata en suami. Sepanjang proses khatan dia sibuk nak tengok camna doktor buat.

"Aduh..abah..pegang tangan Aiman bah.."

"Adoi..sakit macam nak beranak.. "

Antara ayat kelakar Aiman waktu khatan. Macam la dia tau sakit nak beranak tu macam mana kan. Doktor pun gelakkan Aiman.hahaha

Keluar dari bilik doktor tengok Aiman relex je. Sakit sikit je Aiman kata. Dia boleh senyum dan bagi special pose lagi. Gambarnya dah tempek kan haritu. Doktor cuma kata jangan minum air banyak..Lepas ambil ubat dan farmasi bagitau cara nak cuci kami terus balik. Oh ye bayaran khatan RM 150 sahaja.

Sampai rumah maktok dah sediakan tilam dan port untuk Aiman baring. Ubat demam dan ubat tahan sakit kena terus bagi tak payah tunggu anak sakit dan ubat bius tu hilang ye. Lagi dua ubat doktor bagi ubat surut bengkak dengan antibiotik. Ubat tahan sakit ambil bila perlu saja. Alhamdulillah Aiman tak mengadu sakit langsung..so sekali tu je la makan ubatnya.

Ubat antibiotik tu pulak yang jenis kapsul. Kat sini la pulak cabaran..rupanya Aiman tak pandai nak telan ubat biji. Dok sangkut kat kerongkong naya je air dah minum banyak.haha..Dia memang jarang sakit so jarang makan ubat. Seingat aku dia memang tak pernah telan ubat biji..tu yang tak reti.

Yang bagusnya Aiman sanggup gigit ubat pahit tu...dah tak reti nak telan...adoi redho je la aku tengok..Lepas daripada tu, setiap kali makan ubat aku terus pecahkan kapsul letak dalam sudu dan air bagi dia. Ni pun pahit tau..bersulamkan air milo juga untuk habiskan antibiotik selama beberapa hari.


Gambar hari kedua dah ni dah ada geng..Irsyad dan Afi sampai dah ke rumah Wan untuk kenduri esoknya. Banyak sangat dah bebel nanti la sambung camna cara jaga dan melayan kerenah orang berpantang.hehe..








13 comments:

Sya said... Best Blogger Tips

baca pasal aiman kena sunat ni, teringat saya yg nak sunatkan aniq dari kecik. Doktor la yg suggest, sekali tak ada pulak buat kat sini untuk baby..yg ada untuk 10 tahun keatas aje..sabo aje la..

Wak Lat said... Best Blogger Tips

aiman dah besar bujang mak Kutu yee., ;p

Unknown said... Best Blogger Tips

bes baca~ pengalaman handle anak lelaki, is dua2 tuan puteri.... (^___^)V

lieyalatif said... Best Blogger Tips

lieya dok bace pasal khatan le due tiga menjak ni cikpuankutu....tu dok google cara yg ade...ramai pilih smart clamp atau laser kan....tapi tang aiman jerit mcm sakit nak beranak tu lawak tu....hahahaahah ade ajek idea kan...tapi ape pun aiman budak berani.....bagus takde nak lari2 ke ape....

Putri said... Best Blogger Tips

makan ubat sulam milo...good idea..boleh praktik untuk anak2

eima said... Best Blogger Tips

seram pulak aku ,... ai ade ank bujang ni

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

tahniah aiman...

lawak tol kata sakit nak beranak :D

anak2 bujang hanie sunat kaedah laser...

yg abgnya dulu smart klamp...

dua2nya ok, cepat je baik... alhmdllh

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Tergelak besar makcik ni tau Aiman buat
Ingat beranak tu macam sakit berkhatan ke? Alahai anak..anak..:)

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman..

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Macam beranak ye Aiman? hehe.. Apapun, tahniah utk Aiman. Bujang sudah..

kakrose said... Best Blogger Tips

dah bujang anak awak ye.tahniah buat Aiman yang berani buat permintaan nak bersunat awal..

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

woaaaah hero hero !! skarang macam2 teknik kan ada.. anak sedara CT khatan.. esok tu terus boleh main2 dah.. ehehe.. x mengerti betui..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Selamat dah dikhatankan ya, Aiman. Anak bujang saya tak tahulah PK bila nak buat. Plannya tahun ni. Badan aje besar tapi hati kecil. Penakut. Saya risau juga sebab badan besar, orang kata bird kecil!

Aduhai, memang nak gelak besarlah bila Aiman kata macam sakit nak beranak. Macam arif benar! Hahaha!