Pixajoy

Tuesday, December 15, 2015

Home » Kenduri Khatan Cucu Tok Mat

Kenduri Khatan Cucu Tok Mat



Hari Jumaat dua hari selepas Aiman dikhatankan,  kami adakan kenduri kesyukuran. Adik en suami yang bongsu buat sekali akikah anak beliau (Afi). Dalam masa yang sama dua hari sebelum Aiman khatan anak adik Ipar Irsyad dan Afi pun dikhatankan secara konventional dekat Lumut. So ni kira kenduri sekali harung tiga cucu Pak Mat khatan plus akikah Afi. 

Ikutkan memang nak catering dengan bapa saudara en suami tapi sebab kesihatan yang tidak dapat dielakkan terpaksa tukar plan. Jiran-jiran berbesar hati nak jadi chef so kita rewang sajalah. Boleh tahan penat la walaupun aku banyak jadi tukang tengok je.hakhak..


Sehari sebelum kenduri jiran-jiran taman datang rewang. Yang baju stripes tu tengah fokus kupas bawang ok.hehe

Tiba hari kenduri pagi tu segala persiapan dibuat sebaiknya. Cheewah..Pukul 11 pagi geng Yasin datang. Penuh rumah dengan kakak dan makcik persatuan mana entah abah jemput ada lebih kurang 35 orang siap bacakan doa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.


Abang Aiman cool je senyum kat situ. Habis yasin penuh tangan dengan duit dan angpau dari geng Yasin. Mula-mula sebelum majlis punya pulun dok kira duit sunat dia. Hari kenduri memang rezeki bebudak ni la banyak betul orang sedekah..dah pening dah buat tak kisah je nak ambil..kiri kanan depan belakang orang dok sua duit.hahaha..


Irsyad 5 tahun. Tahun depan pra. Ini budak paling banyak kerenah..Ubat tak nak makan, kencing berak dok tahan, time mandi dan cuci luka memang melalak tak ingat dunia..pakej kesabaran tinggi la ibu dia nak jaga. Modal dia mintak nyawa dengan Wan.haha..


Afi 4 tahun..tahun depan dah tadika. Afi better sikit dari Irsyad. Budak baik juga ni walaupun nangis dia mau ikut flow. Kecik lagi kan dah sunat.. fobia jugak la pada mulanya. Namanya sunat mesti sakit. Abang Aiman sorang je paling cool.huhu..


Cik pia menjadi sakan perangai masa orang tengah baca Yasin dengar suara dia sorang je..Time baca doa suara dia paling win sebut Amin. Orang dok sibuk yasin dia pun sibuk minta nenen. Tak padan dengan tua bangka. Adoii..


Mari lihat keadaan diluar. Kak Pia sibuk la dok tawaf kat khemah. Tak kuasa dah aku nak gayakan Afia baju kenduri dengan keadaan cuaca panas membahang. Ibu dia pun bertshirt berskirt je.


Macam kenduri kawen dah siap ada deejey. FOC je tau..dah deejay ni jiran merangkap geng abah. TQ again to Cik Rahim.haha..


Mak abah dok busy apa entah masa ni geng Yasin dok menjamu selera. Curi gambar dari HP en suami. Aku banyak habiskan masa kat dalam rumah sekali sekala je menjengah keluar.


Lepas geng Yasin menyusul pulak geng perempuan. Lepas solat Jumaat lagi meriah dengan geng masjid siap beratur panjang nak ambil nasi. Dalam dok kalut masak nasi tambah tu boleh pulak nasi habis. Tak jangka la punya ramai camni. Katanya en suami, Pak Mat kopi dah memang dikenali ramai pastu pulak abah dah lama tak buat kenduri. Alhamdulillah rezeki.


Ohh lupa nak cerita pasal makanan. Menunya nasi putih, kambing masak kurma, kambing goreng kunyit, kari ikan masin, ikan goreng,  ayam goreng ala kfc (abah order), sambal belacan, ulam-ulaman dan tembikai. Mak buat bubur gandum, teh tarik, air kopi o dan sirap sunkist.

Menu sponser dari jiran-jiran kerabu mangga, paru masak pedas, epal asam dan laksa. Ada lagi menu sampingan kek coklat, kek pisang, kuih muih beraneka jenis, dan akhir sekali kuih kapit dan bahulu kami sponser. Nak jugak tu mention.haha..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sesekali berkumpul semua macam ni memang meriah dan mengeratkan siraturahim. Entah bila pula dapat peluang buat kenduri macam ni. Nak tunggu sambut menantu lambat lagi kot.hehe..









11 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

seronoknya dapat merewang ngan orang kampung..
penat tu memang la..mendapat lenguh sakit badan tuh..
kat sana tak hujan ke PK?

lieyalatif said... Best Blogger Tips

PERGHH meriahnye cikpuankutu...mcm sambut menantu...ni mcm kampung lieya kat johor ni...kuat lagi merewang2 sanak saudara n org kampung....syok sgt....tapi tu laa kalo catering tak yah pikir mengemas....heheheheeh....

kelaka bace masing2 punye peel...tak dpt bygkan bile turn lieya nanti nieh...ade gak survey2 smart clamp ke atau laser....

SalbiahM said... Best Blogger Tips

meriah..meriah..memang macam kenduri kawin ye.tahniah Aiman, dah jadi dewasa!yay!!!

fizalinolie said... Best Blogger Tips

masa cuti nilah memang meriah dgn rewang. seronok dpt kumpul ramai2 kan....

monalea said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah...Nampak berjalan lancar je majlisnya.

Salmi said... Best Blogger Tips

Wah, meriahnya!
Dah macam kenduri kawin.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Meriahnya majlis dan makanan pun bukan main banyak. Kenyanglah tetamu. Aiman pun senyum ajelah ya dapat duit banyak!

Takpa nanti boleh buat akikah baby baru pulak, PK ^_^

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Meriah sungguh tu PK..
Dah macam kenduri menyambut menantu jer nampak tu..

Tu lah pengubat sakit berkhatan budak2 ni dengan duit sedekah yg dorang terima.
Duit sedekah Nabil dah selamat beli Lego..
Itu lah kerjanya sepanjang duduk berkhatan tu..

Azian Elias said... Best Blogger Tips

siap ada DJ ye..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

fokus sungguh pk dok potong bawang erk.
sama la kg saya. msih buat kenduri buat gotong royong. siap mak sayaa jadi ketua geng pakat lagi.
mcm mcm jns pakat dorng buat. ada duit la, beras pulut la, kuih muih..

meriah sungguh ni, mcm knduri kawin plakkan.
alhamdulillah rezeki anak anak..

OKje said... Best Blogger Tips

Mcm merajuk sambil kopek bawang jer tu....hihi....
Kalau kenduri gini, yg syoknya budak yg berkhatanlah .....masyukkkk ....lepas ni sure soping mainanlah si Aiman tu..

Ramainya jemputan PK....bersilih ganti