Pixajoy

Friday, April 17, 2015

Home » Resepi Penkek Roti Sedap

Resepi Penkek Roti Sedap



Aha salah satu tema blog tintong ni adalah sharing simple recipes ya. So tak payah jakun sangat kalau asyik tengok makanan tak semegah ja kat sini. Malam tadi punya cerita la ni. Balik kerja semalam dah malas singgah kedai, kalut nak tengok Hati Perempuan la tu! Balik rumah dah sembang dengan laki lupa terus drama peberet kat TV.hehe..

Sekarang ni tak habis lagi sembang kedai kopi pasal gst, pasal pemimpin hari ini, pasal kesannya pada rakyat yang gaji kecik macam kami ni. Pokok pangkal cerita suami isteri setiap kali jumpa berkisar tentang nasib negara tercinta sahaja. Yang tak boleh blah tu, benda ni juga yang disembangkan en suami dan abah setiap kali call. Setiap hari tu abah call tanya latest issue. Parah kan!muahaha...

Dah tak payah mental sangat pasal hal negara! Intro ja dah dua perenggan.huhu. Baik pecah kepala fikir apa menu untuk dinner. Aku minta anak bujang bawak bersabar, lepas mandi dan solat baru ibu masak. Tu pun sampai masuk dapur tak dapat idea lagi apa nak buat untuk isi perut.haha..

Jadi ibu ni bukan kerja mudah. Bila takda benda nak makan kena kreatif la kan. Si chubby dan si bambam dua2 pun dah lapar! Akhirnya terhasil penkek roti pemanggang ajaib. Nak cepat punya pasal, buat bulat satu-satu tak kuasa dah! Ada balance sos coklat kita makan sama penkek. Pakai sudu ja anak beranak kaut terus dari PA. Nyum!



Resepi Pancake Roti : Carikkan roti pastu rendam dalam fresh milk or susu cair. Masukkan sebiji telur + garam + gula + tepung gandum, kacau sebati. Masak dalam pemanggang ajaib, Siap!



Boleh jugak kalau nak buat versi cekodok. Sila kurangkan portion fresh milk ja. Kalau ada acuan macam kaya ball yang dok jual kat mall tu boleh jugak buat bulat-bulat. Kerak roti yang anak tak makan tu sayang nak buang kan. Tak selera dah nak makan boleh buat resepi ni. Sedap! silalah cuba buat.







10 comments:

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Salam Jumaat PK..
Sedap ni..boleh cuba sebab nak buat pun simple.. sejak ado gst ni kadang terfikir gak nk mkan kat luar..mahal lah..hihi

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

tulah kadang syok bersembang sambil minum2,...ingat lepas tu boleh terus tidur...rupanya ada orang memendam rasa perut berkeronng minta diisi dengan yang berat...hehehe

eima said... Best Blogger Tips

Gitu je kn .mudah sgt ..nk try la nanti

Unknown said... Best Blogger Tips

Betul².. kerak Roti tu janganlah buang..syg sgt

syida said... Best Blogger Tips

mmg x payah mental sangat psl gst bagai..buat semak otak je :p
layan resepi2 kat blog PK & bab makan2 lagi bagussss *thumbs up*

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Bagus ni PK, tal membazir roti dan pada masa sama sedap sangat ni.. saya berkenan betul dengan sos coklat ni.. buat nampak sedap sangat puding roti ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya bab gst tu takdalah mental sangat. Bab-bab politik, hal-hal negara pun saya tak mental. Yang buat saya mental ni bila tengok blog ni penuh resepi. Katanya simple tapi kenapa saya nampak macam marbeles, ohsem dan amazing jerk? Saya kalau kata tak tahu nak masak apa, memang blank dalam kepala ya. Silap haribulan memang takda apa-apa pun ata meja walaupun anak-anak dah lapar. Kita capai kunci kereta ajelah tak pun call 911 *_* Takda keluar pun sifat kreatif tu, PK ~_^

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mudah sangat caranya

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

zmn gst ni kena jugak mkn keraknya pk.hihi
menarik.simple dan cepat disediakan
yg pntg ada cekelat.. nyum nyum

Suria Amanda said... Best Blogger Tips

SA masuk sini macam2 boleh belajar dh ni....