Pixajoy

Monday, April 13, 2015

Home » Sehari Tanpa Lampin

Sehari Tanpa Lampin



Hari Rabu ni ibu kerja malam, so siang hari selama dua hari boleh sambung train. Buat masa la baru nak biasakan Afia sekali sekala tanpa lampin, nak buat terus menerus susah juga sebab aku kerja. Takkan nak suruh pengasuh potty train si bambam pulak kan. Harap Afia tak keliru dan aku pun boleh istiqomah.

Lantai memang kena pastikan tanpa karpet. Lapik dengan tikar upin ipin ni je supaya senang nak mop kalau Afia terkucil.huhu..





Update potty train Afia semalam. Pagi sejurus bangun tidur Afia dah mintak bukakan CD dia. Sekarang ni memang dia sendiri yang request tak nak berlampin. Bila nak pakaikan CD dia kata "amau.." Kalau pakaikan drypers senang-senang je la Afia tanggal sendiri. Pastu pandai dia datang ke ibu bagitau, " beyak". Masuk balik air lama juga tunggu sampai aku berkata, eh cik pia ni main-main ke betul. Bila ibu suruh berak, dia siap wekkan kita. Notty sungguh!haha..Rupanya ambik feel dulu, pastu ternyata dia membuang. 

"Yey! pandai..clap hand". 

Bila dengan ibu bersorak, dengan muka bangganya Afia pun clap hand. So far sepanjang baru dua kali ibu potty train Afia ni, nak berak dia pandai bagitau. Nak kencing je masalah sikit. Kalau nampak dia pegang anu or dok kepit tu cepat-cepat la aku bawak masuk toilet. Kalau dia kata amau tu maknanya dia tak mau kencing. Selain tu memang dia berjaya kencing dalam toilet. Hantar dan ambik Aiman school pun Afia berjaya tanpa lampin.

Waktu tidur petang memula aku lapik, pastu terus dia terjaga. Nak tidur aku pakaikan terus CD, nanti tak tidur pulak. Malam tadi sebelum tidur Afia kencing dalam seluar dua kali. Bila cakap suruh bagitau dia buat derk je pastu senyum-senyum. Alahai anak solehah!





17 comments:

eima said... Best Blogger Tips

big clap jugak utk mama die .... sbb berjaya train afia potty train dgn jayanye

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Nampak berjaya tu.. teruskan usaha PK.. bagus la Afia ni.. tak lama pun

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

bagus lah berjimat cermat kan save banyak tu..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Nampak mcm positif tu Muni. Nampaknya tak lama lagi Afia dah boleh free cd. Hehe... Good girl :)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kena ada kesungguhan betul utk train. Kakak rasa kalau rajin memang boleh cepat sebab Afia dah pandai cakap dan faham cakap kita juga..

Good girl!

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni nak cerita sikit, sikit jerk. Tak makan ruang komen banyak sangat (Huahahaha...)

Si Adik tu baru je free dari pampers! Tahun lepas saya ajar. Dua hari juga. Ada masa sampai berjam-jam dia tak pee. Bila tanya, nantilah, nantilah katanya. Terbabas 1,2 kali jugalah. Sekarang dah pandai kata nak pee, lari masuk bilik air sendiri. Tapi bila tidur malam masih memakai okey. Kalau jalan jauh pun masih memakai okey. Silalah jangan batalkan niat bermenantukan budak berpampers ni. Hihihi!

Dewi Aja said... Best Blogger Tips

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

mama hantek said... Best Blogger Tips

hahaha comelnya...suka sangat bila anak berjaya trained ni, mesti diorang rasa achievement yang tinggi. kita pun rasa best je

NzA said... Best Blogger Tips

caiyok afia.....syabas ibu...he3x.

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Betullah tu apa pun bermula dari rumah...takkan nak harapkan pengasuh pulakkan.

Sebagai ibu kenalah rajin dan bersabar dan berusaha lebih sikit...barulah anak pun sabar untuk belajar dan pergi kestep yg lain pula...pelan2..

Apa pun big clap for both..

sal ya said... Best Blogger Tips

Potty train anak mmg nak kena sabar lebih. Tp dh istiqomah tu insyaAllah. Tahniah cik pia.

MyStory Pic said... Best Blogger Tips

dah faham senang nak ajar kan...

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

kena bertabah & sabar2 banyaklah ..

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Bagusnya akk dah mula.. Sya ni masih dlm mood ntah...hahah

azni hanafi said... Best Blogger Tips

utk potty train ni mak perlukan kesabaran yg tinggi..azni pun lum lepas lg potty train ziyyad utk wktu mlm..

syida said... Best Blogger Tips

go go afia! aunty doakan cecepat berjaya potty train..good job ibu!

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..
congrats jugak buat afia.. makin pandai dah tu