Pixajoy

Tuesday, April 07, 2015

Home » Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam



Aku bukan ada modal sangat nak update. Untuk tak menghampakan permintaan Ciksue Umi Rania, aku share resepi Daging Masak Hitam. Resepi asal aku google tapi aku buat ikut apa bahan yang ada kat dapur je. Aku tak guna serai, pastu aku tambah sos tiram dan aku tak guna kicap cair. Yang ni kira macam resepi asal dari aku sendiri.hahaha Sukatan hentam sajalah. Pepandailah agak, bukan baru nak belajar masak kan!


Resepi Daging Masak Hitam Sedap : Panaskan minyak, tumis 4 sekawan pastu bahan hiris (bawang merah+halia+bawang putih) hingga baik bau. Masukkan bahan kisar (bawang merah+bawang putih+halia+ketumbar+jintan putih+jintan manis+cili kering), masak hingga pecah minyak. Masukkan daging yang dihiris nipis+air asam jawa. Tambah air pastu masak hingga daging lembut kemudian masukkan kicap manis+sos tiram. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Aku tak letak garam dah pun sebab sos tiram dan kicap dah cukup masin. Masak lagi sampai kuah pekat, dah keluar minyak dia tu memang umpph dah la masakan kita. Siap!








11 comments:

eima said... Best Blogger Tips

aku lapo tak bfast ..... nape tayang lauk fav aku ni ......

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

sedap nih..saya suka..tapi bab potong daging..malas pulak..adeii

Mona Lea said... Best Blogger Tips

daging masak hitam memang fav. ni. laam dah tak buat

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Nak lagi mudah beli paket yang dah siap tinggal nak bubuh daging jer, PK. Hahaha!

Saya rajin juga masak ni sebab HD dan saya memang minat daging dan yang pedas-pedas. Macam-macam resepi dah cuba tapi tak kiralah janji sedap di anak tekak kita!

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Ni memang sedap..

Siti Rohaida Yusof said... Best Blogger Tips

rasa lapar lagi bila tengok daging masak hitam ni

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

Ermm sedap....derhaka ngan resepi bole? Nak tukar daging kambing boleh?

syida said... Best Blogger Tips

makan dgn nasi panas2 ni, heaven!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Eh.. sedap ni...saya dah lama tak masak daging hitam ...nak sikit PK lain kali poskan ke sini gak tau.. saya kalau masak ni, makan lauk ni je dah cukup.. tapi kerajinan nak buat tu datang jarang2 je..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

brapa hri dh singgah. tp xtinggai komen.. aduh.duh.duh

hihi.tenkiu.tenkiu
sedap ni. dok tgh byg makan dgn nasi panas panas.
dappnya.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tengok gambar pun dah tau sedap PK....layan dengan nasi panas ni pasti tak toleh kanan kiri dah....