Pixajoy

Wednesday, April 08, 2015

Home » Nasi Goreng Daging Merah

Nasi Goreng Daging Merah



Sehari dua tiga hari ni tekak tak berapa selera sangat nak makan. Tu yang dok cuba buat benda yang selama ni tak pernah pun terfikir nak masak. Kalau masak agak special case sikit ni haruslah tempek kat blog. So bertabahlah kalau setiap hari aku asyik up entry main masak-masak. Baru pertama kali jugak aku buat Daging Merah ala Thai. Nasi Goreng bodo ja dah beratus ribu kali. Walaupun realitinya aku macam tak pernah je order nasi goreng daging merah kalau makan kat kedai, kali ni teringin pulak. Bukan susah sangat. Lunch break sejam lebih pun aku sempat balik masak. Bak kata en suami, pasni boleh dah bukak restoren Thai.hahaha. 

Pada yang dah selalu bikin diam sudah. Aku ni pertama kali nak jugak la tepek resepi.harhar. Nasi putih dah siap masak dari pagi. Daging pun aku siap potong dan rebus, lunch break sampai rumah terus boleh bersilat masak. So takda alasan tak sempat masak kalau kita tahu cara nak manage time. Bersajak aku cakap walhal kadang kerja office hour, aku sogok juga laki anak dengan nasi bungkus. Tu kalau takda stock barang basah or memang tak kuasa sangat nak masak. Jarang sangat la! Biasanya memang aku akan masak pun. Untungnya rumah dekat dengan opis. Dapat la jimat kan..



Resepi Daging Merah Ala Thai : Rebus daging dengan sedikit pewarna merah, goreng sekejap dagingnya dan ketepikan. Air rebusan jangan buang, simpan untuk buat kuah. Tumis hirisan bawang merah+bawang putih+halia hingga naik bau pastu masukkan cili kering kisar. Masak hingga garing pastu masuk daging +air rebusan tadi. Tambah air kalau nak kuah lebih. Pastu boh sos cili+sos tiram+gula+garam. Masukkan sayur buncis+karot. Akhir sekali boleh masukkan hirisan cili+bawang besar.Siap!


Tadaaa..makan dengan nasi putih pun sedap! Aku buat nasi Goreng bodo letak ikan bilis saja. 







11 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah..sejam rehat sempat balik masak..memang hebatla.. PK punya nasi goreng daging merah ni lain sikit dari versi saya buat.. saya tak rebus daging, perap dengan pewarna merah je kalai saya..dah saya tak buh cili kering dan halia.. haha..saya versi malas tu..

Ai, suami PK jenis suka puji makanan sedap bini dia masak..patutla suka masak selalu ...

nasa mulia said... Best Blogger Tips

PK, untung ek tempat kerja dekat dengan umah....siap boleh balik masak...fuh.
Saya untung jugak bungkus lauk dari tempat kerja....hahaha

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

pewitt..macam kat kedai la..bungkus satu kutu..ikat tepi ye..hahaha

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aha, untunglah rumah dekat dengan pejabat. Jem pun takda *_* Kita ni PK kalau tengahari nak balik masak, setengah jam atas jalan jerk. Sampai rumah cuma boleh buat u turn balik pejabat semula. Dah namanya 1 jam je lunch break. Ahah, alasan orang yang tak rajin masak. Apa-apalahkan *_*

HD selalu order nasi goreng daging merah ni tapi saya takdalah pulak terliur makanya memang saya pun tak pernah buat. Kalau buat, haruslah masuk blog juga. Kalau saya tukar blog jadi mainstream untuk masakan aje, haruslah ada yang tak kena dalam kepala otak ni. Huhuhu...

Err.. lenkali buat lebih sikit. Manalah tahu ada tetamu dari KL sesat kat sana *_*

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

PK tau tak sbb akak suka dtg blog ni..salah satunya suka tengok PK masak!
Akak pon klu ada lauk basah..mesti balik masak..serius akak tak pernah masak daging merah..tau makan kat kedai jer..slalunya akak goreng biasa jer ..
nanti beli daging boleh akak cuba ikut resepi PK ni..:)

syida said... Best Blogger Tips

entri 'Nasi Goreng Bodo'.. next! hehe

PK, mmg ku bertabahh ajelah baca blog mu..keep it up ibu aiman afia :)

Dewi Aja said... Best Blogger Tips

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Yesss.. memanglah sedap kalau macam ini caranya. Pewarna tu nak bagi sedap mata memandang sebenarnya kan.. tapi bila dah campur perencah bagai tambahlah sedap:)

NzA said... Best Blogger Tips

nmpk simple tapi sedap tu.....nasib baik dah makan td.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

untung la pk ofis dkt rumah.
jmat duit makn hihi

sedapnya.masak sndiri x pernah.makan di kedai pernah.zaman ddk penang dulu..

siap blk msk kt rumah.
sy dlu msa ddk seri kembangan tfh hri mmg lari blk rumh masak rehat sejam.pagi pagi masak nasi sesiap. balik tumis je lauk simple. masa tu pjj dgn cik abe. hihi .. eh.eh ter trobek la pulak..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kalau dpt kat teman, mmg tak bergorenglah nasi tu...belasah nasi putih jer...hihi..
Tp kalau stok bahan basah banyak dlm fridge, mmg mood nak masak tu lebih dari biasakan ...kalau penyskit M tak hinggaplah hihi