Pixajoy

Saturday, April 11, 2015

Home » Potty Train Afia

Potty Train Afia



Alkisah minggu lepas, dia waktu pagi yang agak kalut, aku dah siapkan cik pia mandi, mintak la dia tunggu kejap kat ruang tamu. Tak sempat aku nak pakaikan drypers tengok selambak taik dia atas karpet. Afia tunjuk najis dia pastu cakap.."untah..". Taik dia kata muntah. haha..Salah aku jarang dedahkan dia dengan perkataan berak. Sebelum ni kalau dia terkucil dekat lantai pun, dah kencing dulu pastu baru datang dengan muka terkejut tunjuk, "ni.." merujuk kepada air kencing dia. Lepas kejadian mencuci karpet, aku selalu sebut perkataan berak kencing bagi dia faham setiap kali dia membuang.

Sejak kebelakangan ni pun Afia asyik mintak aku bukakkan drypers or CD dia, dah tak berapa selesa kot nak pakai. So aku rasa macam waktu dah agak sesuai untuk aku ajar dia cerai lampin. Pun begitu rasa macam nak mula lepas birthday dia next month. Sesambil tu kaji dulu tips cerai lampin melalui pembacaan. Katanya kalau anak dah mula faham arahan dan pandai berinteraksi kita dah boleh mula ajar. Lagi cepat lagi bagus sebenarnya. Satu tahun pun boleh dah kalau maknya gigih.

Pengalaman dulu waktu Aiman senang jugaklah nak potty train dia. Aku takda la mula awal sangat. Masa dia dua tahun lebih tu kira dia dah free diapers siang malam. Aku train sekaligus siang dan malam sebab dia dah pandai cakap. Malam tu memang la boleh dikatakan dia wajib kencing punya. Kena la susah sikit kalau nak berjaya. Sampai sekarang pun kalau cuaca sejuk dia kekadang kencing malam jugak tau.hahaha..

Masa mula ke Aiman dulu, dua kali je dia kencing dalam seluar pastu dah boleh cakap nak kencing nak berak kat ibu. Aku sentiasa cakap dan ingatkan dia setiap beberapa minit suruh bagitahu kalau nak membuang air kecik besaq. Pun begitu sampai kt rumah pengasuh dia dah terkucil kat rumah orang, pengasuh tu pun pakaikan dia diapers semula. Lama juga sementara nak biasakan, cabaran ibu bekerja la kan, orang bukan nak hadap anak kita sangat macam kita sendiri sebagai ibu. 

So aku agak heran kalau ada anak orang yang maknya dok rumah tapi anak dah umur 4 5 tahun belum free diapers. Yang bekerja pun tak mau renyah biarkan anak pakai diapers sampai anak masuk tadika. Nak tunggu sampai bila baru anak nak bersedia? Manjakan anak bertempat la kan..Opss sory kalau ada yang terasa, bab pendidikan anak ni isu sensitif. Aku laki bini pun selalu gaduh pasal berbeza pendapat, inikan pula orang luar. Macam bagus sangat kau.huhu..


Aksi budak demam

Bebalik pada isu cerai lampin Afia. Rupanya demam semalam nak boleh akal ja. Sekali kena ubat terus lega. Alhamdulillah demam tak melarat. Pagi semalam pertama kali Afia datang mintak bukakan CD dia pastu sebut "beyak.." masuk bilik air betul dia berak. Ini betul dah bersedia nak cerai lampin dah ni! Tak payah tunggu birthday, sepagi sampai lepas Solat Jumaat dia langsung tak kencing tak berak tanpa lampin. Ingatkan tiga hari ni boleh la potty train Afia, sekali Abah depa ajak balik kampung. Terbantut la hajat. hehe..

Memula en suami kata, eh..awai sangat nak cerai lampin. Lepas aku cerita kisah Afia dah pandai bagitau, en suami sokong. Lagipun awai apanya anak hang tu dah la baka besaq, kalau cakap 4taun pun orang percaya bak kata mak tok depa. Belum dua tahun tapi bambam dan tinggi, drypers pun takdak saiz dah nanti. Buat permulaan aku free diaperskan dia siang dulu. Malam bagi pakai CD ja tak keluar duit pun. Kecik lagi kan nak terus drastik siang malam. Bukan pasal gst ya.hahaha...


Aiman Afia kat rumah Wan Mak tok

Awal pagi tadi kat kampung pun Afia mintak bukakan drypers, masuk bilik air pandai dia berak. Aku takda letak target tinggi sangat. At least dua tahun setengah kalau dia dah boleh free diapers, Alhamdulillah..doakan aku berjaya. Esok off boleh cuba free diapers sehari suntuk, kita tengok camna Cik Pia. Tips cerai lampin tunggu aku berjaya dengan Afia dulu ok!haha macam ada je orang request.






7 comments:

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

Good job Afia...ada kanak-kanak sampai tadika tak cerai ngan lampin lagi...

Unknown said... Best Blogger Tips

sya hari tu dah free diapers kan aniq.. sekali datnag mals yang dahsyat, terus stop..menyesal pun ada sebab nak mula balik ni mals betul.. padahal aniq tu dah x nak pakai pampers dah.. dibukanya sendiri, tau je dah bye2 kat pampers..haha

lieyalatif said... Best Blogger Tips

betul tu cikpuan kutu...kalo leh start awal baik start dari awal...mcm damia dulu 3 tahun dan frree diapers...mija pun same ...die ikut kakak die tu yg cepat jugak tu...tgk kakak tak pakai pampers die pun takmo...dayyan ni baru start..betul la boy ni lambat sikit nak free diapers kan...asek gentel kote jek kalo tak pakai pampers kakakkaakak....jakun spender kot hahaahahh

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kena istiqamah kan.. ada anak yg mudah, ada pulak anak yang jenis kena lama sikit..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, 'tersayat' hati kita kena kutuk tau! Hahaha...

Both anak kita dah tiga tahun baru cerai diapers. Si Abang pertengahan 3 tahun dan si Adik pun kira masuk 3 tahunlah sebab dia November babykan. Itu pun di level terakhir dah pakai xxl, tak main yang kecil molek ni lagi.

Ikut pengalaman, both pun senang nak ceria diapers. 2, 3 hari jerk dah pandai lari masuk bilik air tapi being Mommy yang memanjakan anak-anak sangat katanya, haruslah take time juga nak cerai diapers 100%. Eh, bukan sebab malas tau, 'sibuk' jerk lagipun takkan mem kena lap lantai jerk 24-7. Mem pun nak meni pedi juga kalau ada kat rumah. Ahaks!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

in shaa Allah gayanya afia dh bersedia tu
good luck pk..
saya pon nk jugak awalkan..
nti share tau..

saya suka guna cd tp cik abe kurang menyokong.huhu. katanya dia mampu lg nk bli pampes. mslhnya bukan kira mampu ke tak.. rasa mcm ntah la.. semacam j buang pampes anak dlm tong sampah nun haa.. nk buat koleksi cd pon trbantut. x sampai target yg nak lg..
skrg dh gst ad chance le nk tambah koleksi blk. hihi

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

bagusnya Afia, bijak ni. awal dah pandai cerai lampin.