Pixajoy

Monday, April 06, 2015

Home » Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas



Alkisah sejak dah tua ni baru nak belajar buat nasi berempah. Ni Kira 1st attempt nasi hujan panas making by PK. Macam biasa aku buat simple guna bahan basic, minyak sapi kismis gajus semuanya pun takda. Aku tak guna pun beras panjang-panjang macam orang kaya dok makan tu. Walaupun beras tak kena gst, haruslah kemut!

Nah tempek sekeping dulu Nasi Hujan Panas bersama lauk yang aku buat.


Oklah jadi berasa juga nasi warna warniku ini cuma tekstur beras banyak yang pecah-pecah tak pasti kenapa. En suami kata kena didihkan air dulu baru masuk beras. Aku nak senang campak semuanya atas api tunggu dia kering ja baru masuk pewarna. Sukatan air pun main peranan kan.


Ayam masak merah ni tiga ketul saja saiz besar sorang satu aku buat. Menu rutin dah selalu dah aku bikin. Macam sambal biasa je la cuma add susu cair. Setakat ni en suami kata sambal aku memang terbaik seantero dunia. Seantero dunia tu ja aku tambah.hahaha..


Cubaan pertama juga ni aku buat Daging Masak Hitam. Selama ni tak pernah buat sebab spesis tak kenal rempah dan tak mahu pun nak belajar kenal terus bagi alasan tak suka masakan berempah.. Ni pun nyaris biji sawi aku sangkakan ketumbar.hahaha nasib baik la kak kedai runcit ada tunjukkan ajaran. Satu-satu aku tanya ni apa? ni apa? Molek sangat umur 30 tak kenal rempah ratus.


Nak sambung lagi pasal daging masak hitam. Ya Allah sedapnya resepi aku google ni. Lepas ni dah boleh jadikan menu istimewa time raya. Kalau emergency perlukan chef je la.haha. En suami kata lain kali tak payah beli dah nasi hujan panas, kalau beliau nak, isteri solehah boleh tolong masakkan. Pastu kan tak agak ajak berniaga nasi hujan panas bulan puasa ni. As usual la kan, bab mengampu memang A!haha..


Nyum..jemput tengok! Kalau teringin buatlah, tak pun pergi beli. Fasa pemerintahan gst ni baik masak sendiri. Eh dah kenapa aku sawan gst plak ni. Nikmat dapat makan bertambah macam aku. Biasanya nasi aku makan dua senduk tak pernah tambah konon nak diet. Kali ni kenapa ntah boleh bertambah tak ikut skema buku teks, sampai dinner pun panaskan lagi nasi, siap goreng telur mata tambah lauk makan sampai licin.hehe..









17 comments:

mama eija said... Best Blogger Tips

sedapnya... rajin PK... eija tak pernah masak aneka ns ni.. selalu mkn ns putih jer kena cuba la lepas ni :) boleh berjimat nak bayor gst kehkehkeh

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Itu dia bila en abang dah kata macam itu nampak gayanya tak lama lagi adalah permintaan darinya..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Salam Puan kutu..nampak sedap semua juadah tu.Umah kak atie ni klu nasi brkaler2 camni..kecuali nasi tomato/nasi ayam/nasi kuning...diaorg NO LAYAN :(
Klu tingin mkn jer la kat luar...

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

Ini yang kenal rempah pun malas nak masak, nak mereka alasan ape tah dahlah en.suami suka benda berempah dan kari ini, isteri tahu masak sup aja...Masak nasi berperisa gini tak pernah lagi seumur hidup...hehehe wat malu jer kan.

Nampak pun dah sedap nasi hujan panas tu, kena sangat dengan lauk masak merah dan masak hitam tu.

Unknown said... Best Blogger Tips

sya pun tak pandai kenal rempah-rempah dulu, kononnya tak suka makan yg berempah.. alhamdulillah sekarang dah pandai..hehe

PetakBunga said... Best Blogger Tips

tgok pun rasa x reti.. cmna tu..
reti mkn je.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

suka sangat..
saya buat pon pecah pecah juga nasi tu maklum le beras biasa.kalau guna beras basmathi cntik molek la kejadian dia

masak hitam kalau buat saya pakai rempah izan mamamia j skrg ni.hihi

nti share resepi masak hitam tu ye..

Masya said... Best Blogger Tips

hohoho tabiklah kt pun baru pandai masak ayam masak merah.. daging masak hitam ni mmg boleh lglah nak belajooonya hahahaha .. nak mkn mmg tunggu g kenduri kot ada lauk tu ...

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Okay lettew....nyumm nyumm...

OKje said... Best Blogger Tips

Warna dah menarik tu....
Nampak mcm pelangi senja hihi....
Sesekali layan nasi lain dpd biasa mmg best jugak PK....
Awal sangat dah tu kenal nasi berempah, okje rasanya lagi lambat

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cantik nasi hujan panas, berwarna warni :-)

lieyalatif said... Best Blogger Tips

jadik ni cikpuankutu...lawo..sekate je kaler nasi...lieyakalo buat pun fail lagi...kaler tak sekate...ayam masak merah mmg nampak marbeles....dah lame gak lieya tak buat nasi kaler2 nieh...kalo tak dulu rajin gak buat sebab budak3 suke...nanti leh la buat minggu nie...cume kaler hijau plak dah yilek nieh....

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

mantoppp warnanya...menyelerakan

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Itu baru 30 tahun apa cerita orang yang lebih tua ni? Hahaha... saja nak perli diri sendiri pulak!

Saya tak pernah buat lagi nasi hujan panas ni. Tak tahulah bila sampai serunya. Setakat daging masak hitam buat juadah raya, dah pernah buat dek kerana tertinggal keretapi nak balik kampung *_* Kenalah masuk juadah raya buat pertama kalinya dalam hidup!

Terliur pulak tengok nasi hujan panas versi PK ni. Betul ke tak jadi berniaga musim bulan puasa nanti? Kalau jadi, nak juga kirim hantar ke KL *_*

syida said... Best Blogger Tips

sy pun geng x kenal rempah ratus..hehe
thumbs up utk nasi hujan panas & lauk pauknya yg sangat happening!

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Sangat mengiurkan tekak.. :))

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

yealah tu...menatop kena sebabum pergi jalan2...salji2 tu macam beratuk danjuga