Pixajoy

Wednesday, April 01, 2015

Home » GST Kedai Dua Ringgit

GST Kedai Dua Ringgit



Hai April. Kalut update entry basi pagi tadi sampai terlupa hari ni dah 1 April, gitu?haha..Tak nak ketinggalan nak sembang kedai kopi pasal gst. Bukan nak kupas nak bentang hal ekonomi negara, tak kuasa aku! Cuma tu la nak sembang-sembang ja!hahaha..

Tahun lepas aku kena attend seminar berkaitan GST. Penolong Pengarah Kastam Sungai Petani penceramahnya. Bagus juga diberi pendedahan isu cukai yang sebelum ni kita tak pernah ambik tahu pun. Aku malas nak eloberate segala mak nenek yang aku dapat dekat seminar tu. Hangpa pun boleh baca studi dimana-mana. Tinggal nak dan tak nak je! Kena juga bekalkan makumat asas tentang GST. Sebagai pengguna sama-samalah kita kemut tahap 18.hakhak

Ni cuma nak story tadi break time pertama kali aku keluar belanja selepas GST. Pergi farmasi beli ubat pastu saja usha pasaraya sebelah nak tengok harga drypers. Masih harga sama, tak beli jadi tak tahu harga sebenar dekat kaunter lepas cukai. Katanya harga lampin paikai buang harga susu naik banyak ye! Aku masih lagi kategori selamatlah juga sebab CDkan Afia kat rumah. Susu cap gantung pun free.hahaha..

Ok sambung cerita tadi lepas tengok drypers aku usha harga roti cheese yang aku selalu beli. Dulu RM 1.20 sekarang dah 1.50. cancel terus beli. Roti gardenia yang krim tu pun harga dah 85 sen ya. Aku rasa macam baru je beli roti ni, ingatkan masih 80sen. Selama ni tak pernah alert dengan harga main bayar je.huhu..

Yang tak berapa selamatnya kedai dua ringgit pun ada gst. Aku ni boleh dikatakan tegar jugaklah kesana. Setiap minggu dan kadang boleh dikatakan setiap hari masuk kedai tu! Bukan beli apa pun tapi kadang beli juga benda yang tak berapa perlu pun. Dah katanya murah RM2. Tadi aku capai sepeket biskut Marie dan Kek Apollo Pandan. Sampai kat kaunter dah siap sedia syiling mana tahu kena cukai. Budak tu kata RM 4.25 sen. Aku bayar RM 4.30 tak tunggu terus blah.  Salah aku kalut sangat tak tunggu resit.

Tak pasti la sebelum ni kedai dua ringgit ada SST ke tidak. Sampai opis terus buat kiraan. RM 4 kalau gst 6 percent 24 sen. Rasa menyesal pulak tak ambik balance. haha. Memang jumlah tak banyak, tapi cuba kira kalau seratus orang free bagi depa 5sen, dah berapa? Lepas ni kena kurangkan aktiviti kat kedai dua ringgit. No more toys yang bukan-bukan tu ye Aiman. Kalau betul nak berjimat kena kira dari benda yang semurah-murah barang. Betul tak?Fikir-fikirkan..Gurau pun ada makna terselit yang mesti kita selam. Aku kemut tapi tak nak la sampai jadi kedekut, nanti kufur nikmat. 

Apa pun GST yang dikatakan telus ni harapnya tak membebankan rakyat. Pendapat aku masih ramai lagi yang tak faham apa tu gst. Masih banyak benda yang berlegar kat fikiran termasuk aku ni. Sekian!








11 comments:

eima said... Best Blogger Tips

Ye ke kedai rm2 pun kena ceh ....

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

Kesian pada kita yang faham sikit2 ini....tapi kesian lagi berganda pada mereka yang tak faham apa itu gst...

syida said... Best Blogger Tips

setuju dgn PK, msh ramai yg blur dengan gst..hinggakan brg2 yg bebas gst pun naik hrga juga (grr). Saya sndiri nak kna lebih banyak lagi baca psl gst ni..kna jd pengguna bijak hehe

harapnya semua yg terlibat dgn gst ni (dari pengguna kepada peniaga kepada pihak kastam & kerajaan) semuanya telus 200%!

nak masuk kedai rm2 pun kna pikir 10x lpas ni (huhu nangess)

Unknown said... Best Blogger Tips

Akk..cerita lah gst yg akk tau..sbb mmg ramai x faham..pd Sya,gst bagus kalau pelaksanaan yg hasil hasil tu nanti dibuat dgn elok..iye la, kalau x buat bebetul,kesian Kat org miskin yg kena byr gst .

monalea said... Best Blogger Tips

suka juga masuk kedai 2 ringgit. kalau masuk ntah apa2 yang dibelinya...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

itulah kan penangan GSt..nak masuk kedai 2 ringgit pon dah seram

LYAfrina said... Best Blogger Tips

errrmm..dah bukan kedai rm2..

lya transfer internet banking kelmarin pon kena gst..tp 0.01 sen je.. gst atas caj perkhidmatan..oklah..drp gst atas amount y kt transfer tu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kan..
tak tau nk kata apa.
mmg kena kemut 18 la jugak

jamilahamzah said... Best Blogger Tips

@LYAfrinatula.. saya sampai takut nak buat transfer interbank..hehe..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya pun dah pergi belanja selepas GST. Setiap kali keluar masuk kedai selain shopping mall memang saya tanya sambil senyum sinis kat kaunter ~ Dik, nak tanya soalan favorite, ada GST tak? Senyum kambinglah cashier tu nanti sambil angguk.

Saya rasa harga barang memang naik banyak. Contohnya dulu saya selalu beli Nestle Bliss Yoghurt tu. Satu pek tiga botol dalam RM13.99 kalau ada offer. Kalau tak offer dalam RM14.90 Tapi sekarang tengok harga dah jadi RM16.40 tak silap. Itu belum caj GST lagi. Haruslahkan saya berhentikan serta-merta pembelian ni untuk si Abang. Hahaha.

Saya tak kemut tapi ada masa 5 sen pun saya minta. Dah itu duit saya. Kalau 100 orang buat tak tahu nak ambil baki 5 sen sehari, bayangkanlah betapa untungnya peniaga!Bab bagi orang lagi kaya atas angin ni saya ada kemut sikit. Hiks!

PetakBunga said... Best Blogger Tips

kedai rm2 kat rumah dah tukar label.