Pixajoy

Thursday, April 02, 2015

Home » Afia Imanina 23 Bulan

Afia Imanina 23 Bulan





Ewah..dia joget! Waktu berlalu cepatnya Afia membesar depan mata. Kadangkala berulangkali tengok video masa dia baby. Alhamdulillah mudah membesarkan kekuatan iman kami ni, berperibadi cool dan tak banyak ragam masa baby. Apa lagi sekarang ni makin becok bercakap, terlajak cerdik akalnya dan terlalu comel dengan kerenah yang melucukan. Sungguh cik pia selebriti nombor satu kat rumah kami tau!

Perkembangan bercakap menginjak usia dua tahun fokus utama ibu nak story. Sekarang kalau bercakap kebanyakan menggunakan perkataan yang belakang saja. Contoh cantik, jadi tik..kenyang jadi nyang..habis jadi bis..banana jadi nana..Benda ringkas satu sebutan je Afia sebut tanpa pelat macam fish, goat, egg, take and so on.



Sekarang dah susah nak makan kat rumah. Kerjanya mengadak air saja. Yang hairan tu kat rumah pengasuh nak pulak makan. Lalu kedai Abah saja sebut Abah..Kalau dia sebut air..memang kena berhenti dulu. Lepas dapat milo kosong sebungkus dari abah baru balik. Pandai pulak tu kalau lepas hantar Abang Aiman Kafa mesti tunjuk jari sambil sebut Abah ajak pergi kat Abah dia. Marah kalau kita tak singgah.


Haritu kan ibu cerita Afia tak pandai sebut ibu. Kata abah saja dia je tu tak nak sebut. Sejak bulan lepas baru dengar Afia sebut bu dengan kerap. Yang tak tahan tu kenapa kalau sebut bu kena muncung mulut sedepa.haha..Abang Aiman dia panggil Man saja! Bila tanya tok nama apa dah pandai jawab Tok Dah..Wan..Mat..Nama sendiri ja susah nak sebut.

Kalau dengan mak pengasuh kemain lagi. Jeles ibu kalau kat rumah pun asyik sebut nama mak. Tiba-tiba pulak tu tau..Contoh kalau tengah salinkan dia drypers tak semena sebut mak. Asal naik car sebut mak. Asal lalu jalan laluan kerumah pengasuh sebut mak. Nak ikut ibu ke pejabat pun sebut mak. Banyak hari tak hantar rumah mak lagi kerap dia menyebut.

Sayang sangat kat mak dia ibu hantar dok dengan mak terus mau?Dia jawab "mau.." haha. Entah mau ke tak mau sama je sebutan. Lagipun apa yang kita cakap dia kira nak mengajuk sesaja. Tapi setiap kali ambik dari rumah pengasuh tak menyabar tunggu balik rumah kat situ jugak terus tunjuk dada ibu sambil sebut "nak nen..nenen.." kes gian!hahaha

Afia dah mula kenal huruf juga. Paling expert huruf O! Boleh sebut dengan baik A to Z, Alif hingga Ya. One to Ten tu ja banyak sebutan sebut yang belakang je la. Cuma ada beberapa huruf saja agak kelakar susah kot dia nak menyebutnya. Bila tanya cow bunyi macam mana? cat?goat?duck?bird..semuanya dia pandai bunyikan dengan comel sama macam dia selalu dengar dekat tab. Main tab satu hari tu dia sebut "yey..nang! (menang)" tak tau belajar kat mana.



Kat rumah masih dengan aktiviti bermain titi. Nak makan minum semuanya kena suapkan titi dia sekali. Afia tak tidur buai tapi tak boleh nak simpan sebab buai tu jadi tempat dia tidurkan titi. Hayun buai complete zikir. Baru ni ada beli penyangkut bilik air jenis besi boleh dia dok using titi boh dalam tu buat stroller. Anak girl memang macam ni la, kreatif pretend to be ibu!

Next month dah boleh beli kek birthday kot sebab Afia dah pandai makan kek. Tahun lepas boleh tengok ja!





16 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

23 bulan? Maknanya Aniq dah 22 bulan..aduhai.. teruk Sgt bz Sya Skrg sampai lupa tarikh Skrg..Aniq masih belum boleh sbut mummy..tp dia sbut mama..

Wak Lat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee chomey anak ibu. Siapalah tak sayang anak, tapi ada kann mak , kannns ;p

monalea said... Best Blogger Tips

seronokkan bila anak dah leh cakap.klu dah pandai bercakap nak bercakap je jenuh pulak nak melayannya...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

afia semakin bijak..cepat dia belajar..semakin comel dan cantik

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Afia comel dan bijak..tu yang buat ibu sentiasa rasa rindu kan

Masya said... Best Blogger Tips

tu lah cptnya masa berlalu dah besar afia.. boleh dah ade adk lg tu hahahaha .....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..makin besar makin cerdik afia..

lya pon sama..rindu sgt kt asya msa kecik..slalu baca n3 lama time asya baby2 dlu.. nak ngis pon ada.. mmg rindu sgt

syida said... Best Blogger Tips

yeayy tahun ni afia dah bole makan kek insyaAllah..mesti ibu bersemangat nak buat kek DIY kann kann?
aunty tgh membygkan muncung afia yg sedepa tu hehe comels!

makchaq said... Best Blogger Tips

Sat ja dah besaq afia... memang seronok layan budak2 bercakap..
Anak2 makchaq jenis cepat bercakap memang seeonok bersembang ngan depa

Kalau afia suka nak pi rumah pengasuh tu maknanya pengasuh tu jaga elok la... klu pengasuh x ok nak hantaq pun depa teriak

Unknown said... Best Blogger Tips

hampir sama umur dgn cucu kaknoor ni 18 bulan, tapi kalau ckp dia je yg faham, maktok tak faham lagi..

Tie HT said... Best Blogger Tips

comelnya afia,
moga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah yea :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

yeay afia dah nk msk dua tahun
boleh la ibu buatkan kek birthday lagi

byk perkembangan afia..
semoga dipermudahkan hendakNya
aamiin

afia rajin rajin belajar tau

Nur Arifa said... Best Blogger Tips

sekejap je kan rasa nak membesar huhu ..semiga jadi anak solehah buat ibu...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Mesti pengasuhnya baik tu..itu yang fia asyik sebut nama mak mak mak je tu. Legalah kita kalau anak serasi dengan orang yang jaga.. patutla bam bam di fia ni ya.

Dah nak dua tahun ya.. ai.. saya rasa macam baru lagi.. si nazif pun saya rasa kecil lagi. Hihi..padahal bln 8 ni dah 3 tahun dia..

mama eija said... Best Blogger Tips

da besar afia.. beza 5 bulan dgn anak eija :) nama pun imanina juga..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau ya pun Afia nak duduk dengan mak, sanggup ke?

Dah besar Cik Pia sekarang. Macam-macam perangai, mahu tak seronok melihatnya. Kalau tak diabadikan dalam blog ke, dalam video ke, memang merindulah kita ni bila mereka dah besarkan...