Pixajoy

Friday, February 12, 2016

Home » Taman Ular Dan Reptilia Perlis

Taman Ular Dan Reptilia Perlis



Kisah cuti Tahun Baru Cina kami. Bila dah cuti panjang laki bini mesti la plan nak balik kampung dan jalan-jalan. Tapi sungguh tak terfikir nak jalan kemana sebab dah sedia maklum time cuti ni jalan sesak dan kawasan pelancongan mesti jam. Ada kenduri di Kulim dan Alor Setar pada hari Ahad sebelum raya cina tu, so kami jalan-jalan tengok pengantin terus balik Alor Setar.

Isnin 08 hb Februari 2016 

Kebetulan dah lama juga tak ke Perlis..yang tahun lepas nak jalan-jalan tak jadi kereta buat hal tu kan..kali ni dapat juga kami ke Taman Ular. Excited Afia dari dalam kereta dok bising nak tengok ternek (snakes). Lepas sarapan dirumah kenyang-kenyang baru bertolak. Wan dan Maktok Aiman Afia join sekali.

Tada..sampai sudah..model ibu sila ambil tempat.Kesian ye kena posing dalam panas terik.hehe

Waktu Operasi dari 9am hingga 6pm, dibuka setiap hari. Harga tiket masuk untuk dewasa RM 4 dan kanak-kanak RM1..tapi hari tu untuk 4 dewasa sorang kanak-kanak kami cuma di charge RM 12, ada diskaun apa entah. Pastu siap dapat free gift sekotak tisu. Tak payah ambik tau la diskaun apa, jom masuk tak sabaq dah nak tengok ternek ni.hahaha...

Aiman Afia posing diruang galeri.

Kat sini juga kita diberi peluang untuk pegang dan bergambar dengan ular dengan bayaran RM 1 sahaja. Hari tersebut ada dua ekor  ular sawa yang boleh tahan besar. En suami sorang je kot yang berani bermesra dengan ular ni. Kami yang lain semua tengok dari jauh. Aku lagilah fobia ulaq. Snap gambar pun dok sebatu. Spesis ular yang diawet diruang galeri pun aku tak berani dekat sangat..ambil gambar dari jauh sudah.hakhak..


Ikutkan en suami takda pun beria bergambar dengan ular..cuma ambil pegang tunjuk ke Aiman Afia..tapi bagi la jugak RM1..dapat keychain lagi tau. Tengok orang lain banyak yang slamber je bergambar tak bayar..kesian adik penjaga ular.

Selain daripada ular,  ada banyak lagi spesis bintang lain. Macam kat ruang galeri ni ada hamster, ayam katik, burung, arnab dan beberapa jenis haiwan lagi. Nampak kan keterujaan Afia mengenal spesis haiwan yang ada.hehe..


Antara spesis ular yang sempat aku snap. Ada yang berbisa dan tak berbisa. Kalau tak salah aku dulunya ular-ular ni ada yang ditempatkan dikawasan yang terbuka. So bau dia boleh tahan la sedap. Ramai yang komplen tentang bau. Tapi sekarang ni semua ular memang kat dalam ruang kaca. Yang ni Aiman dan abahnya la yang paling suka. Aku macam biasa beraksi secara low profile sudah.hahahaha...


Lagi haiwan lain yang ada ialah kura-kura..beberapa jenis spesis biawak, iguana, sugar glider, ayam dan kala jengking.


Tak fun kalau datang sini tak tengok persembahan ular secara live. Dekat dewan ada pertunjukan ular dengan bayaran masuk RM1 sahaja. Mari kita ambil tempat.


Aksi 3 abang berbaju merah dengan dua jenis ular. Ular pertama tak berbisa. Yang kedua ular tedung selar..baru dapat tangkap tau ular ni. Buktinya ular tu dah terkencing atas stage. Takut  kot ular ni baru first time buat persembahan..lagi pulak tak dipakaikan pampers. Ok tak lawak. Last sekali depa tunjuk cara keluarkan bisa dari ular. Ular ni bisa dia setitik je woo boleh menumbangkan seorang manusia tak sampai 12saat. Dasyat tak dasyat..


Selesai show wan dan maktok bergambar bersama cucu.hehe


Lepas pekena aiskrim sorang satu, kami ke destinasi seterusnya Gua Kelam..nanti sambung ok..









9 comments:

eima said... Best Blogger Tips

menarik juga tak tahu pulak ade taman ular kat perlis ..negeri yg kecik tu pun kami tak abis jelajah lagi

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

pandai afia berposing..comel je..geram

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

kaknoor belum pernah masuk taman ular ni
model tecik tu tak takut ulaq kah hehe

Fyda Noh said... Best Blogger Tips

Hebat manusia kan? Ular yang berbisa tu dorang boleh jinakkan

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

katanya taman ulaq ni yg yerbesar di Asia tenggara..cubalah..best n menarik juga

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

takut jugak..pia geli dia kata..ajak bergambar dr jauh dok geleng tangan..tak mau tak mau..hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

saya pon lama x ke perlis last pi taman ular entah bila. gua kelam msa last form 6 rombongan pra u la katakan. hikhiks

mmg bahaya la tedung selar.. gerun je bila sebut

alahai siannya adik tu. nape la dormg tak bayar, kan ! singgit je kot...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Takut ar.....geli!
Mak, jangankan sebatu, kalau boleh tak payahlah pergi haha....

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Macamana ular boleh jadi ternek ni? Konpiuslah Cik Pia...

Banyak juga tempat menarik kat Perlis ni ya walaupun kecil aje. Hari tu kami ke Penang ingatkan nak terus ke Kedah and Perlis lepas tu mata bertentang mata suami isteri sebab tak tahu nak buat apa kat Kedah/Perlis. Maklumlah kalau tak plan, jenuh nak minta pertolongan instant pakcik google. Akhirnya balik teruslah ke KL. Nak pi Kellie Castle pun cancelled sebab maknya takut nak bawa anak pi tempat seram-seram gitu. Hahaha!