Pixajoy

Friday, February 26, 2016

Home » Ohh My Cendawan!!

Ohh My Cendawan!!



Hari tu masa pergi CH aku dah beli 5 jenis cendawan yang aku sendiri pun tak tau apa spesis namanya. Sayuran kat CH memang kita sedia maklum fresh dan murah. Yang ni aku campur-campur semua 20 hinggit saja. 

Lain kali dah tahu mana cendawan yang best..kalau ke CH next time memang nak borong cendawan banyak-banyak. Aku dengan en suami memang peminat mushroom. Tapi entah bila la kan nak ke CH lagi..tutup buku tak tau nak jawab.hehe..


Antara menu hidangan campak baling yang aku masak untuk menghabiskan stok cendawan. Harap maklum gambar di snap macam tak senonoh sikit..aku dah malas nak edit haritu dah upload gambar masa line tengah laju..line dah slow motion ni apa adanya je la.haha..

Baby kailan campur cendawan. Pakai cendawan hat kuning tu. Baby kalian ni beli kat CH juga. Aku macam pening sikit dengan bau cendawan kuning ni lepas masak bau dia isk tak tau nak explain.hehe..

Sup ayam cendawan. Ni pakai dua jenis cendawan yang putih dan hitam tu. Bak kata si penjual muahroom yang hitam ni tak payah rendam ye..sebab fresh..biasa yang kita beli tu kena rendam dulu kan. Sedap woo cendawan hitam ni.

Buncis plus cendawan yang besar-besar dalam gambar. Betul kata penjual mushroom dia punya rasa macam daging ayam bila digoreng. Ni mushroom paling sedap antara semua. Alamak colgate pun nak enterframe..belasah ja la malas nak crop dah.hahaha..

Menu last sup ayam cendawan ala pizza hut. Yang ni memang nak habiskan saki baki cendawan. Aku guna campuran cendawan yang kuning tadi plus cendawan yang macam butang panjang-panjang tu pastu tambah cendawan butang dalam tin. Rasa dia memang mabeleslah..Cicah roti bakaq plak leleh ayaq liuq menaip.hehe..












5 comments:

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

yang last tu serius terliur

Khamsi Abdullah said... Best Blogger Tips

meleleh jugak. Feveret saya cendawan yang halus2 panjang tu bila steamboat.

ida =) said... Best Blogger Tips

Sedapnya! Suka juga. Tapi... Selalu makan cendawan Hitam yang kering. Mmg Kena rendam la. X pernah lg makan cendawan Hitam fresh

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Haha...Tu diaaaaa mcm mcm menu. Kiranya tgh sawan cendawanlah ni ek. Macam macam cendawan diborongnya.Mak suka, tapi Pak Jilap kurang.
Tak pernah nampak cendawan kuning tu....cendawan apa tu? Bau dia busuk ke PK?

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya mushroom sup tu