Pixajoy

Sunday, February 21, 2016

Home » Fruit King Parit Buntar

Fruit King Parit Buntar



Cerita makan-makan lepas balik CH tempohari.  Sebelum sampai rumah kita makan siap-siap, balik nanti nak terbungkang ke apa senang perut dah kenyang. Fruit King ni kira port kegemaran kalau balik Nibong Tebal. Aku pernah buat entry kat SINI, SINI dan SINI

Selalu kalau kesini kami akan order burger. Menu popular tentulah burger besar dia. Tapi sekarang burger besar tu macam dah kurang umphh. Kali ni menu yang kami order semuanya ala Malaysian cuisine, nak jugak buat entry. Modal update kan.hehe..

Anak dara ni so far kalau bawak jalan dia ok je tak buat hal..ni dah malam walau penat sehari  di CH boleh bagi senyuman semanis madu kira ok la kan..

Ok let's check it out apa yang kami order. 

Mee bandung pilihan Acu Ain

Nasi goreng daging special en suami punya

Mee goreng pilihan Pak Wa

Aku punya apa kenama benda ni lupa pulak tapi dia sebijik macam koteaw lakna.

Air laicikang je sempat snap. Laicikang apa kebenda ntah ada laici je kot takda isi. Baik letak nama air laici kan senang.huhu..

Aiman makan nasi goreng ayam special

Cik Pia la ni sibuk sangat nak kentang tapi tak makan pun..kira mengadak milo ais saja.

Add on juga burger tower Fruit King.  Yang ni menu peberet. 4 ketul daging homemade tebal 
share reramai.

Makanan dia tak la murah sangat, standart harga..boleh makan kategori sedap. Setiap menu yang sampai perlu melalui QC terlebih dahulu. Satu persatu aku snap. Blogger katakan.hahaha..








7 comments:

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Tinggi betul burger tu PK..
Memang kena kongsi mkn tu..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hikhika bab nak lallu qc yg tahak tahan tu.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya terliur betullah tengok burger tu tapi tak akanlah nak JJCM sampai Nibong Tebalkan. Kat KL ni rasanya belum pulak pernah jumpa macam ni. Ke saya yang tak tahu. Nantilah saya google jap lagi mana tau kotnya kat KL atau kawasan yang seangkatan pun ada!

aryan azra said... Best Blogger Tips

terliur nengok burger tu..huhuhu

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Hihi....yg kena QC tu tak boleh blah sangat tau!!Mee bandong tu mesti mee sos jer kan PK...Mak tengok jer pun dah tau, maklumlah org Muo hihi...

Bahan habis kot PK. Berbaik sangka jerlah hihi....Minggu sudah baru ni pun mak makan berger bako..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Comel Cik Pea, walaupun senyuman tu kurang ikhlas.
Mee bandung tu mesti rasa sos kan PK, mak tengok gambo pun dah tau tau. Maklumlah org Muo katanya.

Mak tak terliur tengok berger tu sebab minggu sudah baru makan.

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

hahaha gigih QC buat kerja ye... ^_~