Pixajoy

Sunday, May 26, 2013

Home » Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin

Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin



Proses mengandung menyebabkan banyak perubahan pada tubuh badan. Selepas bersalin badan pastinya memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Aku cuma nak berkongsi serba sedikit tanda tubuh badan yang kerap menjadi perhatian semasa tempoh pemulihan selepas bersalin. Lupa la jumpa benda ni kat mana, ada dalam draft, aku tinggal edit je.hehe

Rahim

Rahim akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak

Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Sepanjang sepuluh hari lepas bersalin nurse akan datang rumah dan salah satunya benda wajib adalah check tahap bengkak kaki aku. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1 hingga 2 minggu, asalkan tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi. Ini sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang banyak dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj

Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

Luka Episiotomi


Kali ni terkoyak sendiri. Anak sulung je kena unting kan. Nasiblah tak banyak jahitannya. Luka ini akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4 hingga 6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dan sentiasa kering untuk memastikan ia lebih cepat sembuh. Aku amalkan rendam asam keping dalam air panas kemudian basuh tempat luka bila air dah suam. Kadang-kadang campur dengan daun sirih.

Luka Pembedahan Cesarean

Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan warna kehitaman pada kulit


Ini paling tension. Dah la pregnant kali ni kulit jadi hitam. Naik meluat aku tengok kulit sendiri.haha..Benda ni mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuhnya. Strech mark selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan (Carpal Tunnel Syndrome) 


Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

Buasir

Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Ni pun tension jugak. Masa pregnant aku kena gak sikit. Lepas bersalin normal la kena sembelit. Mujur tak teruk sebab dua tiga hari dah ok. Bagi pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

Berat badan

Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan hamil. Aku naik sampai 20kg kot. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut

Badan memerlukan 6 bulan hingga 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan semasa pantang dan cara senaman yang dipraktikkan. Semingu pantang gila selera aku makan. Macam mana nak kurus?haha..Sejak dua menjak ni je jadi kurang selera. 


Buat senaman perut 3 hingga 4 kali seminggu semasa pantang.  Kita mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Aku ni lepas makan terus baring senam perut apanya. Bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.


Tu je kot nak share. 




15 comments:

ida =) said... Best Blogger Tips

2-3 bulan kembali ke berat asal? kira ok la tu... naik kerja dah cantik semula.

saya dulu, 4 bulan lebih kot baru balik ke berat asal. so, masa mula2 naik kerja, xde baju nk pakai. maklum lah... baju ngam2 badan je kainnya. naik sikit, dah xde baju. rotate 5 pasang baju sepanjang berat belum turun. sayang nk beli banyak2, nanti dah selesa, tak terasa nak turunkan berat badan pulak =)

Nastyna said... Best Blogger Tips

And breastfeed kalau nak cepat langsing. hehehhee I dulu tak pantang, makan jer segala apa my nenek tension tengok I, dengan berjalan tak kepit buat kerja macam orang tak beranak katanya, I bosan duduk lama2 heheh. Have fun berpantang PK ;)

suzzsuzie said... Best Blogger Tips

lps lahir ank ke 3 susahnya nk kembali ke bentuk asal..anak pun dh besar

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

aku tngok cara orang berpantang ni lain2 la kutu..bile bini aku pantang dengan mak aku lain, dengan mak dia pulak lain..hahaha..tak kisah la, janji sihat, dan kurus balik lepas ni ok la..

Unknown said... Best Blogger Tips

As salam Murni,

Thanks ye sebab sharing info yg sgt2 berguna ni... bagus betul info! :) Dulu masa Iman luka ceaser 2 minggu dah pulih... tp sakit & denyut2 tu smp 6 bulan still ada rasa ngilu lagi... berat badan masa pantang mmg cepat turun hrp kali ni pun samalah jgk! hehehe... risau jgk baju tak muat nnt kena pulak beli baju baru... *alasan*... Selamat berpantang ye... saya ni tak tahulah pantang mcmana nnt... tp rasa dah tak sabar nak tgk & bau baby... cuma taknak bygkan dulu sakit bersalin tu...errrrkkk... take care :)

sal ya said... Best Blogger Tips

alhamdulillah... tak pernah ada stretch mark. perut kecik je. selamat berpantang.

NzA said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, melahirkan 5 org ank akak xada parut strech mark..mungkin masa preggy perut akak xbesar sgt kot.....

utk luka jahitan tu akak sekadar pancutkan ubat luka n basuh dgn air rebusan manjakani...3 hr dh hilang rasa sakit n 4-5 hr dh sembuh....

Unknown said... Best Blogger Tips

slmt berpantang..

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

alhamdulillah, kite xde scratch mark, berat pun xnaik bnyk.. Tp y tensinya turun pn xbnyk. Keh2.

duniaanita74.blogspot.com said... Best Blogger Tips

selamat berpantang...kak ita tetap comel...he..he..

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

selamat berpantang...masa ni la nk jaga badan betul2...lepas habis pantang...mmmm...susah dh nk jaga badan...

Masya said... Best Blogger Tips

dah kurus belum.. selamat berpantang dgn jayanya.. jgn pantang nampak .. nak makan jer.. hihihihihihi.....

Unknown said... Best Blogger Tips

good info kak murni..=)

husna ada perasan org berpantang dya suka bertunku.. kak murni ada dgr??
xtaw apa fungsi..husna syak utk kempiskan perut je..haha..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

muni bf lg senang nk dpt berat asal

Unknown said... Best Blogger Tips

Assalammualaikum . Sebenarnya ada banyak cara boleh digunakan untuk rawat masalah luka lambat sembuh ni .Anda juga boleh cubaTips Atasi Masalah Luka Lambat Sembuh Yang Selamat Dan juga Berkesan
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)