Pixajoy

Saturday, September 01, 2012

Home » Petua Buasir : Pengurusan Diri

Petua Buasir : Pengurusan Diri


Salam bahagia,

Kisahnya tadi opismate ada tanya soalan budget macam aku pengamal perubatan, tau tak ubat untuk sakit buasir? Agaknya beliau baru kena. Malangnya aku bukanlah insan yang sesuai untuk soalan tersebut. Tapi berbekalkan sedikit keprihatinan dan sifat ingin tahu, aku cuba tanya en google, mana tahu ada diantara korang diluar sana atau sedara mara yang menderita sakit yang sama.

Buasir memang menyeksakan. Ia berpunca daripada saluran darah vena yang membengkak di sekitar dinding dubur. Ada dua jenis buasir utama iaitu buasir dalam dan buasir luar. Apa bezanya dua buasir ni korang boleh google sendiri aku malas nak taip. Tapi melalui namanya kita dah boleh agak macam mana jenis buasir tu kan.hiks... 

Aku bukan nak share apa ubat yang sesuai untuk penyakit ini, tapi bagaimana pentingnya memahami yang cara hidup kita mestilah berubah sama bagi mengurangkan risiko buasir berulang semula. Pengurusan diri adalah ubat paling mujarab aku rasa. Insyaallah buasir akan bertambah baik dan terkawal.

Apa yang perlu diamalkan secara berterusan adalah :


  • Amalkan pemakanan yang sihat seperti mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi contohnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makanan yang berserat tinggi akan membantu najis menjadi lembut.
  • Bersenam dan mengambil makanan berfiber tinggi membantu perjalanan membuang air besar.
  • Elakkan pengambilan julap kerana ia menyebabkan cirit birit dan memburukkan lagi buasir.
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air dan berdepan masalah sembelit.
  • Amalkan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat. Segeralah ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar.
  • Jangan amalkan duduk terlalu lama dalam tandas kerana ini akan menyebabkan buasir menjadi teruk.
  • Pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat.








  • 7 comments:

    NzA said... Best Blogger Tips

    moga artikal ni dpt membantu penderitaa buasir...

    Marya Yusof said... Best Blogger Tips

    Selalunya buasir ni sebab makan pedas pun ya jugak... adeh... sy pun ade jugak masalah 'membuang' ni... tp skrg mcm boleh control sikitlah...Alhamdullillah...

    Gen2Merah said... Best Blogger Tips

    ya, sama macam saya.. kadang2 semacam ada simptom ni... tu sebab saya lebih suka makan buah pisang dan makanan2 yang lebih banyak serat... sama2 kita menjaga kesihatan yang lebih baik

    sal ya said... Best Blogger Tips

    ada ubat utk buasir. mcm gel. kena sapu la. beli kat farmasi.

    SHAHZEE said... Best Blogger Tips

    sy ada petua buasir.doc yg bagi.

    hancurkan gula melaka,letak sikit pada pad then pakai.agak2 rasa berair 2 tukar la yg baru kang bersemut plak hehehe tapi mmg betul2 mujarab.sy penah suggest pd kawan,dia buat dn betul2 menjadi

    Masya said... Best Blogger Tips

    Mintak dijauhkanlah hendaknya....

    ala.. pasal shoutbox tu mmg ramai jugak komplen kata sebar hihihihi .. nnt ade masa sy setting kecikkan...

    Che Rosliza Che mat said... Best Blogger Tips

    info yg menarik PK..