Pixajoy

Monday, September 03, 2012

Home » Masterchef Di Kampung

Masterchef Di Kampung


Pada yang belum sedia maklum, aku adalah anak yatim piatu yang sudah kehilangan kedua ibu bapa. Syukur masih punya mak abah mertua buat menumpang kasih. Rasa kehilangan sebenarnya mengajar aku menghargai hidup. Raya tanpa mereka mengimbau banyak sekali kenangan. Hanya korang yang pernah melaluinya saja yang faham. Ok intro tak bley blah!

Rumah aku di kampung dekat Nibong Tebal sana hanya tinggal abang dan dua orang adik lelaki. Adik perempuan aku yang bongsu masih belajar. Kalau adik aku ni balik, kadang-kadang beliau masak gak la. Tapi sangatlah jarang sebab anak dara ni pemalasnya boleh tahan jugaklah. Tak macam kak beliau ni rajinnya sejuta lemon.kehkeh (nasib adik aku tak baca blog ni).  Kalau yang perempuan tu malas, yang bujang bertiga ni lagi kroniklah tahap penyegannya. Hari-hari beli lauk kat kedai. Bilik masing-masing pun dah macam sarang spider, bersawang tak payah cakap!

Berbicara soal mengemas satu hal. Sesekali bila balik kampung, akulah chef yang akan menyinsing lengan menyiapkan juadah didapur. Apa guna jadi perempuan sulung kalau nak masak jamu adik-adik pun fail kan?eceh!Walhal adik aku selalu juga jadi mangsa kena belanja kami semua makan kat kedai.haha. Balik beraya tempohari, aku selaku kakak yang misali akan memikirkan apa juadah perlu masak. Depa ni semua memang jenis kuat makan, badan je cekeding macam cicak. Selalunya apa yang aku masak kompem licin. Sedap tidak tolak tepi.

Alkisah waktu lunch aku suruh adik aku yang bongsu tu masak nasik. Aku bersilat masak lauk. Adik aku perempuan nan sorang ni kena dera juga cabut serai kat rumah jiran, kupas bawang semua supaya memudahkan kerja kakaknya.hiks. Tengoklah hasil nasi yang beliau masak. Terkejut beruk aku tengok bila bukak tutup periuk. Mentang-mentang aku suruh masak banyak, pertama kali aku tengok nasik melimpah melebihi periuk.  Ini sudah seperti nak buat kenduri tahlil. haha




Tajuk masterchef di kampung, aku ke adik aku sebenarnya?hoho




19 comments:

izan mama mia said... Best Blogger Tips

tak pa masak banyak nasi sbb akak sulong kan masak lauk sedap sedap gerenti habis punya..nasi tu sampai dinner nnt..hihiih

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

ala...posa2 ni tengok nasi pun sedap..

ooo, kakak sulung...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

haha..
xpa kak bnyk ok dr sikit nti tak cukp..sapa yg nk msk nsi plakkan..
tgh sedap2 bersantap nsi habis..cmna?

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-menyicah.html

SHAHZEE said... Best Blogger Tips

hahaha memag dasyat la masterchef ni nasik penuh periuk

Qaseh Gifts said... Best Blogger Tips

hehehe... banyaknya masak nasi...

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

memahami perasan Puan kutu...bila kita kehilangan ke dua2 disitu kita akan tahu dan menghargai setiap yang ada di depan mata.... mujur ada mak dan bapa mertua boleh jugalah tumpang bermanja....itupun kalau tak ada gunting dalam lipatan...

eita said... Best Blogger Tips

kalau dah banyak macam ni..
kena jemput ita nimakan sekali..
kihkihkih

Masya said... Best Blogger Tips

BARU TAHU MURNI ANAK YATIM PIATU ...

HAMBOII BANYAKNYA ... NI MMG BOLEH BUAT KENDURI ...

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

hehe..banyak betui masak tuh akak..heheh

Apple said... Best Blogger Tips

1st tym tgk nasi melimpah tahap camtu. murah rezeki kot maknanya. lol. ni dia letak 6 cawan beras kot PK. haha...
jadi, masak ke nasi tu PK? lol.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sampai melimpah tu.. lebih xpe..jgn kurang..y lebih tu leh goreng

sal ya said... Best Blogger Tips

takpe... nanti panaskan je nasi. tak payah masak utk dua hari. muahaha...

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Adik sebenarnya takut tak cukup makan sebab si kakak masak lauk-lauk kan sedap. Kalau tak habis esoknya boleh buat nasi goreng..

JungRara said... Best Blogger Tips

x pe..xpe..nasi yg x habis leh wat nasi goreng..hihi

Azham Vsvc said... Best Blogger Tips

banyaknya nasi....habis ke tu makan? hahahahahah

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Hihihihi.... MA kalo hujung minggu mmg masak banyak sampai melimpah. Sbb, ajak family dtg makan.

Nasib baik juga ada mertua ye? MA masih ada ibubapa lagi. Mesti sedih time raya kan?

-- mood raya lagi. Tahun ni, first time dpt sembahyang raya ngan family sendiri sejak kawin. Huhuhu

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

eh.. sy baru tau yg murni dah xda parent.. ingat muni balik nibung tebal tu jumpa parent upenye adik beradik yer..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

baru nak skrol bawah gambar nasi, dah habis cerita rupanya... ingat nak tengok lauk pauk masakan masterchef perempuan sulung yg hebat ni ;)

bila balik nibong tebal lagi? singah la rumah ceq ;) tapi ceq tak masterchef sangat...huhu

Che Rosliza Che mat said... Best Blogger Tips

Mak oiii...banyaknya...pagi boleh buat nasi goreng kikiki...CR ingat time bujang dulu...tak selalu jugak ke dapur...asyik kena bebel gan arwah mak hihihi