Pixajoy

Monday, September 29, 2014

Home » Projek Kuarantin

Projek Kuarantin



Tiga hari bertapa kat rumah Aiman asyik mengomel bosan. Aktiviti dia cuma main PS, tengok TV pastu huhahuha semakkan bilik dengan adik dia. Afia pulak tak habis-habis bawak selipar tunjuk ke kita mintak pakai, signal biasa bila nak ajak keluar. Bab sepahkan dapur tunggang terbalikkan satu rumah memang dia pro.

Sementara kuarantin sakit mata, aku cuba fikir aktiviti best boleh buat dengan anak-anak supaya kami dapat berhibur dalam rumah.

Masak-masak makan-makan memang aktiviti tak perlu kuarantin pun sentiasa on punya. Sepanjang tiga hari setiap hari aku masak breakfast. Aku jarang masak untuk sarapan, biasanya memang beli. Menu mudah nasi goreng bodo dan jejemput kentang. Menu rajin adalah roti canai. Menu murtabak baru kali kedua buat. Yang pertama dulu kat SINI. Menu sampingan bukan breakfast, bubur chacha


Bila kena kuarantin aku libatkan Aiman sekali dalam aktiviti chef. Kami baking kek minyak. Aiman banyak bantu dalam penyediaan bahan-bahan. Mudah sikit kerja, ibu tinggal bagi arahan semua ada depan mata. Enjoy buat kek sama-sama sementara Afia tengah tidur takdelah si pengacau. Bakar guna periuk bengkang je. Malas lap oven. Boleh tahan sajalah kek ni, tapi pada Aiman sedap je. Kata Aiman,

"Takkan tak sedap bu..Aiman buat sama-sama dengan ibu.."


Setiap petang Aiman akan main football dengan kawan-kawan dekat playground. Bila sakit mata memang tak dapat la nak jejak taman. Kawan ketuk pintu rumah pun kena halau balik. Aku ganti aktiviti petang dengan lepak dan main bola dekat balkoni. Abang dengan ibu duduk main baling dan sambut bola. Gelak tawa silih berganti bila Aiman kena pekena dengan ibu, sedar-sedar kepala dah kena baling dengan bola. Lagi tambah gelak dengan aksi Afia yang comel. Afia kadang-kadang jadi net kami, tapi dia lebih enjoy hirup udara melalui celah palang besi sambil tengok birds. Kalau bernasib baik dapat la tengok cat or goat yang lalu lalang depan jalan menghadap balkoni rumah kami.







18 comments:

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Makin seronok aktiviti masak2 bila libatkan anak bujang tu sekali..:)

anamizu said... Best Blogger Tips

fuhhhh feveret bubur chacha ! rajin je abg aiman jd assistant hehe

anamizu said... Best Blogger Tips

alaa lupa nk bg tau. ana tukar url blog:
ana-mizu.blogspot.com

Suria Amanda said... Best Blogger Tips

Ari tu before pi vacation SA pun sakit mata...cpt2 carik ubat bg x melarat....

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kat mana2 pon memang musim sakit mata..
bagus jugak ada idea nak buat apa masa kuarantin..rasa cam lama pulak tak tengok gambar anak dara tu...:)

LydSunshine said... Best Blogger Tips

quality time macam tu lebih bermakna terutamanya part buat kek sama2. boileh masuk junior master chef la aiman pasni.

Umialya said... Best Blogger Tips

seronok anak2 tu bila kita libatkan mereka

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Seronokkan sekali2 beraktiviti dirumah sama anak2 ...bertambah erat silaturrahim...anak2 pun enjoy...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Aiman dah tak skait mata dah I guess now, kalau tak I lari tutup window ni hihihi sebab tak nak jangkit. RAjin jugak ibu melayan main bola kat balkoni pun jadik..tpai kalau kat dapur lagi best kan baking ngan anak2, kalau I mesti lagi lantang suara jerit2 kat jelita. hahaha

ida =) said... Best Blogger Tips

mesti sedap sebab aiman tolong kan! rajin masak2. untung aiman ngan afia

OKje said... Best Blogger Tips

untung depa ada mak yg rajin masak dapat mak mcm OKje satu hape pun tak jadi haha...
Kalau kita masak ada aje yg makan bestkan PK....seronok nak masak lagi...Ini OKje dah lah mak tak rajin nak masak, anak nak makan pun tak de apa apa haha

Unknown said... Best Blogger Tips

Rajin aiman nak join. Kalau selalu anak lelaki ni payah sikit.

Cik Rose said... Best Blogger Tips

Memang syok aktiviti buat kek tu! Rajin Aiman nak tolong kan...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Bagusnya ibu dan anak ni... sakit2 pum masih ada aktiviti.. hehehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aktiviti masak memasak tu perkara lumrah dalam keluarga PK nikan. Kalau PK kata malas masak tu yang rasa luar biasa. Aiman tolong ibulah tu sebabnya kek rasa okey je. Entah apa si Aiman ni dah jampi kat ingredient kek tu tau.

Aktiviti dengan anak ni memang enjoy walaupun penat lelah semput gak dibuatnya. Janji anak happy kita pun happy samakan!

Masya said... Best Blogger Tips

warna warni kek minyak .. dah macam apam pulak .. senang jer buatnya yg penting enjoy ...

Unknown said... Best Blogger Tips

Haha.. Aman puji diri sendiri ke apa.. Bagus aman ni, rajin tolong ibu..

Unknown said... Best Blogger Tips

Haha.. Aman puji diri sendiri ke apa.. Bagus aman ni, rajin tolong ibu..