Pixajoy

Wednesday, July 23, 2014

Home » Shopping Raya

Shopping Raya



Dalam dok sekejap tenggelam sekejap timbul, pejam celik, celik pejam dah hampir penghujung Ramadhan rupanya. Sedia maklum tahun ni tak dapat nak cuti raya langsung. Ahad sehari sebelum raya pun masih kerja. Lagi malang habis duty dah petang, punah harapan nak berbuka puasa terakhir bersama keluarga mertua, harapnya jalan tak jam bila balik kampung nanti. 

Ditugaskan berbakti pada negara pada malam raya pertama, ruang lingkup raya di Alor Setar cuma dari pagi sehingga petang. Petang raya pertama bertolak masuk kerja, habis kerja esok pagi kita drift balik Nibong Tebal. Tengah malam terpaksa bertolak balik SP semula. Raya ketiga dan hari-hari seterusnya terus kerja tanpa cuti.sobsob..

Apa lagi persiapan raya mahu difikirkan. Cukuplah aku tempah tiga jenis kuih raya untuk makan sendiri. Selebihnya mungkin akan kidnap sikit kuih raya dari rumah MIL. Tahun ni MIL buat banyak juga kuih raya untuk anak-anak cucu-cucu dan menantu hantu tak tahu malu nak angkut bawak balik rumah sendiri.haha..Biasanya memang takde pun tetamu yang diundang datang kerumah kami pada hari raya, semuanya masuk perut sendiri juga sampai tinggal serdak. Habis syawal baru gerun sikit nak timbang berat badan.

Sepanjang puasa memang en suami kerja je tanpa cuti. Jumaat lepas satu hari minta cuti untuk shopping raya. Kebetulan dah cuti kami balik kampung Nibong Tebal sahur dan berbuka bersama abang dan adik-adik aku.  Shopping raya pun dekat Parit Buntar saja. Last minute shopping semuanya tergesa-gesa. Nak harapkan en suami memang tak boleh diharap.hehe, semuanya diserah bulat-bulat pada beta.  Dulu anak sorang senang sikit, dah dua ni pening pulak kepala nak pilih. Lagi-lagi baju girl semuanya comel-comel belaka. Tak dapat bayangkan kalau ada anak bagai 5 ke 6 orang, mau pengsan terus dekat situ.keke..


Cik pia main cakcak sebelum bertolak balik SP
Esok sambung shopping raya kat SP plak.Misi utama nak cari baju melayu Aiman. Ibu nak cari sandle raya je.







14 comments:

PetakBunga said... Best Blogger Tips

selmt blk kg Pk.
selamat last minute shopping juga

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

AtieYusof said... Best Blogger Tips

alo..tak cuti ke raya nti PK..nampak padat jugak jadual tu..apa boleh buat, demi tugas kan..
kami thn ni main beli je kuih raya, sempat buat batang buruk je..hehe..
amboii shopping sakan jugak tu...:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dalam pada sibuk sempat juga shopping raya. Kalau anak saya baya Cik Pia, memang saya main order mulut kat kakak je apa nak beli. Tak kuasa nak meredah sana-sini.

Anak-anak saya pun tak suka pakai kasut. Selesa pakai sandal je pun.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Alahai, sama la kita.. mood raya tu xde... duk kat negara org ni, lagi la sambut ala kadar jer... tapi yg best, jimat sbb tak perlu nak sedia duit raya... hahahaha
Ececece, kemain cik pia posing... Bukan main manis lagi senyum tu... geram!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

apa boleh buat pk keja pon keja la kan.
nway selamat menyambut aidilfitri
maap zahir batin
jika ada tersalah silap dan kata sepanjang kenal di alam maya..
hti hati memandu di jln raya.

pssttt: mnisnya cik pia senyum.. :)

Unknown said... Best Blogger Tips

selamat bersopink PK..selamat hari raya jugak..
last minit baru nak mencari memang haru sikit..tu yang zee prefer carik awal2..kalo terkurang pon ada masa lagi nak topup..

Masya said... Best Blogger Tips

lohh lg haru bkn mood kelaut lg dah ni .. kalau kerja masa nak raya mmg naya lah mau berjujai air mata.. mujurlah sy sampai esok jer.. sabtu ahad dah cuti... tp tu pun mood raya suam²...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

dah habis shopping ke belum tu PK?? hehehe

Selamat Hari Raya buat PK sekeluarga...semoga bergembira n maaf zahir batin

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Shopping last minute ni pasti banyaj yang dikaut ya.. dah siap ke shopingnya? Makin pandai cik pia posing tu, dah ada gaya model kanak2 dah.. hihi

Pk, saya ucapkan selamat hari raya buat PK dan keluarga. Moga lebih dirahmati untuk hari2 yg seterusnya k

LydSunshine said... Best Blogger Tips

*tetibe je tersenyum sama membalas senyuman afia. manis sgt senyuman tu.

pn kutu kena duty ke di hari raya. sedihnya. tapi lambat pon boleh, asalkan dpt juga rasa beraya dengan family.

selamat hari raya ye.

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Sama la saya.. raya ketiga dah kerja semula. Mood raya tu memang takda langsung,

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

alo comelnyer dia..
selamat hari raya aidilfitri ye..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

comelnyer ank dara disebalik pintu tu