Pixajoy

Saturday, July 05, 2014

Home » Menu Berbuka : Nasi Karot Ayam Masak Merah

Menu Berbuka : Nasi Karot Ayam Masak Merah



Bukan menu berbuka semalam ye. Mertua datang masak simple je. Semalam pertama kali menu ikan. Sepanjang puasa memang selera dengan ayam dan daging saja. Mak mertua aku pulak tak makan ayam. Aku buat sambal ikan, sayur campur dan ikan goreng tepung. En suami bawak balik ikan bakar pastu panaskan kari daging mak bawak makin bertambah menu. 

Nasi karot ni aku buat untuk berbuka puasa ketiga. Dah lama jadi baja. Selain nasi ayam dan nasi lemak aku tak pernah buat nasi berempah lain. Tiba-tiba je buang tebiat nak buat nasi karot. Pertama kali buat macam jakun sikit la kan. En suami kata pada Aiman, " Boleh buat berniaga ni nasi ibu..Suruh ibu ambik cuti sebulan, kita berniaga nasi karot!". Tak menahan sungguh, menyampah pulak aku! 

Aku buat pakai beras biasa je, tak guna pun basmathi. Haruslah tempek resepi kat sini, senang nak refer nanti. 



Resepi Nasi Karot : Basuh 3 pot beras dan ketepikan. Guna sebiji karot, 1/2 di potong halus-halus memanjang dan lagi 1/2 kisar buat jus, ketepikan. Dalam periuk panaskan 3 sudu butter/marjerin dan tumis 4 sekawan. Bila dah naik bau masukkan bahan hiris (bawang merah+bawang putih+halia) dan tumis hingga garing.  Bila dah garing m asukkan beras yang dah dibasuh + hirisan karot + 1/2 tin susu cair + jus karot + air dan terus masak nasi macam biasa. 


Nasi karot makan dengan ayam masak merah dan acar timun+nenas. Tak sempat la nak snap gambar masuk pinggan, sibuk bersilat sediakan meja untuk berbuka.





24 comments:

me.liyana said... Best Blogger Tips

sedapnyeee ayam masak merahhh

MG schmidt said... Best Blogger Tips

waaa...sedap!
nk try la nnti :)

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

wahh..sedapnya..berbaloi bersilat ..dpt makan nasi sedap...akak tak pernah makan la nasi karot ni Pk..boleh cuba ni..:)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Dah lama saya tak masak nasi carrot.. sedap sangat tu hasilnya sampai boleh dijual tu... bagus..nampak sedap ayam merah PK buat ni..

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Sebenarnya, akk tak perasan pun entry2 baru PK. Sbb kat sidebar akak, blog PK tak gerak2 tau. Td bw blog sape tah nampak bolg PK kat atas sekali senarai, tu terus terjah sini..

Ps: boleh la try nasi karot lepas ni. Tak pernah cuba lagi..

Asmin Fahmi said... Best Blogger Tips

Salam perkenalan. Nampak sedap je nasi & ayam tu...

anajingga said... Best Blogger Tips

nasi karot ni 1st time kak ana lihat,tq kongsi resepi mungkin boleh cuba nanti,singgah petang Ramadan ke sini..PK

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

ermmmm....sedapnyaaaaa....

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Wah... sedap gak menu ni... mudah je pulak tu... hehehe

umi alya said... Best Blogger Tips

sedapnya nasi carot

NzA said... Best Blogger Tips

boleh cuba tu nasi karot....mesti sedap sgt tu sbb tu cik abe puji.

umi alya said... Best Blogger Tips

Akak belum komen lg ya?

Sedap nasi tu, len kali boleh cuba

mirza syazwina said... Best Blogger Tips

memang meyelerakan tengok! :D

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Gandingan mantap kalau nasi tomato dgn ayam masak merah dan acar. Kakak pun suka ni:)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

nasi lobak merah my peberet.
tak buat lagi ni. dgn air pon xda di rumah.dugaan betul la blan puasa tahun ni..

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

tak pernah rasa nasi carrot lagi..tengok resepi nampak mengujakan

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ayam masak merah melambai-lambai menggoda jiwa raga sayalah, PK. Rumah kami memang hari-hari pun kena goreng ayam. Masak ala kadar mengejar masa. Sempat gak tempek gambar. Saya memang takda masa langsung dok mengejar azan Maghrib :)

Tihara said... Best Blogger Tips

alahai terlioq la plok tengok siang2 buta ni hihih..btw thanks share resepinya :)

- AZIE - said... Best Blogger Tips

anak dara saya sukala ni nasi carrot...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

rasa mcm dh lama plak xmsk ayam masak merah ni... sedap je nampak

LYAfrina said... Best Blogger Tips

menarik utk dicuba.. xpnh lg mkn nasi carrot ni..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

terbaik!! sedap tuu.. pinjam resepi nak buat petang ni.. bheheee..

terima kasih kak..:)

Masya said... Best Blogger Tips

macam senang jer resepinya.. x pernah sy masak nasi carrot..

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Simpan dulu resipi nanti senang2 nak buat jugak...terima kasih share...