Pixajoy

Monday, July 07, 2014

Home » Menu Berbuka : Bergedil Ayam

Menu Berbuka : Bergedil Ayam



Penangan bergedil cik sue la ni. Kebetulan kentang dan isi ayam ada, lepas tu daun bawang MIL dok ada dalam peti ais, tak guna rosak macam tu je, so mari aku bikin bergedil. Bergedil je kot. Ada ke yang tak tau nak buat bergedil? Macam-macam cara dok ada, yang ni PK style la ekk..Macam biasa bahan-bahan main campak-campak je takde sukatan.



Resepi Bergedil Ayam Mudah : Potong kentang, buang kulit dan goreng sampai masak. Lenyek kentang waktu tengah panas dalam bekas kemudian masukkan ayam cincang yang digoreng + bawang merah dadu yang digoreng + hirisan daun bawang + serbuk pati ayam (aku guna serbuk hilal) + garam secukupnya pastu gaul. Bentukkan bulat-bulat, salut dengan telur sebelum goreng. Siap!

Aku buat banyak, goreng separuh masak pastu sejuk bekukan bergedil ni. Nak makan tinggal keluarkan dan goreng semula hingga masak. Pada korang yang terkejar-kejar nak masak waktu berbuka boleh cuba. Jimatkan masa, mengenyangkan dan yang paling penting sedap!



Aku makan dengan mee goreng waktu berbuka. Aiman suka makan dengan nasi. Makan dengan soto best ni. Tadi tengok Ketuk-ketuk Ramadhan Sis Sheila buat simple bakso, good idea untuk bergedil yang masih berbaki. Tengok la kalau rajin nanti. Nak makan macam tu saja pun takdak hal.







18 comments:

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Bunda pun suka makan dengan soto ke mihun sup ke..

umi alya said... Best Blogger Tips

yessssssssssss soto, menu esok kot..

Nastyna said... Best Blogger Tips

ini fav kami seisi rumah ni. hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. sedapnya. Saya pun terfikir nal buat tapi tak pula menggagahkan diri nak buat. Hihu.

NzA said... Best Blogger Tips

boleh buat petang ni utk berbuka + sup..TQSM bagi idea utk masak.

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

alahai..terliur lak aku..

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

tak terpikir nak buat bergedil ni..lama sangat tak buat..tapi bila tengok bergedil pk ni buat akak terliur pulak..bila la nak buat..:)

lieyalatif said... Best Blogger Tips

alamak...dah due entry lieya tgk masak begedil ni.....terliur plak...lieya tak penah buat bergedil...tingin plak nak buat...nanti nak try le buat...mkn ngan soto sedap ni kan cik puan kutu.....nak buat pun senang...lieya dah copy paste resepi cik puan kutu...nanti ajak anak2 buat begedil plak la heheheh

- AZIE - said... Best Blogger Tips

salam..lama xjenguk afia kat sini..dh besar dia...sedapnya begedil ni, memg peberet, kalo ratah sj pun sedap!! tp bab nk lenyek ubi tue yg malas hehehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hihihi, kentang dah rebus kelmarin. Simpan masuk dalam fridge. Ayam kisar dah goreng semalam lepas berbuka. Simpan masuk dalam fridge. Kalau hari ni tak keluar dok atas meja juga begedil untuk berbuka, memang saya tak tahulah nak kata apa. Tapi, bukan malas tau. Keh3x. Yang mudah macam tu ambil masa 2,3 hari kalau yang susah-susah, memang simpan dalam kepala jelah menunya :) Mood memasak tak mai betul-betul lagi ni, so masak ala kadar jelah untuk berbuka :)

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Ada kentang didapur, kut rajin petang ni jadi lah bergedil. Kut tak rajin maka ia hanya jd keinginan x terlaksana. Hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

baru pertama kali thk begedil mkn dgn mee... hihii biasa dgn yang ber sup2... tp saya kalau bergedil ni, ratah lg sedap... hihi

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Favorite saya juga begedil ni... selalu buat sendiri gak... sbb kalau beli yg org jual... berminyak sangat...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

makan dgn apa pon layan je kan..
sy tak dan buat frozen dh hri tu. hihi.

ala, selalu skip skrg bila nk tgk ketuk ketuk ramdan.dok lyan azam ramadan su je. hihi.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapppnyer...

lya kalo berbuka msti nk nasi..nasi..nasi.. hihi..perut org ganu kot..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Okje pulak tetiba nak buat bergedil... tp kena beli kentang...sebab kentang yg ada tu mcm dah kecut jer....punyalah lama ikje tk sentuh hehe

husna zahidi said... Best Blogger Tips

husna suka cicah sos je..:)

Masya said... Best Blogger Tips

lama dah x buat bergedil huhuhu ... kalau makan dgn soto salunya sedap..