Pixajoy

Wednesday, July 02, 2014

Home » Afia Imanina 14 Bulan

Afia Imanina 14 Bulan



Afia genap 14 bulan hari ni. Dah makin cerdik, faham arahan dalam banyak situasi dan banyak demand juga. Kalau tak dapat apa dia nak, sakan dia protes jerit. Menganga nangis bila kita tak tunaikan. Pandai dia mengarah tunjuk itu dan ini. Marah sikit je pun nganga jugak. Paling tak bley blah bila dia sendiri meradang kalau tak dapat buat sesuatu. Semua kelaku Afia ni comel sangat pada pandangan mata ibu. Sekarang la, kalau sampai besar macam ni kena fikir dulu.haha..

Afia nampak gaya pandai sangat dah bercakap tapi hanya perkataan ABAH yang keluar jelas tanpa pelat. Sesekali je dengar macam dia keluarkan perkataan tak formal yang lain. Lain dari tu semuanya ABAH. Takpelah nak, pelan-pelan kayuh..

Gigi Afia dah menyusul lagi dua batang sebelah gigi arnab, so jumlahnya dah 6. 


Waktu berbuka dia pun menyibuk sama nak makan. Biasanya Afia nak ibu ribakan dia, sambil ibu makan, sambil dia pun makan sekali. 



17 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

dah besar dah..raya ni boleh pakai baju kurung..hehe..mesti comel..dah beli belum baju raya Afia?

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

dah besar dah afia bambam aunti mamaqs ni... tapi sekarang dah tak bambam lagi le

nurbijen said... Best Blogger Tips

kejap jer anak dara ni besar...
Bila dah dapat mulut, makin riuh la rumah nanti...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

anak abah le ni.hihi.
xpa nanti lama2 pandai la sebut ibu pulak kan..

masak apa petang ni PK ?
sy rindu dgn air lai ci kang kat kedah.area kl xdpt mcm kt kedah.huhuhu. kena tawaf cari yg sejibik mcm kedah, boleh?

Acik Erna said... Best Blogger Tips

memang comel Afia PK..kalau dapat acik pegang peluk dia lagi best

Fiza Rahman said... Best Blogger Tips

Comel. Happy 14th months old ☺

Masya said... Best Blogger Tips

afia dah besarlah ibu .. mestilah dah bnyk akal.. tunggu afia pandai ckp.. siaplah dia mintak baju fesyen nak raya kang hahahaha ... kalau ibunya.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Besar dah dia. Mesti nanti becok mulut dia kan. Kena bersedia tu Muni nak layan perbualan dia. Alia... Selagi x mjwb selagi tu tanya. Haha... Sabo jelah...

umi alya said... Best Blogger Tips

rasanya baru jer Afia dilahirkan, tup2 dah setahun 2 bulan..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ha..dah lama Afia tak muncul ya. Dah makin besar dan comel Afia ni..haha. macam mana lah gaya Afia nganga menangis tu ya? Kot macam muka Nazif juga kot. Matanya pejam, mulut je nganga seolah2 sakit sangat bila dia menangis tu..
Afia pun makan sekali buka puasa ke? Abisla ibu..memang makin tak banyakla tu yah..

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Besar dah budak ni.. Comey!

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Wah... banyak juga dah gigi dia... menggigit tak? Hehe comel!

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ibu tak kecik hati ke ni? Kalau bermanja semua dengan ibu tiba-tiba pandai cakap ABAH dulu. Uish, tak patutlah Afia cam ni gayanya !

- AZIE - said... Best Blogger Tips

happy 14m syg..trus membesar bagai juara tau..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

comel la afia ni tau...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..moga terus mbesar bagaikan juara

husna zahidi said... Best Blogger Tips

dah besar dik afia nih.. bila laa nak dapat berjumpa..bheheee..