Pixajoy

Saturday, July 12, 2014

Home » Menu Berbuka : Ayam Goreng Nenas

Menu Berbuka : Ayam Goreng Nenas



Asyik tempek resepi je la bulan puasa ni. Resepi asal dari Datuk Chef Wan katanya, bila sampai kat tangan aku jadi melingkup ikut suka hati aku la..hehe


Resepi Ayam Goreng Nenas : Goreng ayam dengan garam kunyit, ketepikan. Tumis bahan blander (bawang merah + bawang putih + halia + lada kering + belacan + sedikit cili padi + udang kering) kemudian masak hingga pecah minyak. Masukkan serai diketuk+ sos cili + sos tiram + gula nenas dipotong dadu + ayam goreng tadi dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar + tomato sebelum tutup api. Siap!

Alhamdulillah boleh la sesekali kena menu resepi chef camni, tekak aku lagi sedap makan sambal biasa kot. Jenis makanan berempah bahan banyak-banyak ni memang tak berapa ngam dengan selera. Tapi Aiman kata sedap!






11 comments:

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Slm PK..janji anak suka..siap puji lg..hehe. .sama lah sy tak berapa gemar masakan yg byk sangat rempah ni. .huhu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sesekali ubah selera kan
PK menu kita hampir seghope kan.. jenis anak tekak kedah kot. hihihi

hri ni masak apa?

Kausar Amin said... Best Blogger Tips

kreatifnya. tak pernah terfikir ayam ngan nenas. biasa nenas ni ngan seafodd je. bulih cuba lenkali hhehe

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Sedapnya Muni. Cara masak pun simple. Boleh try nanti. Hehe...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Janji Abahnya dan Aiman kata sedap, bolehlah masak berpuluh kali, PK. Rajin juga buat ni cuma tolak nenas jelah,tak pernah pulak letak :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Ada nenas dlm esbok tu tp ingat nak buat pajeri nenas ....nenas kiub gak PK belasah ajelah hehe...
Mcm sweet sour jer gayanya kan PK menu chef ni

husna zahidi said... Best Blogger Tips

ibu masak, mestilah sedap kan aiman..:)

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Ala2 sweet sour jugak ni.. Memang sedap :D

LYAfrina said... Best Blogger Tips

nampak sedaplah ...

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Bunda pun sama...kalau selalu sangat makan ayam..daging dan masakan pedas dan berempah ni rasa macam dah tak larat dah tekak...

Tapi sekali2 dalam bulan puasa atau raya bolehlah...sebab boleh di gandingkan dengan roti atau nasi impit dan ketupat....
Sedap pulak..

Masya said... Best Blogger Tips

sesekali xpe kot... tp aiman dah puji tu mmg sedaplah...