Assalamualaikum..
Entri ini agak panjang..Sapa suka sejarah boleh baca...Tak suka bley skip..)
Menurut sejarah, sebelum Perang Dunia Kedua, British telah mendirikan sebuah kubu pertahanan yang serba lengkap di atas bukit di Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Ia terletak di sebuah kawasan berbukit yang dianggarkan seluas 2.4 hektar (enam ekar) dan berhampiran pantai.
|
Kubu tersebut dibina sebagai persiapan menghadapi serangan tentera Jepun yang dijangka akan mara dari arah pulau Singapura. Namun, jangkaan British meleset kerana jepun menyerang Johor dan Singapura dari arah utara. Oleh sebab itu, kubu tersebut tidak digunakan sama sekali oleh tentera British malah pihak jepun juga tidak berani untuk memasukinya kerana khuatir di dalamannya mengandungi perangkap dan bahan letupan.
Dipercayai Pengerang Batteryyang dibina menggunakan batu dan simen adalah kalis peluru dan mempunyai pelbagai kemudahan. Menurut pengkaji, antara lain ia mempunyai beberapa markas utama command and control, berek anggota tentera, stor senjata dan letupan, stor makanan dan ubat-ubatan serta sebuah hospital serta mempunyai laluan bawah tanah.
Gambar : “Pertahanan hadapan” sebahagian daripada kubu british Tanjung Pengelih
Adalah juga dipercayai sebahagian daripada struktur kubu tersebut telah musnah ketika kerja-kerja membina KD Sultan Ismail atau nama lamanya Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (Pularek).
Sumber - http://telecentre.my/
Huh..apa kena mengena sejarah di atas dengan hantu yg bakal aku ceritakan?Emm opkos ada kena mengena..Org kata tempat2 cengini banyak hantu..Korang percaya?
Untuk pengetahuan semua, KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih (KDSI) adalah tempat aku mencari rezeki merangkap tempat tinggal aku sekarang..Tak ramai yang tau Mukim Pengerang diberi jolokan "Lokasi Di Hujung Benua Asia" kerana kedudukannya paling hujung di Malaysia dan juga di negeri Johor.
Aku mula bekerja Tanggal 04 Oktober 2006. Masa memula datang sini,banyak jugak cerita2 hantu yang aku dengar dari kawan2 opis..Kiranya tempat aku nie serius berhantu giler..Malangnya (eceh) kebanyakan cerita2 yg aku dengar merupakan cerita hantu yg dah lapuk (sebelum aku kerja)..Dalam erti kata lain2 hantu2 lama yg pernah mendiami kawasan KDSI.
Menurut cerita pekerja2 lama, kawasan admin (yg mana letaknya opis aku) dan kawasan masjid, dulunya adalah tanah perkuburan orang dulu, time zaman Jepun n British.. Tapi kubur2 tersebut dah dipindahkan dengan cara baik semasa pembinaan KDSI. Sebelum KDSI dibina, dulunya adalah Pusat Serenti.
Antara kawasan2 yang aku tau 'keras' adalah kolam renang, padang kawat jugak beberapa kawasan lain yg kerapkali orang jumpa benda2 pelik. Ada jugak yg kena usik..Tambah2 kalau duty malam sorang2..tidak terkecuali perajurit2 muda yang buat latihan kat sini. Mesti ada kes histeria.Tapi tidaklah kerap..Macam bermusim..Kalau hari nie keluar cerita orang nampak hantu, esok mesti ada cerita baru..Pastu jadik bahan sembang santai aku n kawan2 opis..Ingat durian jer ada musim?
Aku kerja shift, kalau malam sorang2 jer..Memula kerja dulu takut jugak..dengar cerita macam2..Nasib baik En. suami selalu teman.. Sampai sekarang kalau tido sorang kat opis aku tak tutup lampu..Nak kata penakut sangat tu tak la..Cuma berhati-hati jerk (takut la tuh..)...Alhamdulillah sepanjang hampir 5tahun aku kat sini, tak pernah lagi aku diganggu dan belum pernah terjadi benda pelik2..Tak jumpak pun takpe..Memang selisih malaikat 44..
Dekat opis, cerita kena tindih time tidur memang ada. Tapi yg kenanya budak navy yg tumpang tidur waktu abg nua (kwn 1 opis) keja malam. Hantu Tindih macam tau2 sapa yg keja situ dia tak kacau..Macam kenal jer kiteorang semua. Pandai hantu nie..Cerita TV tertutup dengan sendiri, PC yang dah shutdown, hidup semula..diganggu ketika solat..aku pernah dengar juga.Tapi itu semua cerita orang lama. Takde lagi cerita hot tentang hantu selain cerita kena tindih tu so far..
Ada jugak cerita tentang blok tempat tinggal aku. (aku dok dalam kem). Tentang hantu bawak baldi jumpak kat tempat sampah bawah blok (ada paip air kt situ). Insan yg bernasib malang tersebut ketemu hantu baldi time pagi2 buta pastu gatal mulut menegur..Terus demam la..Yang kelakarnya..Hantu Baldi tu siap pakai kasut boot..Bawak baldi nak pegi mana ehh?air kt umah takde ekk?
Aku perasan bila aku duduk rumah tak kira siang ke malam ada saja bunyi orang leret guli. Macam budak2 yang main. Mula2 aku fikir maybe anak orang atas punya kerja, (Aku dok tingkat 3,blok aku ada 4 tingkat). En suami memperkukuhkan lagi tekaan aku, dia kata anak En Ali (rumah atas aku) main congkak. Tapi aku heran..Takkan main congkak tak kira siang malam..Selalu dengar, time maghrib pun takkan tak reti nak berenti main.
Pastu orang tingkat satu tanya aku..ada pernah dengar bunyi guli tak?Aku terkejut tp dah boleh agak ekceli..Dia pun dengar bunyi yg sama. Takkan la orang atas dia main guli.Bukan ada budak2 rumah tu.Mak dia yg datang bertandang kat rumah pun takut.Memula tidur kat depan ruang tamu terus lari masuk bilik..Lepas tu aku dah tak heran bila dengar bunyi guli. Jangan 'benda tu' kacau dalam rumah aku sudah. Aku agak Hantu Guli nie dulu kecik2 semasa hidupnya mesti tak puas main..Insiden hantu guli lama jugak berlarutan. Then hilang sendiri..
Ini pulak cerita supupu en suami aku kena kacau dalam rumah. Alkisah suatu malam dia tidur rumah aku. Masa pegi dapur dia ternampak satu lembaga hitam berbulu yg besar sedang bukak peti ais mau ambik air sejuk dalam freezer.. Mungkin Hantu Raya..Wah canggih betul hantu sekarang.. advance sekali minum air sejuk wey..Untung ada air kosong jer..Kalau aku letak susu dutch lady ker sunquick ker, yogut ker sahih kena rembat..Rugi aku...
Setiap tahun memang ada Majlis Bacaan Yasin dekat blok, cuma tahun lepas je dua minggu sekali kiteorang adakan setiap level. Part nie aku suka coz dpt mkn free (lepas bacaan). Tak senonoh! Yg penting.. benda2 mistik cengini hilang sama sekali dari pendengaran..
Sehingga awal tahun nie..terdengar pulak bunyi pelik dari atas. Untuk pengetahuan korang, En.Ali dah pun pindah..Kiranya rumah atas memang takde orang. Empat2 bijik rumah tingkat 4 memang tiada berpenghuni..Sebelah rumah aku pun kosong..
Bila tengahari selalu jugak aku dengar orang tumbuk batu lesung.. Hantu Lesung Batu pulak..Tak nak pulak dia pakai blender ekk..Pagi tadi awal lagi dalam pukul sepuluh lebih aku dengar orang tumbuk batu lesung time aku kopek bawang. ..Aku tegur jugak..ehh awal 'ko' masak ari nie..
Aku ekceli bukanlah berani sangat. Tapi kata orang alah bisa tegal biasa. So aku dah tak rasa takut dah.. Macam tadi aku cakap..Janji 'dia' tak kacau dalam rumah aku sudah...
Batu lesung..batu lesung..Kadang2 bila aku fikir memang tak lojik hantu boleh guna batu lesung. Tapi takde yg mustahil dalam dunia nie..Sesungguhnya 'dia' jugak makhluk Allah..Semua yg berlaku adalah diatas kekuasaannNYA..Meremang dah bulu roma aku..Stop kat sini..
Sekian..
10 comments:
sy adalah salah seorang anggota polis yg tinggal kat KDSI baru2 ni, ala yg melatih rekrut polis tu..., ni nak tya skit, baru2 sya ada la p tengok2 kubu lama tu, nampak la pintu masuk kat bwh bukit tu kan, so teringin sangat nak tau ada apa dlm tu, tp dgr2 cerita takde org berani masuk, n ada jgak cerita yg kate pernah hantar 2 ekor anjing pengesan polis, tapi tak keluar2 smpai skrg... dgr2 cerita berhantu?? ye ke... hantu ape ada kat dlm tu??? cecite cecite...hehe
hak hak mcm2 ..takut woo
@Anonymous
hehe..http://noormurniothman.blogspot.com/2011/04/oh-cik-anon-aku-jawab.html
nper LARR X gne blander kan antu tuuu..aduii...dh larrr bke peti AISS RUMAH owg !!! ape kejadah larr antu zaman skunk nie!!
sy suke baca citer hantu ... yippee... sy pun xde le jenis penakut sgt tp klu muncul dpn btg idung atau dengar mcm2 bunyi , goyang juge rasenye :p
Seram jugak bacanya...nasib baik Taman perumahan nie okey...
best dgr citer hantu ni tapi aku takut. tapi nak dgr jugak. berani betol ko tegur kan. sekali dia kata nak pinjam blender ko. hahaha.
kawan aku pernah kene kat glory beach resot PD.tmpt tu cam aprtment. kol 11 mlm cenggitu sorang balik bilik tu nak letak kek pastu nak baring la jap konon.
dia bukak je pintu dia nampak belakang sorang makcik pakai baju t shirt putih pakai kain batik nak hidang minum. tp xnmpk muka la.
dia baling je kek tu kat dalam dia terus tutup pintu pi semula kat kengkawan yg lain.
malam nya dorg ramai ramai masuk rumah dah nak tido apa lagi borak borak la. then tetibe akak sorang ni tegur kawan aku yg kene kacau tadi tu muke dia merekah putih putih, akak tu sentuh muka dia ingatkan dia pakai bedak sejuk. padahal takde. slowly muka dia jadi cam tua.pastu apa lagi sume tarik selimut walaupun tido tido ayam sengan jantung mengepam dengan kaljauan F1.
@Anonymous
Dalam tu takde apa apa... cuma ada terowong yang masuk dia akan tembus semula, ada terowong yang boleh tembus TRLDM sebelah, dan terowong tembus ke sgapore, namun terowong tu semua dah di tutup... kubu tu 3 tingkat, tingkat paling bawah boleh masuk 30 biji kete kebal... dan terowong ke sebana, bukit sebana.... saya dah masuk sana 3x dan saja saja dok ngan kekawan hunting hantu kat kubu bhgn atas, alhamdulillah jumpa hantu pompuan xde kepala.... budak saya yang otai sekolah pun boleh nangis..caner....
Kalau minat dgn kubu ni dan nak masuk ke sana , sila kol saya 017-8259540.... Tok Mat...
Di atas sana ada 2 rumah macam pejabat... pejabat terkebelakang ada org bertapa..takleh kaco
Saya pernah tinggal disana pada tahun 1989 hingga 1994 ketika tapak KDSI dijadikan pusat serenti.. sepanjang perkhidmatan dgn kerajaan dekat 30 tahun itulah pengalaman terindah.. walaupun takde apa apa pun Kat situ.. tapi Ada ketenangan... Bab hantu memang terbaik Kat Sana.. tapi macam biasa la buat Tak geti je udah lee.. belakang bukit selain kubu pertahanan, ada perkampngan lama yang telah ditinggalkan.. kubur lama.. Dan yang paling best sengai kesam .. tempat orang Cari anak buaya dulu dulu.. harimau kaki kudung yang besar dlm hutan tu pun kami dah jumpa. Lumpur sedut, kerang bulu.. Dan macam macam lagi
Okay baru tahu
Post a Comment