Contest lg!! Sejak bila aku mula bergelumang dgn aktiviti sebegini? ntah..Ala br yg 2nd..aku join suker2 jer..Bkn niat nak hadiah sgt..eceh! Klu korang nak usha hadiah2 yg bakal di menangi, Bley KLIK SINI. Syarat2 :
Selesai..
2. Masukkan banner di bawah di dalam entri anda dan letakkan link ke sini sekali ye.
Ok done..
3. Buat ucapan atau karangan pendek untuk ibu anda kerana melahirkan anda.
Rindu padanya..Aku sering menyalahkan diri sendiri kerana dulu aku tak pernah memberi ruang kepada pemikiranku untuk menilai kebaikan dan kesucian kasih sayangnya..kenapa dulu waktu aku masih dibangku sekolah sering saja aku meninggikan suara terhadapnya? sering saja tidak mendengar kata2nya..aku tak punya perasaan membiarkan hatinya bersedih kerana tingkah lakuku..aku memang seorang yang sangat degil.Sering saja aku meminta itu dan ini serta berharap apa yang aku perlukan dipenuhi tanpa memikirkan kemampuannya...Namun dia menuruti semua kemahuanku..
Rindu padanya..Sememangnya dia adalah insan paling kental pernah aku kenali..tak pernah sekalipun aku lihat dia mengalirkan air mata walaupun hidupnya dipenuhi kesengsaraan dan kepayahan. tak pernah ku dengar bicara mulutnya merungut kerana setiap hari menyediakan makanan untuk aku, abang dan adik2..Tak pernah aku lihat kepenatan diwajahnya kerana membasuh pakaian kami sekeluarga..Walaupun kami hidup dalam serba kekurangan, tak pernah sekalipun kami lima beradik merasa dan mengetahui apa ertinya lapar..Dia membesarkan aku adik beradik dengan penuh kasih sayang yang dia selindungkan walaupun terpaksa membanting tulang turun kesawah..Dulu aku tak pernah menghargai pengorbanannya..Aku sering alpa dengan zaman kanak2 dan remajaku..
Rindu padanya..Dulu..aku sering saja membuat hal sendiri, memikirkan kepentingan diriku semata, mementingkan hiburanku saja..Aku tak pernah mengambil tahu bagaimana isi hatinya, bagaimana susah dan peritnya dia hendak mencari sesuap nasi untuk kami, bagaimana barang kemasnya sering saja menjengah di pajak gadai semata2 nak membesarkan dan menyekolahkan aku, abang dan adik2ku..sering saja aku tertanya bagaimana setianya dia melayan kerenah suaminya yang hari2 mahukan kari sebagai menu hidangan..bagaimana dia menjadi begitu penyabar ketika aku sering membentak kerana kari bukan makanan kegemaranku..Aku begitu terpesona dengan sifat2nya itu..
Rindu padanya...Sejujurnya aku amat merindui dia, Tak mampu aku hitung banyaknya hutangku kepadanya..Aku tahu dia telah menggadaikan nyawanya waktu melahirkan aku..Aku harap dia halalkan susunya yang menjadi makananku ketika aku bayi. Aku harap dia memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Tapi sebagai manusia biasa tak ada apa yang dapat aku buat untuk mengembalikan orang yang aku sayang..Hanya kenangan bersamanya dan doa yang mampu aku kirimkan buatnya disana..
Rindu padanya..Masih lagi terngiang2 suaranya ditelinga memanggilku kakak..lidahku masih lagi terasa keenakkan masakannya. Tatkala syawal menjelma..masih lagi teringat lazatnya ketupat yang dia masak ..Memang tiada tolak bandingnya..tiada siapa pun didunia ini yang dapat menandinginya. Kami adik beradik pasti mempunyai pakaian baru tanpa aku tahu dari mana datangnya wang untuk membeli segala kelengkapan lebaran. Begitu agung kasih dia untuk anak2nya.. Aku pasti akan merinduinya setiap tahun bila berkumandang takbir raya...Dan berharap dia sentiasa tenang di sana..
Rindu padanya..Begitu banyak dan tak mampu aku hitung pengorbanannya mendidik menjadikan aku seorang insan hingga mampu berpijak di bumi Allah sehingga kini..Kekentalan hatinya menjadi sumber inspirasiku..Walaupun aku tak mampu untuk menjadi seteguh dia..Aku amat bangga dengannya..Walaupun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya...Membiarkan aku adik beradik hidup sendiri tanpanya..Membiarkan kami belajar berdikari tanpa perlu bantuannya..Meninggalkan aku untuk bertemu penciptanya..Masih terbayang raut wajahnya di ruang ingatanku...
P/S :Al fatihah untuk aruah mak..Korang yg masih ada mak, korang mana faham perasaan aku..:(
Agak panjang..Byk jasa mak pd aku sejak dlm kandungan..Tak mampu nak tulis sikit2..Saya mintak maaf Puan AyuRashidah..:)
4. Tag 3 orang rakan anda.
5. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen di bawah entri ini.
OK aku buat!
6. Follower ke bukan ke, mari lah join !
Kawan2ku sekalian, mai2 join..
7. Tambahan : yang mempunyai alamat di Malaysia sahaja .... (atas2 sebab2 penghantaran hadiah kelak)
Yg kt oversea tu bley post hadiah pakai alamat aku klu korang menang.hoho...
Tarikh tutup : 25 FEB 2011
6 comments:
salam..
sr kena tag ek..
:)
tqq
thanx tag!
insyaAllah..nti ayung buat eh..:)
terima kasih join contest saya...... good luck.
tq..
tahniah dah menang... kalau nak diluahkan semua memang tak muat. bila dah tiada..rindunya teramat sangat... alfatihah..
Adzriel ; Terima kasih. Tahniah utk awk jugak..Memang byk lg nk tulis sebenarnya...hehe
Post a Comment