Pixajoy

Wednesday, February 02, 2011

Home » Murtabak megi yg yummy

Murtabak megi yg yummy



Hepy Chinese New Year n selamat bercuti diucapkan untuk semua...


Anak puan kutu si aiman mukhlis cuti sekolah selama seminggu. So terpaksa le melayan kerenahnya yg sangat kuat makan. Petang nie mulut dia bising lagi nak makan..LAPAR..LAPAR..aku sebagai chef di rumah dah ketandusan idea nak msk apa..Masak macam2 pun si chubby nie bukan mau mkn kalau pedas..


Dengan malasnya kaki nie terpaksa juga melangkah ke dapur meninjau apa yang ada untuk aiman membuncitkan lagi perutnya yang sedia boroi...terus aku belek2 bahan2 yg perlu, pastu dapat idea nak buat murtabak megi..Tengahari dah masak,Jadik petang kita hanya perlu makanan yg ringkas2 n senang disediakan..(paham sudah ibu aiman nie memang malas.ahakz...)


Resepi nie aku dapat dah lama, jiran aku yg bagi ekceli, masa aku muda remaja dulu, time sekolah lagi..so share sikit resepinya yg telah aku ubah serba sedikit..Kalau ikutkan..guna megi n telur pun dah boleh jadik murtabak..(dulu aku wat cmtu jer..nak carik sosej pun ssh..org kmpg la katakan..)


RESEPI MURTABAK MEGI

Bahan2

  • Sebungkus mee segera, seelok2nya perisa kari (aku guna megi perisa ayam sebab aiman tak mkn pedas)
  • Dua biji telur
  • Dua batang sosej
  • Sedikit bawang dan cili (jika suka)
  • Sedikit serbuk perasa seperti lada sulah dan lada hitam (jika suka)

Cara2

  1. Rebus mee segera dan toskan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian masukkan serbuk perisa mee segera tersebut.
  3. Potong sosej nipis ikut citarasa kemudian masukkan juga dalam mangkuk.
  4. Masukkan bawang,cili dan serbuk perasa jika suka. (aku tak boh pun).
  5. Last sekali masukkan mee segera yg telah ditoskan tadi pastu gaul rata.
  6. Goreng murtabak menggunakan kuali leper..Letakkan sedikit sahaja minyak masak.
  7. Masak sampai garing kemudian alihkan...Siaappp.........

Dah tak sabaq dah tu, walaupun murtabak still panas..Dapat bau pun jadik la..
Bila dah sejuk..murtabak pun kena potong..
Tengok asal snap pic aiman kt rumah je mesti seksi...
Makan dengan lahapnya...
uii macam kuih lapis perut tu...


Aku mkn dua potong jer, selebihnya semua aiman sapu sampai licin..Sesudah makan..Mulut aiman pun diam sekejap..Dah kenyang mesti la diam..15minit kemudian..."IBU...AIMAN NAK SUSU.."..Kan dah cakap..aiman memang kuat mkn....

4 comments:

tomato oren said... Best Blogger Tips

hahaha..kejam sungguh puan kutu nih...aku kalau masak taruk sosej ke aku goreng dulu takut tak masak

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

klu ko nk tau,sosej yg dlm peket tu ekceli mmg dh d rebus..ang nk tros mkn pun bley.haha tp kompem muntah..hoho.aku wat so far msk je.klu goren dulu bminyak pulak..ank aku dh ckop obes ok.hahaha

tomato oren said... Best Blogger Tips

hehee...tak lalu aku makan sosej terus dari paket..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

aku pun nk muntah!hehe..slalu klu goreng pun aku goreng tnpa minyak..ang kan tau aku n aiman dh ckop gemuk.Tu kna jg.ahakz..