Pixajoy

Wednesday, February 16, 2011

Home » Apa Ada Pada Nama

Apa Ada Pada Nama

Assalamualaikum..

Nama penuh aku NOOR MURNI..Nur adalah perkataan arab yg telah dimelayukan dan membawa maksud cahaya dan sinar. Murni pulak memberi makna tulen, asli, tulus, suci, sejati dan bersih. Tapi aku tak tau di mana silapnya pejabat pendaftaran mengeja nama aku dari nur menjadi noor.Nak kena depa nie!

Islam dan budaya melayu sendiri menganjurkan kita memberi nama yg baik kerana nama melambangkan identiti. Pemilihan nama mestilah indah disebut dan mempunyai makna yang baik. Sapa yang tak bangga kalau ada nama yang sedap2 kan. Ini kerana nama yg dipilih akan kekal disebut hingga akhirat nanti. Nama yang buruk boleh membawa aib pada seseorang.

Aku ingat lagi, dekat kampung aku ada sorang budak nama che putih. Tapi maaf cakap orangnya tak la seindah nama. Tidaklah putih dan tidaklah gebu..Dia malu dengan nama sendiri..Aku tak tau mungkin ada yang mengejek hingga dia hilang keyakinan diri kerana nama. Kalau takde benda penting dia takkan keluar rumah..macam takut dengan cahaya matahari. Kononnya kawan aku kata nak jadik putih seputih nama dia..

Lama2 bila meningkat remaja kulit yg kelabu tu bertukar jadi cerah. Tapi macam tak logik pulak sebab tak keluar rumah tona kulit dia boleh berubah. Aku rasa mungkin dia pakai fair n lovely. Lagipun byk produk memutihkan kulit dijual kt pasaran. Jadik, aku tak heranlah..Nak kata nama che putih tu membawa maksud yang buruk tak jugak..Tapi jadik bahan ejekan..Bila aku fikir2kan, nama sebegitu ekceli sudah tak sesuai dengan peredaran zaman. Kesian Che Putih..

Kata aruah mak, sewaktu aku lahir kira2 27tahun dulu, yang merawat mak namanya Dr. Murni. Kalau korang semua nak tau, masa baby aku nie gebu dan montel giler..Tak tipu..Mak kata sampai ramai orang mintak nak bela aku. Mak namakan aku murni sempena nama doktor tersebut. Nama yang baik adalah doa dan harapan ibu bapa kepada anak mereka. Mungkin harapan mak bila besar nanti  aku dapat jadi doktor kot..

Bila aku semakin membesar,aku rasa kekok mau sebut nama sendiri. Memang jarang sekali nak jumpa orang yang mempunyai nama yang sama dengan aku. Mungkin nama aku sangat old fashion bagi orang zaman la. Tapi aku sedar nama murni femes jugak. Sebut saja cikgu Murni dalam cerita P.Ramlee tu, sapa yang tak kenal kan. Betapa hebatnya penangan cerita tu sampai bila aku introduce myself pada kebanyakan orang yg baru aku kenal, mesti cakap..ohh cikgu murni..Pendek kata cikgu murniyati dalam cerita labu labi memang sinonim dengan nama aku. Lekat sampai sekarang. Abang kat pasar pun panggil aku Cikgu Murni.

Dulu lepas habis belajar, aku pernah kerja sementara kat Sunway Hotel, tu pun sebulan jer. Adalah sorang minah nie yg perasan orang bandar sgt, dia perlekehkan nama aku. Dia kata Murni tu sound very orang kampung! Cuma dia sorang setakat nie yang tak suka dengan nama Murni. Apa masalah dia dengan nama aku, sampai skang aku still tak faham....Nama murni sedap hapa! Dia jeles la tu takde nama yang best cam aku..

Terima kasih pak dan mak kerana memberi aku nama yang cukup indah dan mempunyai makna yang baik untuk anakmu..Aku suka dengan nama aku..Dalam lagu sekolah kawan2 nyanyikan nama aku, dalam ikrar sekolah semua budak2 sebut nama aku..Lagu patriotik mesti ada perkataan suci murni..kalau sebut nilai jer..belakangnya mesti diikuti dengan nama aku. Bangga wey! Korang ada??

Time sekolah ada sesetengah kawan sekelas panggil aku Sonia.Tak tau tang mana dapat nama tu. Sumpah asal usul cerita camna orang boleh panggil aku Sonia pun aku memang tak ingat langsung..Yang aku ingat, ada seorang penyanyi indonesia nama Sonia ketika tu..Nak kata popular sangat tak jugak..Korang pun mungkin tak penah kenal dia..Muka aku takde iras muka dia langsung..Cikgu sejarah tingkatan dua panggil aku sonia. Sampai sekarang ada lagi dua tiga orang kawan yang still panggil aku dengan panggilan tu..Emm nak habaq pun tak tau..Aku lagi suka nama aku..

Tapi pelik jugak kita nie..Nama yang bukan mak bapak kita bagi tu yg kita suka panggil sangat. Contohnya kawan aku namanya Norhidayah Bt Abu Bakar. Sedap tu nama hidayah...Makna pun cantik..Tapi aku sedap panggil dia ben. Tu nama panggilan since skool, sebab nama bapak dia bakar (burn). Even skang dia dah beranak pinak aku panggil ben jugak..Bayangkan klu anak dia panggil mama ben..mama ben..Huduhnya bunyi..

Orang kampung kebanyakan panggil aku Mak Lang sebab ikut pangkat. Tu nama glamor aku kt penang..Dari tua sampai yang kecik2 semua panggil aku maklang murni. Ada jugak la yang panggil toklang,coz aku dah naik pangkat jadik nenek..Ada jugak yang panggil toklang muda cun..toklang vogue..toklang cantik..hehe part nie aku tipu..

Bila pregnant, setiap bakal ibu mesti tercari2 nama nak bagi pada anak yang bakal lahir. Aku tak terkecuali, sibuk jugak membelek nama kat majalah n buku cari nama yang sesuai. Oleh kerana nama aku Murni dan
en. suami pula Mustakim, dua2 bermula huruf 'M', aku nekad nak namakan anak aku Start Huruf 'M' jugak.. Nak cari nama yang sedap2 bermula huruf 'M' rupanya susah..

Belek punya belek aku jumpak jugak nama yang sesuai. Oleh kerana doktor mengatakan baby yg aku kandungkan nie gurl,aku nak namakan Mukhlisa..Membawa maksud yang ikhlas. En.suami pulak tido malam termimpi lagu Nurul Iman,yg lagu Amar tu..Sedap kan lagu tu?So aku sebulat hati nak nak jadikkan NUR IMAN MUKHLISA sebagai nama anak aku..

Tup2 tanpa ku duga n tiada ku sangka rupa2nya dah beranak keluar baby boy..Memang itu yg En suami nak..Mungkin doa beliau dimakbulkan Allah....Terus tukar jadik Mukhlis..Iman Mukhlis sedap jugak..Bapak mertua aku suka nama Aiman..Mungkin terpengaruh iklan radio aiman tak kesah kot..hehe.. Lastly jadik AIMAN MUKHLIS..Nama anak aku sekarang..

Hari nie dalam dunia blogging aku nak orang kenal aku dengan nama Puan Kutu. Ada jugak orang tanya kenapa kutu?Ahhh aku memang takde jawapan untuk soklan tu..Tetiba jer datang ilham nak jadikkan makhluk parasit tersebut sebagai nama pena aku..

Sekian..

9 comments:

AYuNG said... Best Blogger Tips

Ohhhh.....dah tau dah nama nya...

sebelum2 nih nak panggil puan kutu rasa besalah pulak..hehe:D

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Hehe pngil ape pun bley..ADA APA PADA NAMA..hehe..

mommylavender said... Best Blogger Tips

mommy baru nak tanya nape kutu~ ingat men kutu duit..hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Hehe mommy bkn kutu duit..kutu kepala.haha..

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

sis,rasanya nama tu bukan isu pun,tak smetinya nama cntik org tu baik kan..kan3??heheee

puan kutu tu pun ok apa,unik tau..msti traffic meletup nak cari ni..heeee

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Yup! Tapi klu nama pelik2 tu kesian kan kt derang. Traffic?huh..no komen.haha..

Unknown said... Best Blogger Tips

chii panggil mama aiman la..eheh :p

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Boleh jugak chii..:)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sama kes macam kak long saya.. namakan anak dia siti nur anas sebab nurse yang jaga dia masa bersalin nama NurHanah... tiga tahun lepas kami jupa semula dgn nurse tu.. seronok rasanya tgk dia pakai name tag nama penuh di dada.. mjwap persoalan rasanya..