Pixajoy

Tuesday, June 28, 2016

Home » Sambung Shopping Raya

Sambung Shopping Raya



Bukan ibu yang shopping ye. Aiman dan Afia yang sambung shopping raya. Dalam pantang kena dok dendiam kat rumah. Nanti raya selak ajelah almari cari baju apa yang sesuai dengan kelebaran badan yang belum susut. Lepas dah bergambar raya kita sarung semula uniform berpantang.haha..

Cuti bersalin ni kan ke 3 bulan. So Afia memang tak hantar ke pengasuh selama ibu bercuti. Dah cakap kalau rindu ke Afia datang je ambil. Kakak-kakak memang dok mai ja rumah ambil dia sedia. Bulan puasa ni dah berapa kali buka rumah mak dia.

Hari yang ibu masuk wad nak bersalin tu memang dok risaukan Afia je, dia tak pernah berenggang malam dengan ibu, tak bagi ibu masuk hospital.huhu kebetulan mak pengasuh call nak bawa dia ke KL bersungguh sangat tak bagi apa pulak katanya nanti. Katanya dah janji dengan Afia nak bawa dia. Afia ikut depa ke KL sehari semalam esoknya ibu dah keluar hospital. Ada hikmahnya disitu. Dia pun ok je ramai yang melayan kan..Dah besar ibu yang risau lebih.hehe..

Haritu kebetulan whatsapp dengan Kak Na..dia kata nak bawa Afia shopping raya. Baju raya pun Kak Na belikan online untuk Afia. Baju batwing yang ibu beli dia tak suka. Kemain kan. Untunglah orang ada dua mak ni.hehe..

Terlanjur ikut Kak Na shopping ibu minta tolong depa belikan kasut dan tudung raya untuk Afia. Haritu tak sempat nak beli, abah depa mana la reti sangat kan. Hari yang sama abah dan Aiman juga keluar shopping untuk baju melayu, songkok, baju seluar jalan dan kasut raya Aiman. 

Bershopping sakan la Afia ikut Kak Na sekali beli barang buat kuih raya. Malam tu sambung tidur kat rumah mak dia lagi buat kuih raya. Kasut raya tu dok pakai buang melaram dalam umah je selagi tak raya. 

Tetiba kawan ibu printscreen gambar ni kat fb. Ada juga dapat gambar Afia bertudung Kak Na whatsapp ke ibu. Kerlass tak Afia masuk IG Zara Shawl. Tak sangka Zara Shawl ni kawan kepada kawan ibu..Owner Zara Shawl ni dok puji melambung la kecomelan anak dara ibu. Alhamdulillah.hahaha..


Setel dah segala persiapan baju raya anak-anak. Ibu dengan Aryan je takdak baju raya.huhu..





8 comments:

Atie Yusof said... Best Blogger Tips

Amboii anak dara Afiya..shopping sakan na dia..alhamdulillah ada dua Ibu yg shoppingkan afia... hihi... suka dia ikut mak pengasuh nya ya PK... :)

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Ibu dok lah diam ..ulik anak kecik tu ye..
Tengok Afiya siap bergaya cantik dengan tudung zara ni..
Terserlah kecomelan dak fiya ni :)

babYpose said... Best Blogger Tips

Tula comel model tu, lega bila dah selesai terutama untuk budak-budak..

E'in said... Best Blogger Tips

Comelnye afiya pakai tudung!

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

tahniah utk PK dah dpt baby baru ya
lama kaknoor takkesini sibuk bangat
selamat berpantang ya
itulah hati seorang ibu walaupun situasi masih memikirkan
ksejahteraan anak2 utk berhariraya
smeoga ALLAH mudahkan urusan PK
bersabar lah ya banyak tak boleh makan masa dlm pntang ni
hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah
comel.model ibu
ahaha. sama lah perngai rania. dok cewi dgn kasut rayanya juge. semua nak menerai.

ibudok diam diam ok..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Bila dah jaga memang dah sayang. Apa lagi kalau anak yg dijaga tak banyak kerenah. Sebab itu dgn baby-sitter jgn cerewet. Kalau kita lebih kurang org tu pun akan anggap anak kita macam anak dia sendiri. Bertuahlah Kak Afia:)

Adik baby ada baju raya ke?
Tahun pertama adik kena zakat fitrah:)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

hehe.mmg comel sgt afia btudung..maniss