Pixajoy

Friday, September 26, 2014

Home » Sakit Mata

Sakit Mata



Catatan kenangan sakit mata.hakhak

17 Sept - Aku duty petang. Ambil Afia dari rumah pengasuh sampai rumah aku perasan mata dia berair.

18 Sept - Bangun awal untuk siapkan segala kelengkapan sebelum pergi kerja tiba-tiba dengar Afia menjerit dari dalam bilik. Biasanya kalau dia nangis nak susu tersedar aku takde kat sebelah pun tak pernah dia bagi high volume macam tu. Rupanya mata kiri dia tak boleh bukak, dah dipenuhi taik mata. Sah Afia kena sakit mata, berjangkit dari rumah pengasuh.

19 Sept - Mata Afia mula merah, berair dan banyak taik mata. Aku cuma selawat dan titiskan susu ibu dekat mata dia sebagai ubat. Balik dari rumah pengasuh, Afia selsema dan demam. Makan ubat lega, pastu on off demamnya selama dua tiga hari. Nak kata badan dia panas sangat tak juga, tidur malam pun tak merengek, tapi sentuh kulit terasa bahang. Bila aku google, rupanya sakit mata memang ada simptom selsema dan demam.

20 Sept - Kesian tengok sakit mata Afia makin teruk sikit dari sebelumnya. Tak konfiden pulak nak titis ubat dekat mata dia. MIL kata untuk ubat sakit mata baby, kalau mata kanan, titiskan susu sebelah kiri, begitu sebaliknya, kena bertentangan. Mula-mula ikhtiar titis susu dalam mata Afia aku tak yakin benda ni boleh baik, buat sekadar nak sedapkan hati orang-orang sekeliling. Pastu bila timbul keyakinan, buat betul-betul baru nampak kesannya. Insyaallah boleh lega kalau kita yakin susu ibu sebagai penawar, Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Ni pun berperang mintak tolong Aiman pegangkan tangan Afia, nak sumbat susu dalam bijik mata memang ada adengan melalak la kan. Yang si abang pulak buat muka tak sampai hati sambil mulut mengomel kesian. Sayang sangat dekat adik dia!

21 Sept - Mata Afia dah beransur pulih, aku pulak yang berjangkit. Mata aku merah keduanya, tak sakit, tak gatal, takde banyak taik mata macam Afia. Mata kiri menyepet sedikit, merah lebih dari mata kanan. Ber S Jibeng aku dalam rumah feeling bergaya sambil masak, basuh baju, mop lantai buat kerja rumah. Speck mata hitam en suami aku pinjam pakai seharian takut bawa jangkitan terutama pada Aiman. Unfortunately Aiman balik je dari sekolah mata sebelah kanan dia dah sepet sikit. Ohhh Aiman pun kena sakit mata! Baru sehari kot dia school lepas cuti sekolah panjang. Disebabkan aku duty malam, aku pergi jugak kerja macam biasa angkut Aiman Afia.

22 Sept - Hari ni aku dengan Aiman ambik ubat dekat RSAT. Doktor bagi ubat titis, ubat sapu sebelum tidur dan ubat allergic dan gatal untuk makan. Aku dengan Aiman diberi ubat yang sama, cuma ubat makan tu je aku tak boleh sebab breastfeed. Kata doktor lagi, ubat tak boleh kongsi. Afia yang dah lega tu pun kata doktor ada kemungkinan boleh berjangkit semula. Nasihat doktor kena jaga kebersihan, cuci tangan selalu. Sepatutnya lepas balik kerja pagi ni aku kena OT petang. Dua opismate aku kursus 4 hari, dengan takde orang terpaksa lepaskan OT dekat opismate lain. Aku MC dua hari sambung cuti lagi sehari. Bertapa kami tiga beranak 3 hari dalam rumah sendiri kuarantin.hiks..

2 hari berlalu sangat cabaran bila tiba masa nak titiskan ubat dekat mata Aiman. Dia punya penakut tu memang tak boleh blah! Naik hangin aku bila nak titis ja dia tutup mata, dia gosok mata, cakap sakit padahal ubat sama je kot, aku pakai takde rasa mende. Bab titis ubat aku serah dekat en suami setel masalah. Sanggup tu kena belasah dengan abah dia setiap kali nak boh ubat mata. Harap maklum abah depa memang 18SG.hehe..

Sejak demam dan sakit mata ni Adik Fia tak mau makan, makin kurus la si bambam.
Abang Aiman dah boleh smile dan tunjuk good tanda mata dah lega.



25 Sept - Mata aku dan Aiman dah lega. 3 hari Aiman cuti hari ni dia dah mula sekolah. Sehari je kan, esok Jumaat dah cuti hujung minggu. Kami dah pass baton dekat en suami. En suami yang katanya takkan berjangkit sebab allergic mata dari kecik, ada pengalaman berkenaan mata 25 tahun pun dah mula merah matanya. 

Moral of the story, sakit mata memang mudah berjangkit, tak kira tua muda miskin kaya, banyak pengalaman ke tidak. Selamat bergaya dengan kaca mata hitam diucapkan kepada en suami.muahaha...








13 comments:

PetakBunga said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, kita seumur hidup ni..x pernh lg kena sakit mata.
Tp kita percaya, susu ibu ubt segala pnyakit ank..

NzA said... Best Blogger Tips

alohhhh....kesiannya.....skrg ni tgh wabak..kt sk tu mmg setiap hr ada je budak2 kena sakit mata..senang berjangkit...farouk pn dh kena tapi alhamdulillah xberjangkit pd kami.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Risau sangat bila kena sakit mata ni.. family anak sedara abg kat sini pun 1 rumah kena sakit mata..huhu..tgh musim kan...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Salam jumaat yer ! sakit yg ini mmg plg seksa tapi dpt cuti pjg tu yg best hehehe. Maaf lama x singgah kebusyan ler ni

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

salam jumaat atie...kesian Afia n Aiman...moga cepat sembuh yer...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah dah sembuh..
ye..sakit mata mmg bjangkit.. klo zaman skolah dulu.. y saki mata mmg x dibernarkan ke sekolah tkut jngkit mata kat org lain..

lya dh lama giler x kena sakit mata ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Baru nak tanya apa kisah en suami tak kena jangkit ke, rupa-rupanya kena juga. Pujilah dia memang hensem pakai spek mata hitam dalam ruang waima waktu lewat malam pun. Hahaha...

Opss.. tak baik ketawakan orang. Kang terkena baru tau. Ish, minta dijauhkan bukan senang kalau dah kena sakit mata ni apatah lagi kalau ada budak-budak di rumah.

Si Aiman ni sama jelah dengan Abang. Badan jek besar tapi penakut. Si Abang tengah sakit gigi, nak ajak ke dentist taknak sebab takut. Siap tanya prosedur bagaimana kalau kena cabut gigi. Punyalah...

Afia juga yang kontrol ayu walaupun lepas kena sakit tut tut... (orang kata kalau nampak orang sakit mata jangan disebut tapi boleh je cakap sakit b@#$&t!)

anamizu said... Best Blogger Tips

huishh tgh musim sakit mata ek skang ni PK ? haa tudia abah depa pon kena dah? hehe ber S jibeng la dlm rumah hehe

moga cpt lega no utk abah aiman & afia hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

Muahahaha, baru nak cakap tak baik cakap besar... kena jugak baru tahu.. rupanya sedang bergaya dgn spek itam jugak.... ikiki

Kami pun ada pengalaman kena sakit mata satu keluarga... dah la masa tu tgh pantangkan Aisyah... MMg baby cepat sikit recover... kita yg tua ni ambil masa seminggu juga baru baik...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ha.. tahun lepas kami kena sakit mata berjamaah macam ni. Kena gelak jugalah saya satu hari ber S Jibeng di sekolah satu hari.. lepas tu mc utk 2 hari. Anak2 pula Papa N yang jaga sebab lama tak leh hantar ke sekolah. Mujur bapaknya jenis boleh kerja kat rumah selagi ada internet.

Ilmu baru ni PK, saya baru tahu kalau nk titik ubat tu utk mata kiri kita kena masuk ke mata kanan. Thanks.. guna juga petua air susu ibu ni, tapi masuk je ikut mana mata yg tengah sakit..

Lega dah baik semuanya ya.. memang tak selesa sakit mata ni. Lagi2 budak kecil, merengek2 kita pulak yang penat lebih..

Chot said... Best Blogger Tips

kijam gelakkan abah aiman..haha..tu la..takbur sgt abahnya..hahaha.
sakit mata senang sgt berjangkit..hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

Kihkihkih... Lawak la abah aiman tu kan.. Biasanya kalau dah mak dgn anak2 kena, pyh kalau abahnya xkena..

OKje said... Best Blogger Tips

Rasanya dah lama tak kena sakit mata harapnya janganlah.....
Teringat dulu dulu kalau sakit mata nak sujud nak rokok rasa mcm nak tercabut bijik mata....Eh tapi tengok skrin tak mungkin berjangkitkan PK hihi