Pixajoy

Thursday, August 14, 2014

Home » Pagar Dah Roboh

Pagar Dah Roboh



Internet laju selama beberapa hari je pastu terus slow mengalahkan siput khinzir. Dulu dah habis limit pun tak macam ni tau. Mood blogging aku pun dah menyelam keluat biru. Malas sebenarnya nak luah perasaan kat sini, tapi nak bagitau jugak sebab line aku tak dapat nak meroyan komen rumah kawan-kawan. Bukan kita tak baca kisah raya awak-awak semua, cerita cikgu yang ugut students dengan Rindu Awak 200%, kisah tegang leher suami isteri pasal puasa sunat 6, kisah keterujaan penantian malaikat kecil selama 6tahun dan banyak lagi kisah-kisah yang semput aku nak senaraikan semua. Semua line punya hal! refresh tiga empat kali sampai kesudah tak dapat komen.



Back to the title entry, minggu lepas rasanya gigi arnab Aiman dah tanggal satu. Agak kelakar rupa si chubby tanpa gigi. Gigi sebelah tu pun makin longgar, penat dah ibu bebel suruh cepat goyangkan nanti tumbuh gigi kekal tak cantik. Aiman cuma buat bila ditegur pastu dah tak ambil endah. Gigi bawah dia tu pun dua batang dah menyenget sikit. Gigi susu elok sangat pun jadi masalah juga bila gegal kekal nak tumbuh kan. 

Nak bawak pergi dentist macam tak kuasa pulak setakat nak cabut gigi susu yang dah longgar pun. Sendiri nak jadi dental nurse memang tak arr. Kalau Aiman nangis sekali dengan aku la melalak nanti. Takpelah anak kalau gigi berterabur pun, bak kata kak mama, biar gigi tak cantik jangan akhlak tak cantik sudah! 












15 comments:

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Kakau line tenet tak bagi kerjasama memang nak meroyan rasanya kan pk

Iryns Ahmad said... Best Blogger Tips

alahai sbr ye kak...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Lambat juga gigi susu aiman tanggal yea... faris semua dah gigi kekal... so fasa nak ngadap pagar roboh faris dah selesai.. tunggu alisya pulak... heheh *saya mmg ngeri bab2 cabut gigi ni...*

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

alahai...baru nak tgok pagar Aiman yang dah roboh tu....

Masya said... Best Blogger Tips

lol ingatkan pagar apa kikiki .. iyelah gigi amir yg dpn pun rosak huhuhu.. biar gigi x cantik janji akhlak cantik yer...

NzA said... Best Blogger Tips

Sabar jekn kalau line buat hal. Mesti sweet muka aiman xde gigikn.

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Ingatkan pagar apa la yang roboh Rupanya gigi.

Kalau internet slow ni memang nak buat apa pun takda mood.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Eh.. xda komen saya ke? Rasa penah komen dulu ni.. mmg kalau line tak ok buat kita rasa malas nk menulis n bw kan.. tapi ok jugalah tu dapat skodeng sikit2... jadilah buat update

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

internet klu macam siput khinzir mmg stress..hehehe

mesti aiman comel tanpa gigi..hehehe

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alahai..sabor je la..
mmg mati mood nak bblog kan.. nk bw lagi.

hihi..mesti cute je muka aiman bila xde gg...

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Antara perkara yang membencikan..
Internet tak ada atau slow.. abis semua mood hilangkan .. huhuhuu :P

anamizu said... Best Blogger Tips

hurmm tu la zmn skg ni perkara yg mmbuatkan rasa nak hangin adelah line internet yg mcm haremmm je =P

hehehe pagar aiman dah roboh ea? betol gak tu: jgn akhlak x cantik sdah la hehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai lama tak update ni.. cer tulis satu kisah PK ooii

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Patut pun sunyi sepi rupanya tenet slow macam siput khinzir hehe...
PK buh jer benang ....suh Aiman tarik benang untuk goyangkan gigi

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

betul tu pk..
mmg sakit hti kalau line mcm siput.. silap hb nau semua kena cepuk.hahaa