Pixajoy

Friday, August 08, 2014

Home » Dua Hari Dihari Raya

Dua Hari Dihari Raya



Sambung kisah raya kedua. Dua hari je pun raya kami. Tak payah risau nak kena hadap banyak part pun.hoho..Habis kerja pagi raya kedua kami singgah rumah sekejap, en suami nak ambil barang pastu hantar sekali baju kotor terus tolak balik Nibong Tebal. Mujur kampung dekat, pakat drift la beraya tanpa cuti katakan. 

Sebelum keluar beraya baru sempat abadikan potret famili kecik kami. Afia punya susah nak tengok kamera. Aiman pulak dok buat muka serius, mood tak berapa baik kenapa ntah, sebolehnya dia tak nak bergambar. Entah angin kuskus apa entah. Masak la jurukamera kena snap banyak kali. 


Ni jurukamera kami, Acu Ain.


Rumah sepupu aku tempat pertama diterjah. Afia tengah ngempeng baru nak tidur dalam kereta, bila angkat langsung jaga merengek serba tak kena. Aku landingkan atas meja, sogok dengan muruku, kiri kanan dia jolok masuk mulut.hehe. Aiman dah hilang tengok DVD dengan anak-anak cousin aku.




Afia paling manja dengan Pak Ndak dia. Kira peberet uncle la. Aiman dulu pun sama.


Lepas rumah sepupu aku tu, niat hati nak kerumah Mak Ngah, sampai sana kebetulan terserempak dengan anak Mak Ngah. Rupanya Mak Ngah takde rumah, ade dekat rumah cousin aku yang lain. Kami pun follow ikut beraya kat sana. Rasa macam jakun sekejap dikelilingi sedara mara sepupu sepapat sendiri yang aku pun tak kenal. Apa pun makan tetap makan.haha..

Lepas tu nak ke rumah Abang Pin, anak sulung beliau masuk hospital pulak suspek denggi, Abang Pin pun kat hospital, call cousin aku yang lagi sorang tu pun tak dapat, tak tau mana nak tuju lagi kami terus balik. Ingatkan dapat la beraya rumah jiran-jiran, en suami tunjuk penat sangat, tertidur sampai petang nak beraya apa pun tak boleh. Lepas Asar beraya rumah bestfriend aku je, Syida. Sementara tunggu abang dan adik aku siap, mood anak bujang baik pulak nak bergambar dengan rayban bagai.


Malam hari semangat dah nak beraya rumah jiran-jiran sekali adik aku kata ada marhaban rumah jiran yang esoknya ada majlis kahwin, kompem semua nak kesana. Rasa mengganggu pulak, cancel terus! Raya kali ni tak sempat beraya bagai satu pun rumah jiran. Harap depa faham la aku kan tak cuti...








19 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

tak cuti pon dapat gak beraya pk..okay la tu..
nape aiman tu masyam sangat??

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

cantiknya baju raya orang tu..
anak dara tu diam dapat duk atas meja...ralit makan..hihi..:)

lieyalatif said... Best Blogger Tips

amboi anak dareee kemain lagi ngadap kuih raye atas meja haaaa heheeheheh...comel tgk....mesti rambang mate nak try semua tu heheehehehe.....

betul tu lieya setuju, payah nak amik pic sekelaurga...ade jek sorang sorang buat peel... tapi tu le seronoknye heheeheh

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Selamat HAri Raya Aildil fitri.. mhon maaf zahir dan batin :D

Meriah semua2 nie pi beraya naa :D

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Bagitulah kalau dah masa beraya sampai rasa letih badan bila tiba rumah.. Kalau tidur memang terus lena.

NzA said... Best Blogger Tips

Alolo sweet family. Xkisahlh 2 hr pn yg pnting dpt smbut raya dgn family.

Linda said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Raya...selamat beraya sakan ya :)

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Wah.. Siap makan kuih atas meja terus. Hehe..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

huhu..aiman samalah dgn asya ni.. buat muka xnak bergambar.

xpela ...at least sempat gak jumpa sanak saudara kan

LYAfrina said... Best Blogger Tips

huhu..aiman samalah dgn asya ni.. buat muka xnak bergambar.

xpela ...at least sempat gak jumpa sanak saudara kan

Nastyna said... Best Blogger Tips

Aiman ha... hamobi hamboi kejap2 muka serius kejap2 posing rayban yer. meriah jugak raya uols, walau tak cuti. ACtually i kat sini pun tak terasa sangat tak beraya sebab dulu masa kat kampugn pun kami adik beradik jenis berkurung jer dalam rumah, and rumah pun tertutup hihihi.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Dapat juga beraya PK walau tak dpt cuti..dah kira seronok lah dpt bawa Afia & Aiman beraya.. hehe..
balik2 rumah kompom letih, tidoq..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah Dapat juga beraya kan pk.
Acik raya pertama tu dah habiskan rumah jiran2 dikampung

anamizu said... Best Blogger Tips

amboi cik pia kemain lg no dgn pak ndak dia ehee.. aiman kemain hensem pakai rayban tu ha.. jd lah dpt beraya 2 hari drpd x dpt lgsung kan PK kan..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Yang cuti panjang ni pun hah tak sempat beraya, nak kata apa lagi...

Amboi, bukan main pakai baju hijau. Kalau dua-dua hero n heroin takda berdukung, sah-sah orang kat gambar couple gitu. Hehehe.

Saya pun sama je, PK. Ramai yang tak kenal daripada kenal sedara mara nih :(

Masya said... Best Blogger Tips

x cuti janji dpt beraya.. manfatkan masa yg ada hihii .. kemahin siap berpeplum ...

amir pulak terlebih² nak possing, sampaikan bkn possing jer.. sibuk dia nak mengambil gambar² kt org ni.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Amboi PK peplum nampak hehe....
Seronok tengok gamabr raya korang tau.... teringat ingat pulak kenangan Raya Mak Jilap hehe...
Fiya mmg betul betul queen makan kuih Raya atas meja teruih....hehe

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Amboi PK peplum nampak hehe....
Seronok tengok gamabr raya korang tau.... teringat ingat pulak kenangan Raya Mak Jilap hehe...
Fiya mmg betul betul queen makan kuih Raya atas meja teruih....hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

xlist dpt juga balik beraya.nasib ddk dekat dgn family kan.boleh la lari sana kejap sini kejap.
wah wah aiman..bergaya eh..
afia suka lettew dpt ngadap kuih raya ye..