Pixajoy

Wednesday, August 06, 2014

Home » Waktu Bersama Keluarga

Waktu Bersama Keluarga



Kisah 2 Ogos, hari lahir aku yang tak best mana. En suami hantar SMS wish besday pukul 5 petang. Aku dekat opis masa ni, kerja petang. Konon beliau nak wish dekat facebook, marah dengan line macam hampeh tak boleh log in terus lupa. Lepas hantar msg baru call nyanyi-nyanyi langsung tak romantik..haha

Petang tu adik abah mak dan dua-dua adik en suami datang. Kira complete semua satu famili en suami kecuali adik ipar yang dekat Pahang tu setiap tahun pun kerja, tak pernah balik raya puasa. Aku balik je kerja ada air, makanan semua atas meja MIL bawak dari rumah. Malam tersebut pun tak payah pening masak FIL belanja satu famili makan. Terima kasih abah belanja menantu anak hantu ni.hakhak

Aiman bersama Pak Su (suami SIL yang dok lumut) dengan Adik Afi dan Acik (SIL yang dok Pahang)


Kalau nak tau walau Afi lebih besar dari Afia, asyiklah kena buli sama Afia. Afia bukan boleh tengok Afi, budak lebih kurang baya dia, boleh tahan tahap membuli dia. Mula-mula dia peluk sayang, pastu ada jugak yang kena tenyeh. Tak padan dengan kecik anak dara aku. Kelakar je tengok perangai budak berdua ni. Aiman pulak tak habis-habis sepak bola dengan Irshad. Main je tak reti diam seminit. Bila sesekali berjumpa riuh rendah jadinya.

Aiman posing dengan Wan dan Maktok.


Gambar ni dalam hp en suami. Yang aku snap banyak goyang-goyang. Si kecik Afia tu bukan reti dok diam. Nampak tak tangan menyibuk termasuk frame, gaya je lebih tapi gambar tak semegah.huhu





8 comments:

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

Waktu senggang dgn family mmg amat bermakna...

umi alya said... Best Blogger Tips

Akak x jadi nak komen lebih2 bila baca baris2 terakhir, gelak jerlah.. ha3

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Masa bersama family tu yg penting Muni. Dan... Kemain lagi Afia ek.... Siap dah pandai membuli org. Lepas ni... Mesti aiman kena jugak. Haha...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Best apa birthdaya PK tahun ni, ramai yang datang untuk makan sama-sama meraikan.. kira best tu...

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Lahir bulan 8!! Sama la dgn Sya.. Happy bday Kak muni...!!

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Waktu bersama famililah yang paling bestkan. Berlagak pro tu satu kemestian PK walaupun tak pandai mana. Samalah kita :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Aiman ni mcm ayah dia kan PK.... Ayah Aiman pulak sebijik pak dia rupanya.....Seronoklah anak menantu yer pak belanja....Seronok lagi belanja sempena celebrate bezday kot hehe...
Wah....dahsyat Afia yeh....bajet dah besar sangat lew tu hehe..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

time macam ni sronok kan berkumpul..
mengeratkan lagi hubungan yg sedia ada..