Pixajoy

Saturday, August 09, 2014

Home » Main Masak-Masak Ramadhan

Main Masak-Masak Ramadhan



Ini koleksi menu yang tetiba aku rajin snap masa puasa tempohari. Ada lagi tapi dah melingkup dalam netbook tak sempat copy. Bulan puasa memang aku jarang update. Line macam sengal tu yang mood kelaut. Masa line tengah laju baru ada chance aku upload gambar. Dah jadi baja pun nak jugak.hehe..


Teringin sangat kuah kacang daging dan nasi himpit. Pertama kali ni buat nasi himpit sendiri. Sejak dah pandai buat kuah kacang sedap ikut selera sendiri tekak pun asyik teringin ja. La pun tengah taip sambil telan air liur.


Buat kek batik guna milo.  Dapat idea setelah takde kuih nak makan untuk berbuka. Selalunya aku guna serbuk koko. Sedap jugak rupanya pakai milo. Buat loyang kecik tak sempat esok dah licin.


Spageti Carbonara kalau buat aku sorang yang kusyuk makan. En suami dengan Aiman layan Bolognese je. Depa tak suka ni. Dari buka sampai sahur aku sorang dok melantak.


Popia nestum tapi aku ubah sira dengan milo, susu dan gula. Orang buat untuk raya tapi aku buat untuk kudapan lepas berbuka. Dapat sebalang kecik je dah takde idea nak buat kuih apa dengan lebihan kulit popia. Susu tepung pun lebihan opismate bagi untuk testing bagi Afia aku guna. Susu ibu masuk botol pun Afia dah tak berapa mau, susu tepung haram dia nak mau.


Mihun sup utara bodo makan dengan bergedil dan sambal fishball. Bergedil dan fishball ni homemade ok! Aku buat banyak dan frozenkan. Sampai sekarang dok gila buat bergedil. Berjangkit miss potamayo barangkali.


Karipap MIL yang sedap. Aku tukang goreng ja. MIL buat banyak pastu tinggal kat dalam peti ais rumah. Mewah la sekejap dengan menu karipap beberapa hari. Dah tu ada pulak lebihan inti karipap. Sebab tak kuasa nak menguli doh, aku balut dengan kulit popia.huhu




Yang ni pun inti MIL buat. Terpaksa gigih mengketayap, Kalau tak memang membazir je la inti yang MIL tinggal ni. Pertama kali kot aku buat ketayap jadi. Aiman tak habis-habis puji sedap. Sedap sebab inti ketayap ni je kot. Aku tak suka buat ketayap. Memang tangan jenis melingkup takde skill menggulung.







16 comments:

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

Rajinnya PK masak..meriah2 semua
Sy tertarik dgn popiah nestum sira ngn milo tu...leh cuba nnti mesti sdap

umi alya said... Best Blogger Tips

semua sedap

Nastyna said... Best Blogger Tips

ewahh...mewah main masak2. eh my first kek batik buat waktu sekolah dulu pun pakai milo, takder serbuk koko segala waktu tu hihihi.

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Bergedil mihun sup tu daging yer...sedap tu buat sendiri ngn sosnyer..puas hati makan..

Yang spaghetti bolognese tu dah lama bunda teringin nak buat tak buat2 lagi...spaghetti biasa selalu buat...

NzA said... Best Blogger Tips

rajin betul PK masak....mmg patut aiman bertambah cubby hasil airtngan ibu yg marvelous.

ros_reeza said... Best Blogger Tips

sedapn sedap semua menu tu .. kuih ketayap tu feveret!

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Lapar terus tengok menu sedap2 macam ni. Hehe

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Amboi, meriah dgm mknn. Semuanya nampak sodappp..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

saya tak komen lagi ke ? macam dah baca hari tu...

kalau tengok ni saya tak hairan, sebab dah tahu PK memang rajin dan memang pandai masak.. tapi, jeles tau.. nampak sedap je semuanya..

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

wah sedapnya adik kutu ku sayang... main masak-masak pulak diakan... adik kutu ku sayang bagi resepi buat mee hoon sup utara tu... sambal merah dia... plus dengan macam mana nak kuningkan mee hoon tu...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Padanlah tersedak dah beberapa hari ni...

Carbonaralah yang sedap. Suami PK dengan Aiman ni memang tak pandai menilai makanan tau. Hahaha.

Lenkali kalau kita berjiran, kita masak jelah carbonara share-share je buat berbuka. Kita ambil 2 pinggan, PK satu pinggan kecik je cukuplahkan :)

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Wah... sedapnya semua menu ni.. terliur dibuatnya... sabar je la...

Masya said... Best Blogger Tips

rugilah aiman x makan carbonara.. cicah dgn roti pun sodapp ape kikikiki ....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

semua sedap2

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tunjuklah apa pun Okje tetap suka mee hoon sup dengan karipap tu....Meehoon sup tu siap ada bergedil tu yg terliuq ayaq liuq mak tau

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pk.. telan ayaq liuq dh ni sy nengok.nk nak bihun sup kuning tu.huahuaha..
nasib nasi impit kuah kacang dgg dh buat msa raya hri tu.. karipap ketayap alahai..