Assalamualaikum kawan2..mcam cerita upin dan ipin pulak.hehe..
Cerita kartun memang tak dapat dinafikan sangat menghiburkan. sebab tu budak2 suka..Cakap jer la peringkat umur dari kanak2 sampai yang tua bangka pun ada yang suka karektor kartun. Kekuatan sesebuah cerita kartun tu selalunya terletak pada kelucuannya. Kalau tak lawak, bukan crita kartun la kan...Masa zaman aku sekolah pun, aku memang suka tengok kartun..Tapi aku layan yang peberet ja macam shinchan, doraemon, chibi moruko, n detektif conan. Abang dan adik2 aku pulak minat betul dengan dragon ball, hari minggu ja sanggup bangun awal semata2 nak ngadap cerita tu, celik mata je terus bukak tv..jangan cakap nak mandi dulu, ayaq liuq basi pun tak kesat, apa yang best sangat entah...
Skang nie aku dah makin dewasa, nak layan cerita kartun pun dah malas. Kadang2 ja join jugak anak aku tengok..Tapi tak la sampai bernafsu nak tengok tiap2 hari or tiap2 minggu macam kecik2 dulu..Antara banyak2 cerita kartun kat astro ceria, aku sedikit tertarik pada karektor hagemaru. Budak kecik yang sangat menghiburkan nie berperangai pelik, mempunyai mata yang besar, kening yang tebal, hidung yang kecik dan sangat special dengan rambut yang hanya tiga helai.hehe..Tak percaya..tgoklah :-
eh..hidung dia terlindung pulak.. |
Cerita Hagemaru adalah tentang budak kecik yang tinggal bersama mama dan papanya di Jepun. Dia dan kelurganya, Masyaallah punyalah kedekut. Depa nie sanggup lakukan apa saja untuk berjimat, sifat tak suka membazir yang tak kena tempat langsung merupakan asas dalam cerita nie. Hagemaru jugak ada membela seekor anjing berwarna putih bernama pesu. Pesu selalu komplen tentang ketidakpuasan hati sifat kedekut tuannya. Kesian pesu..hehe..
Kalau angpa semua rasa diri angpa nie pun taik idung masin cam hagemaru yang kiut bley la like page kt bawah :
Berbalik pada cerita hagemaru, walaupun dia lahir dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan, mereka hidup bahagia dan ceria dengan sifat kedekut juga daya inovasi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang tak mampu mereka miliki...Cerita nie banyak berkisar tentang kehidupan di sekolah bersama cikgu dan rakan2 hagemaru. Classmate merangkap sahabat baik iaitu kondo selalu saja menjadi mangsa sifat nakalnya. Memang menghiburkan...
Jom kita tengok biodata dia :
Nama penuh : Hagemaru Hageda bin Hagezo Hageda ( bley ker letak bin? hentam sajalah..hihi )
Asal : Jepun
Hobi : Suka menyakitkan hati orang, mempunyai daya saing yang tinggi , sentiasa nak menang, suka melakukan perkara2 bodoh. pandai mereka cipta..haha terbuktilah kan...
Bil adik beradik : Anak tunggal dalam keluarga
Sifat dan Sikap : Nakal, Bijak dan panjang akal serta kedekut nak mampus.
Watak dan perwatakan : Pendek, berkulit cerah, tak hensem tapi kiut.
Sahabat baik : Masaru Kondo
Nama cikgu : Miss Sakura
Bila pikir2 balik, cerita nie macam tak ada moral value pun. Apa yang budak2 dapat belajar dari sikap kedekut hagemaru? Bila dilihat dari sudut positif, sifat bijaknya memang jelas kelihatan. Daya kretivitinya kadang2 menjengkelkan. Apa yang hagemaru lakukan sangat tak masuk akal, tp di situlah keindahan cerita nie, Kalau kena gaya, memang guling2 aku gelak dengan lawak bodo hagemaru..Jadi pada sapa2 yang tak pernah tau atau kurang mengenali si kepala berambut tiga helai nie, harap sedikit sebanyak bertambah pengetahuan.huhu...
Sekian..
6 comments:
hagemaru ni kelaka habis, tapi hari tu anak sedara kite umor 6 tahun gi ajuk cakap hagemaru n jelir lidah mcm dia. aiseh, terus x bukak lagi, ninjaboy lagi syiok. hehe
anak sedara yang kecik2 paling suke tengok hagemaru...
kita lebih suka layan naruto n conan je...
hahaha...betul tue...kadang2 tengok jugak...tapi sakit hati tengok ragamnya hihihi
cite ni best,n mghiburkan...hahahahahahahaa
best lah tgk cite hagemaru ni,rasa nk tgk hari-hari je,pd yg x tgk hagemaru silalah tgk,rncngan yg menghiburkan dan mncuitkan hati,cite ni bnyk pngajarannya spt kita mstilah jgn kedekut dgn org dan lain-lain lglah.klu x tgk rasa rugilah plak,tgklah cite hagemaru,seorang bdk yg brumur 10thn yg pnuh dgn aksi lucu.
Masa mula-mula pandai tengok TV, si Abang mmg suka Hagemaru ni. Katanya bodoh betul! I suka mak Hagemaru yang kedekut sungguh. Tak tahanlah tengok lifestyle mereka sekeluarga ni.
Post a Comment