Kalaulah tuan ke sungai rengit
Singgah bermandi ditepi perigi
Kalaupun harta tinggi melangit
Miskinlah hidup tiadanya budi
Indahnya bentuk cincin suasa
Mari dipakai ke malam pesta
Orang memberi kita merasa
Indahnya budi begini rupa
Jongkang jongkit tanahnya rata
Main bersama si anak dara
Bukankah kita sering berkata
Budi bahasa budaya kita
Menari denganku jikalau sudi
Ikut bersama si anak tenggiri
Tiada tandingi moleknya budi
Berbudi bahasa tiadanya rugi
Janganlah tuan merasa cemas
Indahnya rupa wajah berseri
Saya tidak memandang emas
Budi bahasa yang saya cari
Waduh..waduh..berpantun mantun pulak si puan kutu..Pantun diatas aku hasilkan semata2 nk tunjuk betapa tingginya nilai budi bahasa. Korang faham?hehe..apa betul kalau aku kata zaman sekarang nie masih ramai dikalangan kita yg tak reti nak berbudi bahasa?bukannya kena bayar pun!!(terpengaruh iklan sebentar.huhu..) anak aku aiman pun pandai cakap terima kasih..Wah marah betul si puan kutu..
Ceritanya begini..semenjak dua menjak nie selalu aku jumpak manusia spesis yg dah la kurangnya budi..bahasa pun tak cantik...even nak keluarkan perkataan terima kasih dari mulut tu pun susah..macam ada emas je mulut tu..takut aku kutip emas yg keluar dari mulut dia kot..emm..tak faham org zaman sekarang..Maksud aku bukan semua, tapi sesetengah...
Setuju tak kalau aku kata manusia jenis camni tak bertamadun? Menurut konteks sejarah, masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang memiliki tatasusila dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah.(siap bukak buku sejarah) Jadi harapan aku korang semua setuju dengan bukti kukuh yang telah aku definasikan sebentar tadi ye..chewahh..Tau la ko naik kereta besar pun..hebat sgt? org lain naik kereta mewah pun takde belagak macam ko tau..(ditujukan khas kat org yg tak pandai ucap terima kasih tadi).
Entahlah aku nak klasifikasikan jenis manusia cengini. Nak kata kurang ajar tak la sampai ketahap tu..Tapi, brother..hormat org sikit la..Berbudi bahasa la kawan..Mak lu tak pernah ajar ucap terima kasih ker? tak pasal2 nama mak naik kan..maaf ye mak yg empunya diri..Nak salahkan mak yg mengandungkan pun tak boleh jugak..lu dah besar panjang beb, takde otak ker nak pikir..Mungkin orang tu rasa yang aku tak lakukan perkara yang memberi nilai budi pada dia kot..kira macam aku tak tolong dia pun la...So tak perlu ucap terima kasih segala...Mungkin itu la yg ada dalam pemikiran dia yg dapat aku andaikan..
Dalam hidup nie sebenarnya kita memerlukan di antara satu sama lain..Kita takkan boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain..Takde luaknya nak ucap terima kasih kan..Kalau berbudi bahasa dengan orang banyak manfaatnya..Sampai masa kalau kita perlukan pertolongan, nescaya org akan sudi menolong. Takkan selamanya kita tak susah.. Aku beri peringatan untuk diri aku jugak...Takde gunanya nak sombong..Semua org tak suka..
Ok nak cerita lagi pasal amalan ucapan terima kasih..Nie pengalaman aku sendiri..suatu waktu dulu, ada seorang hamba Allah meminta pertolongan aku untuk buatkan dia cupcake (time tu aku tgh menggila wat kek cawan n dia pnah rasa kek aku). Macam beria2 sgt suruh buat untuk besday org kesayangan dia..Bukan aku tak nak tunaikan permintaan dia tu, tapi bukan ke kat kedai byk pilihan? pilih jer kek yg jenis camna dia nak..modalnya jauh lebih murah! Buat cupcake nie memang senang tapi renyah la sikit..coz benda tu kecik..nak hias dengan ising satu2 memang perlu kesabaran dan kreativiti yang tinggi..Kalau org tgn tak berseni tak boleh jugak..(berseni la sangat tgn aku nie..)
Aku suggestkan kat dia suruh dia buat sendiri dan dengan tak lokeknya nak bagi resepi kat dia..Bukannya susah sgt..Tapi dia kata rumah dia takde oven la apa la...bla..bla..bla..Dah namanya kek memang perlukan oven untuk membakar..Dek kerana kesian, aku ambik keputusan nak tolong jugak walaupun aku bukanlah rapat sangat dengan hamba Allah tersebut..Tapi dengan syarat dia sediakan semua bahan2 pastu bagi pada aku..Kira aku buat free of charge la..bahan2 je aku senaraikan pastu dia p beli..setakat pewarna tu aku guna aku punya ja..memang dah ada kat rumah..nak buat bendanya pakai sikit je pun.
Tiba hari yg dijanjikan,dengan bertungkus lumus aku pun siapkan cupcake tersebut..Walaupun tak la secanggih,secantik dan sesedap yg kat kedai tu, aku bangga coz ini hasil kreativiti aku..Lagipun berapa jam aku dok ngadap benda tu.nak bakar pun ambik masa jugak..sebabnya aku cuma ada 6bijik acuan kek cawan..so sekali bakar 6bijik je boleh..Tu belum lagi bab deco2 eric..maunya dekat sehari aku buat benda tu..Memang penat..
Sesudah siap hamba Allah tersebut datang la ambik cupcakenya..Yg paling aku terkilan..terima kasih pun takde..apa tadak budi bahasa ka? tak tau la pulak aku kalau dia lupa nak ucap..Terima kasih pun boleh lupa? Aku bukan nak mintak duit upah pun..Cuma ucapan terima kasih susah sgt ker?Tu pun aku rasa dihargai..memang cukup terkilan..Macam menyesal buatkan untuk dia ada jugak (aku hanya manusia yg lemah).
Lepas dia balik, aku kena lakukan tugas basuh membasuh..besen2 yg penuh tepung n butter pastu besen ising..semua kesannya degil..penat punya dok tonyoh..nk mop lantai lg..Dia tak pikir ke semua tu? tak pikir ke penat aku? Dah tu semua bahan2 lebihan aku pulang balik..coz aku nie memang jenis yg tak suka nak ambik hak org..Bukan aku nak puji diri sendiri ok..Dia tak pikir bil elektrik meningkat pun aku yg bayar tau..(dah jadi tak ikhlas pulak kan) Ko guna kudrat orang..pandai2 la berbahasa..tak banyak aku mintak ekceli..Ucap terima kasih jer...Susah sgt ker???
Aku bukan nak bukak pekung didada sapa2, niat aku cuma nak jadikan cerita nie sebagai teladan dan pengajaran. Aku dah halalkan semua, aku takde la marah or berdendam pun dengan hamba Allah tersebut, cuma rasa terkilan yang sampai sekarang tak luntur dek kerana perkataan terima kasih...Itu menunjukkan betapa pentingnya ucapan terima kasih dalam hidup aku..Budi bahasa budaya kita ok..
Moral of d story, jadikanlah amalan terima kasih sebagai salah satu dari cara hidup..Kerana tak susah pun nak ucapkan terima kasih..cuma dua perkataan..terima...dan...kasih...Sekian...
3 comments:
tau takpe..owg yg tak reti bahasa mcmni la buat sakit ati..
tu la ainul kan..org berbudi tak reti berbahasa..:)
Takpalah PK. Dapat pahala tolong orang. Dia dapat cupcakes aje biarlah. Eh, done dah buat review for you. I amik sikit2 kat sini jgnlah marah. I ucap terima kasih dulu sebab nak beri keizinan ya :D
Post a Comment