Pixajoy

Saturday, January 22, 2011

Home » Anak Yang Baik

Anak Yang Baik



Dalam satu kelas tadika, seorang cikgu bertanya kepada anak muridnya...
" Kamu hendak kemana? syurga atau neraka? siapa yang hendak ke syurga angkat tangan!! "
Maka semua murid pun angkat tangan dengan confidentnya kecuali seorang murid.
Kemudian cikgu bertanya lagi. " siapa yang hendak ke neraka? "...
Semua murid tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi..Dek kehairanan cikgu pun bertanya kepada murid tersebut..
" Bila cikgu tanya nak masuk syurga awak tak angkat tangan..bila cikgu tanya nak masuk neraka pun awak tak angkat tangan..habis..awak nak kemana??? "
Jawab murid itu " saya tidak mahu pergi kemana cikgu, Ibu saya suruh saya datang sini belajar, ibu pesan jangan pergi kemana- mana, tunggu sampai dia jemput...."


Anak siapalah yang baik sangat tu...haha...Ok  lupakan about cerita d atas..just 4 fun.hihi..Nak cerita sikit pasal anak aku aiman mukhlis. Rasanya dah 3 minggu persekolahan berlangsung. Setakat nie semuanya ok2 belaka. Biasa le budak yang baru nak masuk 4taun apa la yang dia faham sangat pasal sekolah. Janji dia mau p pun dah besaq rahmat bagi aku..


Aku sentiasa tanamkan sifat positif dalam diri bahawa aiman akan membesar menjadi seorang anak yang baik, soleh, cerdik, kreatif dan aktif .Dan itulah doaku setiap kali lepas solat.Rasanya setiap ibu bapa mesti mengimpikan anak yang begitu. Aku tidak terkecuali.....












Minggu pertama persekolahan


Bukan gangster


Cikgu cerita ada seorang budak datang sekolah jer mesti nangis,aiman p sound budak tu. " eh ko diam!! aku patahkan tulang ko baru tau!!"
Aiman memang seorang budak yang baik. Dia just nak motivate budak yang nangis tu, nak bagitau sekolah adalah tempat yang best. Bab yang nak patahkan tulang tu cuma nak takutkan budak tu je supaya lain kali datang sekolah jangan nangis lagi..Aiman bukan gangster, Aiman BAIK kan...


Tertukar kasut 


Balik rumah sedar2 aiman pakai kasut jenama Pallas,sedangkan kasut sebenar hanyalah jenama cina apa ntah yang beli kat kedai sg.rengit.huhu..Tapi tak boleh salahkan aiman, mungkin budak lain dah pakai kasut dia, pastu dengan terpaksanya aiman pun pakai kasut yang budak tu tinggalkan. Aiman kan budak bijak..Mungkin jugak abah aiman yang salah sebab tu pertama kali abah ambik aiman dari sekolah. Tak check dulu anak pakai kasut apa. Dengan selambernya jugak aiman cakap..Takpe sok kite tukar balik la...BAIK kan aiman....dan esoknya cikgu pun tulis nama aiman kat kasut. Aiman balik sekolah cerita kat aku, ibu2..cikgu lukis kat kasut aiman. CERDIK kan aiman....


Sampaikan pesan cikgu


Hari jumaat aiman bawak balik buku. Aiman kata cikgu suruh lipat buku nie. Lipat? Memula aku tercengang jugak...Pastu baru aku dapat pick up.Woo cikgu soh balut buku..Pandai sungguh aiman menggunakan bahasa yang puitis. Hebat aiman nie..Boleh jadik penulis besar nanti..At least pun subjek BM Penulisan mesti A+...Terbuktilah yang aiman nie KREATIF..




Minggu kedua persekolahan


Bawak balik homework


Aiman kata cikgu suruh lukis bulat2 kat kertas. Habis la beberapa helai kertas A4 aku dia kerjakan semata2 nak praktis buat bulatan..Tapi yang buat bulat tu sket ja pun. Lain2 semua dia main conteng2. Memang KREATIF anak ibu..Tak dapat dinafikan lagi. Pastu aiman bawak balik lagi gambar tangan dan bola.Cikgu suruh warnakan dua benda tersebut. Aiman pegang pencil calour n coret sikit jer pastu mata beralih keTV, jap la ibu...aiman nak tengok TV nie. At last TV pun kena off dengan aku. Aiman pun sambung homeworknya dan punyalah lama ambik masa nak abiskan mewarna sebijik bola yang kecik giler. ( Miss pulak cerita yang sedang aku tonton...emm nasiblah..). Aiman kan penyabar orangnya..Berhati2 dalam setiap tindakan. Biar lambat asal selamat. SOLEHnya anak aku...


Yang pemurah


Balik dari sekolah aku pun buat spot check beg aiman. Bekas pencil colour aiman dah berkecai! Baru seminggu lebih sekolah...Dah koyak dah kertas yang untuk letak kaler pensil tu. Aiman bilang Hafiz yang koyakkan...Aiman bagi hafiz pinjam kaler aiman. Aku sebagai ibu harus percaya..Aiman kan BAIK..pemurahnya anak aku..Pastu aku ambik inisiatif ikatkan semua kaler pensil dengan getah n  sumbat masuk dalam pencil box aiman.Aku siap pesan...Kalau aiman nak guna..ambik kat dalam nie..(smbil menunjukkan kaler yang tadi di ikat kemas kat dalam pencil box)


Rajinnya belajar


Seperti biasa bila balik mesti aku check beg aiman. Alangkah terkejutnya bila tengok pensil aiman dah kontot gila. Pensil yang baru abah aiman beli dulunya panjang lebih dari sejengkal tangan abah dah berubah jadik sejengkal jari aiman..(tipulah tu kan..perumpamaan jer!). Rajinnya aiman belajar..Memang cepat aiman kontotkan pensil, nanti boleh dapat pensil baru..Aku cari pembaris kat dalam pencil box pun takde n memang sah2 hilang dah pun..Bila tanya aiman kata tak tau..Mesti aiman struggle belajar sampai ruler pun hilang..AKTIFnya aiman..




Minggu ketiga Persekolahan


Kena buli


Satu hari aku datang agak lewat menjemput aiman dari sekolah. Bila sampai je aiman tengah nangis. Aiman kata kawan dia buat. Kawan dia sepak kat kaki..BAIKnya aiman..tak melawan pun.. Balik rumah terus kena bancuh dengan abah. Aiman kan badan besaq, gunakan kelebihan yang ada pada aiman..Kalau kawan pukul aiman, aiman balas balik. Abah tak marah..Pertahankan diri aiman..tapi jangan sampai jadik gengster dan pembuli...Lama jugak kena ceramah..Pastu esoknya turun jer dari tangga sekolah..aiman kata, aiman dah pukul dah ibu.. (dalam hati tertanya jugak..budak nie biar betul pertahankan diri??..) cepat betul aiman belajar..CERDIK betul aiman...


Kan dah cakap aiman anak yang baik, soleh, cerdik, kreatif dan aktif, buktinya minggu ketiga dah takde banyak masalah yang berlaku..cuma beg sekolah aiman je zip rosak. Aku yang tarik zip tu, bukan salah aiman...tapi bukan salah aku jugak..salahkan  pengeluar beg yang nak untung jer tapi buat beg tak kualiti..Kalau 3 minggu beg dah rosak..maknanya tetiap bulan la aku kena beli beg baru..Adoyai......................


P/S : Cerita diatas adalah kejadian yang benar2 berlaku. Kalau ada persamaan hanyalah secara tidak sengaja. Salah silap harap dimaafi...:)

1 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Hahaha tergelak besar saya baca kisah aiman ni. hadoiii.