Pixajoy

Saturday, January 22, 2011

Home » Nasik goreng kerjanya enteng!

Nasik goreng kerjanya enteng!

Apa nak masak hari nie? perut dah berkeroncong. Dalam freezer ada ayam.Tapi beku...nak tunggu alamatnya lambat la boleh makan..Aiman sudah bising, " aiman lapa..aiman lapa la ibu...."my hubby pulak bangun lambat coz malam tadi tak tido,kawan mitak tolong ambik dia kat larkin pukul 3.30 pagi. Dek kerana kesian n suami aku nie memang suka wat welfare, dia pun p la ambik.hehe..
oii......mari makan nasik goreng..jangan rungsing kalau otak mereng...Pasti juling...pas dok layan lagu nie, tiba2 dapat satu idea nak masak yang ringkas dan cepat coz hari nie adalah hari malasku. Tentunya nasik goreng!! mengenyangkan dan sedap..nyum2..hehe..




Ok bermulalah acara menyedikan bahan2 tuk buat NASI GORENG BODO. (tu nama yang aku bagi pada nasi goreng yang aku buat kalau segala bahan tak cukup..Kiranya macam nasik goren cincai n tangkap muat jer la..kesian nasi goreng aku kan..sebenarnya tuan yg buat tu yang bodo..kekeke) Eh tapi aku pandai hapa...


1. Firstly tentulah minyak untuk menumis, lupa plak nak snap gambar. Semua orang pun kenai minyak masak..tak gitu?


2. Bawang merah,bawang putih n halia yang dah siap blander.Memang aku dah buat awal2,simpan n selalu ada dalam freezer, sbb aku malas nak sediakan bahan time masak. Nak masak terus amik n tumis.


3. Lada kering juga yang telah siap di blander. Malas nak tumbuk2 lada kecik segala!


 4Telur of course benda yang paling senang dan sangat sesuai tuk nasi goreng


5. Ikan bilis, di basuh dan di goreng. Malas nak buang kepala..Nak cepat kan..Sekali sekala makan kepala ikan bilis ok jugak. jadik pelupa.haha..


6. Paling penting sekali tentunya nasi..Untuk hasil nasi goren yang sedap, guna nasi yang telah sejuk.Kalau panas nanti lembik, tak sedap bila makan...Tapi ada jugak orang yang suka..Tepulang taste masing2.


Tengah aku busy sediakan bahan dan capture pic, aiman pun mai menyibuk..Dia pun soh tangkap gambar dia..





Tau la suke teluq pun..Jangan over bley tak aiman?hihi..


Buat gaya lapaq sangat..Ibu cepat la masak...:)

Ini dia nasik goreng aiman punya (kena goreng asing coz aiman tak makan pedas) :


Nasi nie cuma boh telur n kicap..Tapi sedap...



Bahan2 pun semua dah sedia. Terus ke cara-cara nak buat nasik goreng bodo :

1. Masukkan minyak dalam kuali (jgn byk2 minyak..kolestrol tggi ) pastu, tumis bawang n lada kering yang dah siap diblander tadi.

2. Tumis sampai garing. Kalau aku pulak suka tumis lama2 bagi hangit sket baru sedap..masukkan gula, garam dan serbuk perasa.untuk menambah rasa bagi lagi umphh boh sedikit sos cili n sos tiram.

3. Masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau. boleh jugak masukkan sayur macam kangkung, carrot n buncis, tp kt umah takde sayur, jadik tak boh la..

4. Masukkan nasi, kacau dan biar masak atas api.

5. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng rangup


Taraaa...

Nasik goren yang sedia untuk di makan. Nampak jer selekeh..Tapi yummy nie..tak percaya tanya my hubby..hehe...

Senang jer buat nasik goren bodo nie kan..Mungkin ada yang cakap tak baik panggil makanan sebagai bodo..Tapi bukan maksud aku nak menghina rezeki kurniaan ilahi, cuma dah terbiasa dengan panggilan tu.. Nama ja bodo, tapi kalau makan sedap gila, kenyang sampai petang..hoho..

1 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, bermula di sini rupanya jenama 'bodo' ni. Aiman ni mmg sejak azali dah seksi :D